Serebpit Waterfall: Hike & River Trekking | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Seperti yang dijanjikan dalam entri camping sebelum ni [+] Camping di Rekreasi Indah Langgas Panglima Akup Kg Lamak, Murni akan berkongsi pengalaman hiking & river trekking menuju ke Serebpit Waterfall.
Serebpit Waterfall: Hike & River Trekking
Aktiviti river trekking kali ni dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Begak Islam Sabah, Tungku Hikers Sport Club, Classic Hikers & 666 Hikers Team. Serebpit Waterfall terletak di Long Pias Kg Sri Darun Tungku daerah Lahad Datu. Jarak perjalanan dari bandar Lahad Datu ke Long Pias adalah 66KM+-, ambil masa dalam sejam dengan menaiki kenderaan. Kami sampai agak lewat sikit sebab tersesat jalan haha almaklumlah first time masuk ke Kg Sri Darun Tungku. Salah sendiri juga sebab tak tengok group telegram dengan teliti.
Usai sampai di warung, kami singgah sebentar untuk sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti river trekking. Untuk sampai ke starting point kami perlu menaiki kenderaan 4x4. Yang seronoknya bila kau duduk di belakang 4x4, mata disajikan dengan pemandangan ladang kelapa sawit yang luas dan berbukit, lalu pula di kawasan kilang pemprosesan kelapa sawit, & sudah semestinya melalui anak sungai, Kalau bernasib baik boleh terserempak dengan kumpulan gajah. Masa tu bukan rezeki kamilah nak tengok gajah.
Team hikers Sandakan |
Kami sampai di starting point lebih kurang dalam jam 10 pagi. Sebelum memulakan aktiviti hiking & river trekking taklimat ringkas mengenai keselamatan & bacaan doa dibuat terlebih dahulu. Tepat jam 10:19 pagi kami perlu hiking dalam 30 minit sebelum sampai ke air terjun yang ke-3. Cuaca dah panas terik masa ni. Sumpah bagi Murni hiking lebih memenatkan berbanding river trekking haha
Bila dah jumpa air, apa lagi nak ditunggu teruslah masuk ke dalam air panas yakmat. Kawasan ni (gambar di atas) air masih cetek lagi berani sikit jadi little mermaid haha. Kalau turun ke bawah sikit akan jumpalah air terjun ke-3. Murni banyak habiskan masa bermain di tempat ni, siap terjun lagi. Entahlah mana datangnya keberanian tu nak terjun.
Actually, Murni pernah hampir lemas masa kecil dulu, almaklumlah rumah Murni berhampiran dengan sungai. Syukurlah sekarang ni dah boleh kurangkan rasa takut untuk mandi sungai. Sampai ke hari ni Murni ni tak pandai berenang, kalau join aktiviti river trekking ni memang wajiblah pakai life jacket.
Nah cumil kan little mermaidnya haha. Actually, masa ni Murni dah kesejukan sangat sampai menggigil badan menunggu turn untuk bergambar di air terjun ke-4. Sikit lagi nak patah balik sebab kesejukan. Tapi rugi sangat kalau tak bergambar berlatar belakangkan air terjun Serebpit.
Lepak di tepi sungai pun seronok weyh. Masa ni lapar sangat, nasib ada bawa maggi cup dengan muka tak malunya minta air panas orang haha. Hujan masih renyai-renyai masa ni . Murni ambil keputusan tak nak teruskan river trekking menuju ke air terjun 1 & 2 sebab penat yakmat, terlampau main air masa menuju ke air terjun ke-4. In Sha Allah next time Murni akan repeat river trekking di Serebpit Waterfall. Nah video pendek sepanjang aktiviti river trekking;
Sampai sini saja perkongsian Murni mengenai Serebpit Waterfall: Hike & River Trekking di Long Pias Kg Sri Darun Tungku. Terima kasih korang sudi baca entri ni.
Tiada ulasan
Catat Ulasan