Lembah Mak Sina River Trekking |
Lembah Mak Sina River Trekking
Aktiviti River Trekking kali ni kami menyusuri Lembah Mak Sina yang terletak di Makuau Tungku Lahad Datu Sabah. Aktiviti ni berlangsung pada 21/05/2023 bersamaan hari ahad. Selepas Murni sertai aktiviti river trekking di Sg. Merabung sebelum ini, Murni berpeluang sekali lagi untuk sertai aktiviti river trekking di Lembah Mak Sina pula. Pada masa ini Murni menggantikan peserta yang tidak dapat sertai atas sebab tertentu. Aktiviti River Trekking kali ni dianjurkan oleh Tungku Hikers Sports Club (THSC).
Peserta & guide |
Sebelum memulakan aktiviti reiver trekking, taklimat mengenai keselamatan sepanjang menyusuri Lembah Mak Sina telah disampaikan oleh Korperal Ravindra, wakil dari Balai Polis Tungku. Untuk sampai ke starting point, kami perlu menaiki kereta dan melalui kawasan ladang kelapa sawit. Sebaiknya guna kereta pacuan 4 roda (4x4/4WD).
Starting Point |
Kami tiba di kawasan starting point dalam jam 09:15 pagi. Sebelum memulakan aktiviti river trekking taklimat ringkas turut diberikan oleh abang Jay selaku Ketua Biro Rekreasi Luar THSC. Bacaan doa juga adalah wajib agar kita semua sentiasa dalam lindungan Tuhan sepanjang melakukan aktiviti ini.
Muka ada banyak senyum, almaklumlah kaki masih boleh sampai ke dasar sungai haha. Kami dilepaskan dalam jam 09:25 pagi. Ada beberapa peserta yang ikut laluan tebing dahulu sebelum masuk ke dalam air & Murni ambil keputusan untuk mulakan perjalanan dengan masuk terus ke dalam air. Dalam kepala Murni asyik terfikir ada buaya ke tak, almaklumlah biasanya kalau kawasan ladang kelapa sawit ni mesti ada buaya yang tersesat haha
Bagi pendapat Murni sendiri, aktiviti river trekking di Lembah Mak Sina lebih mencabar berbanding dengan Sg. Merabung, Sebab utama sudah tentu dari aspek kedalaman air, lebih banyak menggunakan tenaga tangan untuk berenang. Murni jadi lebih berani berbanding sebelum ini untuk melalui kawasan yang dalam. Penggunaan tali di kawawsan yang dalam sangat membantu terutama bagi kami yang tidaklah berapa pandai untuk berenang.
Lembah Mak Sina |
Sepanjang menyusuri lembah ni, Murni kurang mengambil gambar & video sebab malas sangat nak buka & tutup pouch bag hanphone. Bila pouch bag handphone dah terkoyak sikit mulalah risau handphone masuk air. Nasiblah ada guide yang sudi ambil gambar Murni sekeping dua hhihi.
Murni rasa teruja sangat bila melalui satu kawasan yang dalam, di mana di bahagian tengah laluan lembah tu ada kawasan air terjun yang mengalir deras. Di tambah pula melihat kawasan di bahagian tebing di tumbuhi lumut-lumut yang menghijau, cantik sangat. Murni boleh katakan laluan menyusuri Lembah Mak Sina lebih sempit berbanding di Sungai Merabung.
Kami bergerak awal sedikit berbanding dengan peserta yang lain dengan ditemani oleh seorang guide. Kami sampai di starting point dalam jam 01:30 petang, usai pulangkan jaket & menunggu peserta lain kami bergerak pulang destinasi masing-masing kalau tak silap Murni dalam jam 2 petang.
Murni sediakan video pendek yang sempat Murni rakam sepanjang river trekking berlangsung. Selamat menonton! Jangan lupa Like, Share & Subscribe YouTube channel Murni sebagai tanda sokongan untuk Murni terus berkarya. 😘
Sampai sini saja perkongsian Murni mengenai aktiviti Lembah Mak Sina River Trekking, jumpa lagi dalam entri akan datang. Terima kasih sudi baca entri ni 😘
Tiada ulasan
Catat Ulasan