Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah

Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Hari ni Murni ambil peluang untuk berkongsi pengalaman hiking & river trekking di Tungku, Lahad Datu. Boleh dikatakan kawasan Tungku ni kaya dengan tempat-tempat menarik terutamanya aktiviti river trekking. Sebagai contoh korang boleh sertai aktiviti river trekking Merabung River Trekking, Lembah Mak Sina River Trekking, Serebpit Waterfall, Bagahak Waterfall, dan ada lagi yang Murni belum jejakkan kaki. Bagi penggemar aktiviti hiking & river trekking korang wajib datang merasai sendiri nikmatnya dapat melihat keindahan alam.

Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah

Pada 26/11/2023, Murni & Kak Yati ikut serta aktiviti hiking & river trekking di Telaga 11 yang terletak di kawasan Tungku daerah Lahad Datu. Penganjur bagi trip kali ini dianjurkan oleh Serebpit Eco Tourism Adventure. Kalau Murni tak silap semua peserta dalam 23 orang, guide seramai 5 orang, penganjur & admin pun turut serta trip kali ini. Jarak perjalanan dari starting point menuju ke Telaga 11 3.2KM dan balik dalam 3.2KM juga.

Seawal 6 pagi kami bergerak dari bandar Lahad Datu menuju ke Tungku, Lahad Datu. Kawasan kami berkumpul adalah bertempat di Warung Tanu Kg. Barigas Tungku. Sarapan dahulu sebelum memulakan aktiviti hiking & river trekking. Usai sarapan kami menuju pula ke Surau Nurul Huda yang terletak di Kg. Lung Pias Tungku untuk meletakkan kenderaan sebelum bergerak ke starting point. Jam 8:00 pagi kami mula bergerak menuju ke starting point dengan menaiki 4x4.

Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah
Puncak Masih Setia

Perjalanan kami menuju ke starting point, disajikan dengan pemandangan ladang kelapa sawit yang menghijau. Dalam jam 8:40 pagi kami singgah sebentar di Puncak Masih Setia. Di kawasan ni, kalau korang pergi seawal jam 6/7 pagi korang akan nampak pemandangan awan karpet. Masa dah tak nampak sebab matahari dah naik.

Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah
Starting Point

Kami sampai ke Starting Point dalam jam 09:20 pagi. Trip kali ni Murni berpeluang jumpa dengan rakan hikers dari Sandakan, Coach Lee & Alnizam. Lama tak jumpa sejak Murni berpindah ke Lahad Datu. Usai taklimat ringkas & bacaan doa, kami memulakan pendakian dalam jam 9:40 pagi.

Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah

Murni tak sangka sebenarnya tempat ni ada pacat, sebelum ni rileks saja river trekking di Tungku. Murni di sapa awal dengan pacat ni, siap minta bantuan guide untuk alihkan pacat, geli & takut sebenarnya bila kena gigit. Nasib baik masa ni hanya sempat singgah sebentar di seluar Murni haha. Trail menuju ke Telaga 11 ni tidak santai sebenarnya, mana taknya sekejap kena masuk hutan, sekejap perlu menyusuri anak sungai & perlu menuruni bukit yang curam. Menyesal juga sebenarnya masa ni Murni tak bawa glove, sangat membantu sebenarnya bila menuruni/naik bukit & perlu berpaut pada tali/pokok bagi elak kecederaan pada tangan.


Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah
Tempat beristirahat

Kami sampai ke kawasan beristirahat dalam jam 11:45 pagi. Kawasan ni agak landai sesuai untuk berehat sebentar & makan. Sempat jugalah Murni masak air untuk Mamee Chef Cup & secawan Old Town White Coffee. Tapi yang tak seronoknya masa ni, Murni dah mula rasa sakit kepala yang nak migrain, tapi masih cuba bertahan. Hilang mood terus untuk ambil gambar & video.

Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah

Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah

Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah

Usai rehat & makan, kami pun beransur menuju ke Telaga 11 yang berada di kawasan atas air terjun ini. Actually kami tidak berkesempatan untuk ambil gambar di Telaga 11 sebab masa ni hujan dah mula turun & air pun dah mula deras. Telaga 11 ni korang akan nampak bila tak hujan & air tak deras. Hanya beberapa rakan hikers yang berpeluang untuk ambil gambar sebelum hujan turun.

Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah
Telaga 11 Tungku | Kredit gambar: THC

Selesai saja bergambar di kawasan air terjun, kami teruskan pendakian & singgah sebentar melihat kawasan Telaga 11 yang sudah mulai dinaiki air. Masa kami keluar kalau Murni tak silap dalam 1KM terakhir hujan lebat yakmat. Bila sampai di Starting Point kami perlu menunggu lagi pseserta terakhir sebelum memulakan perjalanan menaiki 4x4. Kami sampai di Surau Nurul Huda dalam jam 6:00 petang. 

Macam yang Murni mention sebelum ini, Murni kurang ambil gambar & video, hanya mampu buat video pendek saja. Bolehlah untuk tontotan korang untuk melihat sendiri view menuju ke Telaga 11.


Sampai sini saja perkongsian Murni berkaitan dengan pengalaman hiking & river trekking di Telaga 11 Tungku Lahad Datu Sabah. Terima kasih korang yang sudi baca entri ini 😘. Entri yang akan datang, Murni akan berkongsi pula trip Murni ke Kota Belud & Kundasang, Sabah.