Murni Mohd Yusof

Facebook Page Instagram GOOGLE+ Bloglovin
  • Home
  • Disclaimer
  • Category
    • Category
    • Category
    • Category
Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.

Program VIP Membersihkan Pantai Tanjung Lipat Kota Kinabalu Sabah | Assalamualaikum & salam sejahtera. Finally dapat juga mengadap laptop time cuti ni 😃 Murni janji dalam entri sebelum ni nak update pasal tugasan yang kami perlu laksanakan bagi lantikan anggota baru EPF.

Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat Kota Kinabalu Sabah

Kami semua diamanahkan untuk melaksanakan satu tugasan by group yang dah terbentuk sebelum ini dan kalau diikutkan setiap anggota dalam group pula datangnya dari pelbagai negeri yang berbeza-beza, jadi untuk mengelakkan dari masalah  dari segi tempat, masa, kewangan dll yang akan timbul kami semua sepakat untuk jalankan Program Value Internalization Program ni by zon macam tu, team semenanjung Malaysia & team borneo (Sabah & Sarawak bergabung 😅)

Bagi memenuhi tugasan yang diberikan oleh pihak pengurusan, team borneo memilih untuk menjalankan satu program pembersihan pantai yang bertempat di Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, Sabah bertarikh 05/05/2018. Objektif program ini adalah bertujuan untuk mendidik dan memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat  supaya menjaga alam sekitar.

Bila mana AJK dah dibentuk, setiap dari kami mempunyai peranan memasing untuk menjayakan Program V.I.P ni tidak terkecuali Murni yang kena handle penginapan untuk perempuan. Bagi Murni ni kira cabaran jugalah, mana taknya sebelum ni tak pernah pun tempah hotel sendiri. Kes dulu masa nak pi IV di Semenanjung pun akak Murni yang tolong tempahkan hotel 🙈 

It's sokay nasib baik ada booking.com mudah sikit kerja untuk tempah penginapan. Alhamdulillah  syukur sangat jumpa Khidmat Kondominium yang sangatlah lawa, selesa dan yang penting sangatlah murah. Part paling best sampai tempat penginapan baru bayar no need deposit gituh time book. 


View this post on Instagram


Lawa aih condo dia 😍 Bersih, kemas lagi, semuanya lengkaplah. . #csr #teamborneo
A post shared by Murni Mohd Yusof (@murnimohdyusof_mmy) on May 4, 2018 at 2:30am PDT


04/05/2018 travelling day. Murni terbang ke awan biru dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Sampai airport KK, boleh pulak sesat 😆 Nasib baik ada member dari Sarawak yang dah sampai masa tu, bolehlah gerak sesama pi Khidmat Kondominium. Berkira sangat nak naik teksi mahal, kami just naik grab tu pun masalah juga nak search location at last jumpa juga jalan menuju tempat penginapan.

Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.
Sesi Perbincangan Akhir

Pada waktu malam sebelum program berlangsung, kami semua berkumpul untuk mengadakan perbincangan akhir terutamanya mengenai bajet perbelanjaan bagi pengangkutan aktiviti pada keesokan harinya, kawasan pantai yang perlu dibersihkan, peralatan yang perlu dibawa, makanan & minuman semua anggota dll.

05/05/2018. Program V.I.P berlangsung. Kami semua menuju ke Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu Sabah. Kami berkumpul di kawasan lapang untuk menjalankan aktiviti senamrobik sebelum memulakan aktiviti membersihkan pantai.

Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.
Aktiviti Wellness (Senamrobik)

Memandangkan Pantai Tanjung Lipat mempunyai keluasan yang agak besar, kami pun bentuklah 4 kumpulan untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi sesi membersihkan pantai. Setiap kumpulan ada checkpoint memasing. Nah gambaq untuk tatapan korang sepanjang program berlangsung 😁

Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.
Pembahagian Kumpulan
Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.


Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.

Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.


Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.

Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.
Post-mortem sebelum menamatkan program V.I.P
Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.
Hasil sampah sarap yang dikutip
Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.
Sesi Mengabadikan Gambar Kenangan 😂
Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.
V.I.P #teamborneo
Program V.I.P: Membersihkan Pantai Tanjung Lipat, Kota kinabalu, Sabah.
Makan tengah hari
Tamat saja program V.I.P,  kami semua berkumpul di tempat penginapan lelaki untuk makan tengah hari pula. Usai makan balik pi kondo perempuan then sambung tidoq 😆 Waktu petang tu kami keluar pi melantak seafood. Masa ni Murni memang langgar pantang habis, mana tahan tengok udang sotong semua memanggil-manggil (makannnnnn) 😆😆😆 Maaflah gambar makanan tiada, dah terdelete dalam galeri. Keesokannya harinya kami pulang ke tempat berkhidmat memasing. 



View this post on Instagram


A post shared by Murni Mohd Yusof (@murnimohdyusof_mmy) on May 8, 2018 at 9:05pm PDT

Kesimpulannya, nilai toleransi, kerjasama dan persefahaman dalam kalangan anggota sebelum program berlangsung, sepanjang program dan selepas program menjadi bukti kejayaan bahawa kita juga mampu untuk melaksanakan program yang boleh memberi impak kepada masyarakat walaupun bedepan dengan cabaran-cabaran tertentu. Korang semua memang terbaik terima kasih untuk memori yang tercipta.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
EPF Onboarding 2018 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Mahu melepaskan rindu dengan blog kesayangan, Murni gigihkan jugalah untuk update blog dengan pengisian 'memori daun pisang' yang mana kejadiannya sudah berlaku beberapa bulan yang lepas. ( Amboi kemain ayat 😁 ) Nasib baik jugalah gambar onboarding masih tersimpan helok dalam galeri handphone, bolehlah jadi penyeri entri ni. 

EPF Onboarding 2018

Kisahnya macam ni, bagi lantikan anggota baru kami diwajibkan untuk menghadiri Onboarding selama lima hari bermula 5 - 9 Februari 2018 bertempat di ELC, Bangi Selangor. Onboarding ni kiranya macam orientasi bahasa mudahnya. 

EPF Onboarding 2018
Onboarding Pass: Simbolik perasmian EPF Onboarding 2018

04/02/2018 Murni terbang ke awan biru dari Airport Sandakan ke KLIA 2 dengan menaiki pesawat Air Asia AK ... 😂 Sampai di hostel ELC, sebilik tu dikhaskan untuk tiga orang sahaja. Dapat kenalan baru itu yang menggumbirakan hati Murni.

05/02/2018 - 05/09/2018 Mula kursus onboarding. Ada 'memori daun pisang' yang Murni terpaksa skip sebab tak ingat tarikh dan masa yang betul bila kejadian tertentu berlaku, tentatif program pun cari² tak jumpa juga. Haaaaaa tepuk!!! Biarlah gambar berbicara 😅

EPF Onboarding 2018
Menerima kunjungan daripada Datuk Shahril Ridza Ridzuan & Dato' Mohd Naim Daruwish
Sepanjang tempoh lima hari pengisian program waktu pagi dan petang banyak melibatkan taklimat berkaitan dengan organisasi dan sudah semestinya kami pun terjebak sekali dalam aktiviti² berkumpulan 😁 Kami dipecahkan dalam beberapa kumpulan, kumpulan kami dinamakan sebagai Virtue Group mewakili salah satu Nilai Bersama KWSP iaitu integriti.

EPF Onboarding 2018
Virtue Group
In the middle of night... (eh mengarut ) selepas dengar talk dari ketua jabatan, group kami berbincang untuk menjayakan sebuah sketsa berkaitan 4 Nilai Bersama KWSP. Sumpah kalau bab berlakon Murni failed 😄 Last day kena buat persembahan. 

EPF Onboarding 2018
Sesi talk bersama Encik Mohd Rodzi Abu Bakar
EPF Onboarding 2018
Sesi talk bersama Encik Mohd Rodzi Abu Bakar
EPF Onboarding 2018
Sesi talk bersama Encik Mohd Rodzi Abu Bakar
EPF Onboarding 2018
Sesi talk bersama Encik Mohd Rodzi Abu Bakar
EPF Onboarding 2018
Riadah Petang
EPF Onboarding 2018
Riadah Petang
EPF Onboarding 2018
Riadah Petang
Kalau Murni tak silap hari last tu kami ada sesi lawatan ke KWSP Nilai. Melawat kawasan jap, bertuahnya lahai warga sekitarnya merasa office baru 😁
EPF Onboarding 2018
Lawatan ke KWSP Nilai
EPF Onboarding 2018
Lawatan ke KWSP Nilai
EPF Onboarding 2018
Lawatan ke KWSP Nilai
EPF Onboarding 2018
Lawatan ke KWSP Nilai
EPF Onboarding 2018
Lawatan ke KWSP Nilai
EPF Onboarding 2018
Lawatan ke KWSP Nilai
Next, aktiviti explorace. Walaupun tak menang, at least nampak jugalah kesungguhan kami nak tamatkan semua aktiviti. Yang penting hati kau gumbira kan 😂
EPF Onboarding 2018
Explorace EPf Onboarding 2018
Ya Allah lupa dah nama aktiviti ni haha straw tu nak buat apa sebenarnya 😅
EPF Onboarding 2018
Explorace EPf Onboarding 2018
Aktiviti ni kena cipta step zumba yang sesuai dengan lagu yang dipilih. One of us kena jadi instructor di hadapan. Ke laut juga tarian zumba kami 😂😂😂 
EPF Onboarding 2018
Explorace EPf Onboarding 2018
EPF Onboarding 2018
Explorace EPf Onboarding 2018
Aktiviti tiru gaya artis ni sangat 'menggelikan hati' 😂 Sebenarnya ada lagi aktiviti explorace yang Murni tak masukkan dalam ni sebab kualiti gambar tak bagus. Cukuplah untuk aktiviti explorace ni.

Bila malam berkunjung tiba, semua kumpulan mula memeriahkan majlis makan malam EPF Onboarding 2018 dengan persembahan sketsa dan nyanyian yang sangat mencuit hati. 
EPF Onboarding 2018
Dinner EPF Onboarding 2018
EPF Onboarding 2018
Dinner EPF Onboarding 2018
EPF Onboarding 2018
Dinner EPF Onboarding 2018
Persiapan majlis makan malam EPF Onboarding 2018 ni berjalan lancar yang mana semua kumpulan berikan kerjasama yang sangat baik. Tahniah!!! Korang semua sangat awesome semoga terus sukses.  

Selepas menghadiri onboarding ni kami juga diberi satu tugasan yang perlu dilaksankan dalam tempoh tertentu. Nanti Murni akan update dalam entri blog akan datang. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Peniaga Online Yang Jujur

Peniaga Online Yang Jujur | Assalamualaikum & salam sejahtera. Finally I'm back! Sumpah rindu teruk, nak sangat menulis di blog. Blog Murni ni dah terabai almost 5 months tau, so hari ni Murni nak balas dendamlah update blog. Sabah cuti tiga hari berturut-turut kan, bolehlah jari jemari ni menari di papan keyboard tak gitu 😃 Actually banyak benda nak kongsi di blog, tapiii buat masa ni biarlah dulu semua memori tu tersimpan rapi dalam ingatan. Hari ni Murni just nak kongsikan pengalaman Murni berurusan dengan peniaga online yang jujur di bulan puasa ni.

Peniaga Online Yang Jujur

Murni kalau bab shopping online, tempat yang selalu Murni kunjungi sudah semestinya Shopee Malaysia. Sejak mula kenal dengan Shopee tahun lepas, rasanya nak beribu juga duit yang dah terbang melayang 😂 17hb yang lepas Murni dah buat pembelian seketul foundation Rosetyara kod Snowdrop secara online di Shopee Malaysia. Kalau ikutkan kebiasaanya Murni akan beli foundation RT ni bila balik ke kampung, tapi tidak kali ni Murni decide beli online saja memandangkan Murni balik kampung pun hujung bulan. Foundation pun dah tinggal sikit  takkan nak tunggu sampai hujung bulan & cara paling cepat beli online 😁. Tempat Murni stay sekarang ni tak jumpa lagi mana-mana kedai kecantikan yang jual foundation RT. Foundation RT sentiasa di hati memang tak pilih yang lain dah.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Murni ingatkan bila beli secara online ni tiada masalah yang akan timbul, rupanya ada juga. First time jadi bila mana foundation yang Murni order tak sama dengan item yang sepatutnya Murni terima. Ampun bila pegang parcel pun dah rasa semacam, terus bermonolog "kena tipu ka? kenapa ringan sangat?". Murni order RT kod Snowdrop 40g dengan harga RM92 & yang sampai ke tangan Murni foundation RT kod Snowdrop 5g (rujuk gambar dibawah). Bila dah buka parcel, I is kecewa tau. Tapi cepat-cepat pujuk hati mungkin seller tersilap pos. 

rosetyara trial 5g, rt snowdrop

Waktu rehat time bulan puasa dah dipendekkan kepada setengah jam saja, masa ni jugalah Murni kena manage masa Murni untuk solat & personal mesej dengan seller Shopee. Alhamdulillah sejuk sikit hati bila dah personal mesej dengan seller Shopee & dia pun dah minta maaf sebab tersilap pos. Murni puji sangat dengan sikap seller yang mengakui kesilapannya dan bertindak cepat untuk selesaikan masalah customer. Nasib baik dapat berurusan dengan peniaga online yang jujur.

Personal Mesej Seller online

Bila waktu rehat Murni dah nak habis, Murni hanya sempat baca mesej "trial RT kena pos semula". Bermonolog lagi "kena pos semula? menyusahkan sangat dah lah kerja mana sempatnya nak pi pejabat pos lagi" . Masuk kerja balik hati dah tak tenang oiii 😅 Jam 4 lebih waktu nak balik barulah Murni sempat jenguk mesej dari seller tu & suprisingly dia beritahu tak perlu pos yang trial RT (rujuk gambar di atas). Apa lagi terus berbunga-bungalah hati. Alhamdulillah rezeki bulan puasa juga. 

rosetyara kod snowdrop, rt snowdrop, calit-calit jelita

After a few days. alhamdulillah Murni dah received foundation Rosetyara kod Snowdrop 40g siap dapat sampul duit raya 2 pek lagi. Lepas ni tak perlu beli sampul duit raya, guna yang ni pun dah cukup. Terima kasih seller shopee.com.my/splendizashoppe sebab beri trial foundation RT percuma & memudahkan  lagi urusan jual beli ni. Moga murah rezeki awak lepas ni. Akhir kata jadilah peniaga online yang jujur 😁 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Maskara essence Rock 'n' Doll Beri Efek Mata Nampak Besar

Maskara essence Rock 'n Doll Beri Efek Mata Nampak Besar | Assalamualaikum & hi readers! Yeayyy akhirnya blog berupdate setelah beberapa hari bertangguh 😁 Murni nak share personal review maskara yang dah buatkan Murni jatuh chenta dengan hasilnya. Disebabkan maskara jenama essence ni Murni terpaksa curang dengan jenama maskara yang Murni guna sebelum ini 🙏

Maskara essence Rock 'n' Doll


Maskara essence Rock 'n' Doll Beri Efek Mata Nampak Besar

Dua ketul maskara ni Murni beli di Watson. Harga dia Murni tak berapa ingat yang pastinya mampu milik. Tujuan utama Murni nak beli maskara sudah semestinya inginkan hasil yang boleh beri mata nampak besar almaklumlah mata Murni tak daklah besar sangat, nak bulu mata nampak lagi kemas, nakkan bulu mata lagi melentik dan tidak meninggalkan kesan comot pada sekitar kelopak mata dan bawah mata, bila apply cepat kering. Eh terlupa nak naikkan seri wajah sekali 😂

Maskara essence Rock 'n' Doll Beri Efek Mata Nampak Besar

Maskara essence Rock 'n' Doll menepati apa yang Murni nak. Dah beli seketul masa bulan 3, Murni beli lagi sekali maskara yang sama sebelum Murni pi interview bulan 7 hari tu & sampai sekarang kondisi dia masih macam tu siap ada bar code lagi. Rasa sayang pulak nak bukak maskara yang baru.

Kalau diikutkan tamat tempoh penggunaan maskara ni sebenarnya 6 bulan selepas penggunaan yang pertama kali. Korang kalau nak tahu bila expired date untuk barangan kosmetik, just rujuk logo yang terpapar pada produk ok. (rujuk gambar di atas).

Mascara essence Rock 'n' Doll terhasil daripada bahan² beikut;

Aqua (Water), Synthetic Beeswax, Cera Alba (Beeswax), Jojoba Esters, Copernicia Cerifera (Carnauba) wax, Glycerin, Stearic Acid, Palmitic Acid, Aminimethyl Propanediol, Acacia Senegal Gum, Tocopherol, Caprylyl, Glycol, Hydroxyethylcellulose, Myristic Acid, Behenic Acid, Arachidic Acid, Oleic Acid, Phenoxyethanol, CI 77499 (Iron Oxides).


Hasil Penggunaan Mascara essence Rock 'n' Doll

Maskara essence Rock 'n' Doll Beri Efek Mata Nampak Besar

Bulu mata Murni jenis original spicy melentik sejak lahir, eh! Dalam gambar tak berapa nampak melentiknya, nak kena jumpa depan mata barulah jelas 😃 Nampak beza tak bila pakai (kanan) & tak pakai maskara (kiri). Sungguhlah maskara essence Rock 'n' Doll boleh beri efek mata nampak besar sikit. Korang yang nak cuba mascara essence ni, bolehlah mengunjungi Watson terdekat 😁

Penafian: Kesan penggunaan mascara essence Rock 'n' Doll mungkin berbeza² bagi setiap individu.
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Floor Mat Fluffy Dijadikan Sebagai Latar Belakang Untuk Dapatkan Hasil Gambar Yang Cantik | Assalamualaikum & hi readers! Ampun panjang sangat tajuknya 😁 Kalau ikutkan hati, Murni nak update blog dua hari lepas. Disebabkan line slow, nak upload gambaq dan video pun tak boleh terus jadi malas nak mengadap laptop 😄 Actually barang yang Murni tunggu selama 18 hari dah pun selamat sampai hari Khamis yang lepas. Alah macam biasalah Murni order barang dari Shopee Malaysia, Murni beli seketui floor mat fluffy.

Floor Mat Fluffy

Pembelian kali ni rasa lambat sangat sampainya, sebelum ni just ambil masa 13-14 hari akan received barang. Order barang 28hb, bila Murni check tracking number di website Logistics Worlwide Express, LWE barang dah sampai awal di airport Kota Kinabalu dari Hong Kong, then bila check semula barang diterbangkan pula pi semenanjung 8/9, then patah balik pi Kota Kinabalu 12/9. Maybe ada kesilapan kut, nasib boleh sabar lagi. Hati terus jadi bebunga bila barang dah terima dan memenuhi ekspetasi yang diinginkan 😁

Floor Mat Fluffy

Dah lama Murni cari alas kaki berbulu ni, pernah juga Murni beli sebelum ni di Shopee sayang sungguh tak berapa berkenan pula. Kali ni Murni lebih berhati-hati sebelum proceed order, Murni akan check terlebih dahulu review pembeli dan details produk like size, material dll. 

Tujuan utama Murni beli Floor Mat Fluffy ni sebab nak jadikan sebagai background atau latar belakang untuk dapatkan hasil gambar yang cantik. Sesuai sangatlah ambil gambar produk buh atas tu, sayang pulak nak dijadikan sebagai alas kaki 😅 Harga Floor Mat Fluffy ni pun murah sesuai lah dengan bajet yang Murni dah tetapkan di bawah RM30. Harga seketui RM8.30 plus kos shipping RM10.30 total RM18.60.



Murni pilih warna putih sebabnya sebelum ni Murni ada terbaca kalau nak dapatkan gambar yang cantik dan bersih, kita perlu sediakan background atau latar belakang yang tiada corak atau corak yang minima untuk menyerlahkan lagi bahan utama. Boleh guna table mat, kad manila, kertas mahjong ka. Murni jumpa alas kaki berbulu yang lawa, bolehlah dijadikan sebagai background 😅 saiz floor mat fluffy yang Murni beli ni berukuran 0.5m x 0.8m, besaq jugaklah boleh letak beberapa produk 😀 Material soft fiber.

Hasil Gambar Menggunakan Floor Mat Fluffy

Floor Mat Fluffy

Gambar indoor waktu senja dengan lighting yang tak seberapa cantik, tapi hasilnya bolehlah haha. Lepas ni senanglah nak buat personal review berkaitan produk kecantikan atau dapat job product review, tak perlu pening² dah cari background yang sesuai.

Akhir sekali, Murni puas hati dengan floor mat fluffy ni, part delivery service tu yang tak berapa suka sebab lambat sampai. Tak apalah yang penting barang dah sampai ke tuan empunya badan. Terima kasih sudi baca personal review dari Murni 😘
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
5 Cara Hilangkan Parut Jerawat

5 Cara Hilangkan Parut Jerawat | Assalamualaikum & hi readers! Siapalah yang tak stress kalau jerawat selalu tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan, eh! 😂 Jerawat ni ada 3 jenis tau; bintik putih atau hitam (comedones), bonjol merah yang bernanah atau tidak bernanah, bintil (nodul) dan pembentukan cista berair yang mungkin mengakibatkan parut. Bertambah stress kalau jerawat yang dialami meninggalkan parut, kadang tu boleh buatkan diri jadi tak confident pula. Korang boleh cuba 5 cara hilangkan parut jerawat di bawah. 


5 Cara Hilangkan Parut jerawat

1. Timun
timun atasi parut jerawat
credit image: jempolkaki.com
Timun boleh digunakan untuk rawatan muka. Timun mengandungi Vitamin A, Vitamin C dan magnesium yang sangat baik untuk kulit kita.

Cara-cara:
Sediakan timun, cuci sehingga bersih kemudian potong nipis. Letakkan timun yang dipotong nipis di kawasan parut jerawat. Selepas 30 minit, alihkan timun dan cuci muka dengan air.

Pesanan: Ulang proses ini setiap hari untuk dapatkan hasil yang pantas.

2. Aloe Vera/ Lidah Buaya Segar
aloe vera atasi parut jerawat
credit image: siraplimau.com
Gel aloe vera segar merupakan sumber vitamin terbaik yang dapat membantu menyembuhkan kulit dan parut jerawat. Tumbuhan ini adalah pelembap semula jadi yang akan membuatkan kulit berasa lebih lembut dan sihat. Walaupun gel aloe vera mudah didapati di mana-mana kedai ubat, farmasi atau dalam talian, lidah buaya organik adalah terbaik sebabnya ia lebih segar. 

Cara-cara:
Kalau korang nak guna gel aloe vera segar untuk hilangkan parut jerawat, hanya perlu ambil satu daun aloe vera dan gunakan sedikit sahaja. Untuk dapatkan gel aloe vera, korang boleh potong/kupas bahagian luar daun tersebut. Kemudian letakkan gel tersebut di kawasan parut jerawat dan urut secara perlahan-lahan. Untuk hasil yang terbaik, korang biarkan gel aloe vera meresap untuk tempoh 30 minit kemudian cuci muka

Pesanan: Adakalanya lidah buaya akan menyebabkan iritasi pada kulit. Korang tak perlu bimbang, sekiranya berlaku korang hanya perlu cuci muka dengan serta-merta.

3. Jus Lemon Segar
jus lemon atasi parut jerawat
credit image tempo.co
Penggunaan jus lemon segae merupakan remedi semula jadi. Jus lemon segar mengandungi L-ascrobic acid. Ia adalah astrigen biasa untuk mengeringkan keradangan jerawat dan ia bertindak sebagai antibakteria yang melawan bakteria yang menghasilkan jerawat. Elakkan penggunaan jus lemon terkena sinaran mentari kerana ia akan merosakkan kulit.

Cara-cara:
Hanya perlukan 2 atau 3 sudu teh jus lemon segar dan kapas. Gunakan kapas untuk meletakkan jus lemon segar di muka. Boleh digunakan sebelum tidur. Proses ini boleh diteruskan untuk tempoh 2 ke 3 minggu.

Pesanan: Jus lemon segar sangat bagus untuk kulit, walau bagaimanapun korang mungkin akan mengalami sedikit iritasi. Sekiranya ia berlaku, korang perlu cuci muka dengan air sejuk selepas 10 minit penggunaan jus lemon segar di muka.

4. Baking Soda/ Soda Penaik dan Air
soda bikarbonat atasi parut jerawat

Baking soda boleh digunakan untuk memudarkan dan mengurangkan parut jerawat.

Cara-cara:
Ambil 2 atau 3 sudu teh baking soda dan 2 sudu teh air, campurkan kedua-duanya sehingga menjadi pes. Letakkan pes tersebut di kawasan yang bermasalah dan buat gerakan membulat. Biarkan selama 3 minit. Kemudian cuci muka dengan air sejuk. Hasilnya kulit jadi lembut dan nampak glowing.

Pesanan: Jangan biarkan pes tersebut berada di muka lebih dari 8 minit. Cuci muka dengan air sejuk.

5. Serum Wajah
Rose Face Serum Zeeta
Rose Face Serum Zeeta
Terdapat pelbagai serum wajah yang berada di pasaran dengan pelbagai fungsi. Korang boleh cuba serum wajah yang mana fungsinya lebih kepada untuk memudarkan parut jerawat. Salah satu produk serum wajah yang korang boleh guna ialah Rose Face Serum Zeeta. Maklumat lanjut mengenai serum ni, korang boleh klik link pautan ni    [+] Rose Face Serum Zeeta.

Selamat mencuba 😉
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Older Posts

SPONSORED BY NUFFNANG

PENULIS BLOG

MEDIA SOSIAL

  • INSTAGRAM
  • FACEBOOK
  • GOOGLE+
  • BLOGLOVIN
  • TWITTER
  • YOUTUBE

Bunga & Kumbang

FB PAGE MMY

LABEL BLOG

Personal Wordless Wednesday Kecantikan Advertorial Contest SEO Personal Review Panduan Kerjaya Latihan Industri Makeup Stuff makeupbymurnimy Kesihatan F & B Buat Duit Online D.I.Y Product Review SLM 125 Dekorasi Rumah Video Tutorial Makeup

ARKIB BLOG

Created with by BeautyTemplates| | Copyright © 2018 Murni Mohd Yusof