Advertisement

Resipi Kapurung

Resipi Kapurung

Resipi Kapurung | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Lama dah tak berkongsi resipi di blog, jadi hari ni Murni nak berbagi resipi dengan korang salah satu masakan bagi suku kaum bugis. Minggu lepas Murni masak kapurung ni sebab craving sangat kebetulan pada waktu tu Murni work from home & bahan-bahan pun dah siap-siap beli, maka datanglah mood rajin masuk ke dapur haha.

Resipi Kapurung

Resipi Kapurung

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN;
  • Tepung kanji (1 cawan)
  • Ikan sardin tin (425g)
  • Ikan bilis (segenggam)
  • Kacang tanah (segenggam)
  • Sayur kacang panjang & sayur kangkung
  • Bawang putih & bawang merah
  • Air 1 litre
  • Garam & Ajinamoto (optional)
  • Limau 
  • Cili padi

CARA PENYEDIAAN KAPURUNG;

Langkah Pertama: Penyediaan ambuyat/bebola
  • Masukkan tepung kanji dalam bekas, masukkan air (sukatan 1 cawan air). 
  • Larutkan tepung kanji sehingga sebati. 
  • Panaskan pula air dalam 1 cawan juga dengan menggunakan kuali, kemudian masukkan tepung kanji yang telah dilarutkan tadi. Kena pastikan tepung kanji ni sentiasa dikacau (guna api perlahan). 
  • Bila tepung kanji dah berubah warna, sebati boleh matikan api. 
  • Sediakanlah siap-siap bekas yang berisi air, nak buat bebola tu korang boleh guna chopstick atau sudu.

Resipi Kapurung

Kalau ikutkan boleh saja terus tuang air panas tepung kanji tu, tapi kena pastikan tangan laju nak mengacau supaya tak berketul-ketul kejadian bebola. Bab ni Murni failed dah cuba tak menjadi haha. Bagi Murni senang lagi kalau panaskan air then masukkan tepung kanji yang dah larut. Resipi asal nak buat ambuyat/bebola ni menggunakan sagu, Murni tahu buat dengan menggunakan tepung kanji saja. Bolehlah yang penting jadi.

Langkah kedua: Sediakan ikan bilis & kacang tanah blender

Memandangkan Murni tak tahu berapa gram yang digunakan untuk sediakan ikan bilis & kacang tanah, sukatan tu guna jari jemari saja haha, segenggam gituh.
  • Ikan bilis bersihkan terlebih dahulu. Kemudian goreng dengan minyak yang sikit sampai naik bau. Siap goreng biarkan seketika, kemudian blender. 
  • Kacang tanah pun sama juga goreng dengan minyak yang sikit. Goreng sampai kacang tanah tu berubah warna jangan sampai hangus pula hihi. Ketepikan seketika, kalau korang rajin buang dulu kulit kacang, kemudian blender.

Langkah ketiga: Sediakan sayur-sayuran

Untuk sayur-sayuran ni, ada pilihan sama ada korang nak masukkan sayur bayam atau jagung pun boleh. Murni lebih sukakan sayur kangkung & kacang panjang.

Langkah keempat: Sediakan ikan sardin

Kalau diikutkan resipi asal menggunakan ikan segar seperti ikan tamban. Nak mudah & cepat korang boleh gunakan ikan sardin yang dalam tin. Murni guna ikan sardin jenama Ayam Brand (425g), apa-apa brand pun boleh ikut selera memasing.

Langkah kelima: Sediakan hirisan bawang putih & bawang merah

Hirisan bawang putih dalam 6 ulas & bawang merah dalam 4 biji. 

CARA MEMASAK KAPURUNG

Murni gunakan periuk untuk masak kapurung ni, saiz periuk sederhana yang mana boleh memuatkan air 1 litre.
  1. Panaskan periuk. Masukkan minyak masak sikit. Kemudian masukkan bawang putih & bawang merah yang dah siap dipotong. Tumis sampai naik bau, kemudian masukkan sayur-sayuran tadi, kacang panjang & sayur kangkung. Masak dalam 3-5 minit.
  2. Masukkan ikan bilis & kacang tanah yang dah siap diblender. 
  3. Masukkan pula ikan sardin. 
  4. Masukkan air 1 litre. 
  5. Masukkan ambuyat/bebola tadi.
  6. Masukkan garam & ajinamoto (optional).

Siap untuk dihidangkan. Kapurung ni sedap dimakan dengan cili padi tumbuk bersama-sama dengan air limau nipis/purut. Saiz hidangan yang Murni buat ni boleh makan untuk 3-5 orang. 

Resipi Kapurung


Selamat mencuba!
 

Catat Komen

0 Ulasan