Merabung River Trekking
Merabung River Trekking

Merabung River Trekking | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Dah lama Murni tak share aktiviti outdoor di blog, memandangkan hari ni cuti Murni nak share aktiviti river trekking. Actually, Murni baru sahaja berjinak-jinak dengan aktiviti river trekking ni. Asyik naik bukit, kali ni tukar angin pula nak merasai sendiri pengalaman menyusuri sungai sambil menikmati lukisan alam yang indah.


Merabung River Trekking

Sejak Sg. Merabung ni viral kalau Murni tak silap tahun 2021 dengan jolokan nama The Lost World of Merabung, Murni dah pasang niat nak cuba  merasai sendiri pengalaman menyusuri Sg. Merabung ni. Nampak dalam gambar cantik sangat. Syukur Alhamdulillah sangat, Murni dapat peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.


Kalau diikutkan plan asal aktiviti river trekking di Sg. Merabung (terletak di Tungku, Lahad Datu) dibuat pada bulan Februari tahun ni, tapi memandangkan cuaca pada masa itu asyik hujan jadi aktiviti tersebut terpaksalah ditunda ke bulan Mei. Bila dapat tarikh baru kemain Murni teruja sangat. Aktiviti Merabung River Trekking ni berlangsung pada 14/05/2023 bersamaan hari ahad.


Merabung River Trekking


Seramai 41 hikers & guide seramai 16 orang yang mengikuti aktiviti river trekking ni. Aktiviti ni telah dikelola oleh Tungku Hikers Sports Club (THSC). 


Sebelum aktiviti bermula, taklimat mengenai keselamatan telah disampaikan oleh Kopral Ravindra wakil dari Balai Polis Tungku. Pemakaian jaket keselamatan sepanjang aktiviti river trekking adalah diwajibkan. Bacaan doa sebelum aktiviti bermula juga menjadi amalan dalam kalangan hikers.


Untuk sampai ke starting point menyusuri Sg. Merabung, para hikers perlu melalui ladang kelapa sawit terlebih dahulu. Jarak perjalanan ambil masa dalam 10 minit untuk sampai ke anak sungai.


Memandangkan ni 1st time Murni ikut serta aktiviti river trekking, tipulah kalau tak rasa takut. Murni ni tak pandai berenang sebenarnya, masa kecil dulu hampir lemas ya mandi di Sungai. Tapi Murni bersyukur sangat kawan hikers & guide sangat membantu bagi kata-kata semangat & tunjuk ajar terutama untuk apungkan diri bila lalu di kawasan air yang sangat dalam. Terima kasih semuanya 😘


Nah Murni kepilkan beberapa cantuman gambar yang menarik perhatian Murni.


Merabung River Trekking

Melihat tebing Sg. Merabung yang menghijau ditumbuhi lumut-lumut sejuk terus hati ni. Murni suka sangat dengan panorama sepanjang menyusuri Sg. Merabung. Indah sangat tak terluah dengan kata-kata. Tempat wajib yang korang perlu pergi. 


Merabung River Trekking

Kami tiba di kawasan ( gambar di atas) dalam jam 12:00 PM untuk beristirahat seketika sambil menikmati Maggi cup. Tepat jam 12:30 PM kami pun beransur pulang.


Berhenti berehat pula untuk sesi fotografi famili besar trip river trekking kali ni. Bolehlah buat kenang-kenangan di hari tua nanti eh 😂 Kalau tak silap Murni, kami sampai di kawasan parking kereta waktu menghampiri jam 2:00 petang. 

Murni sediakan juga video pendek sepanjang aktiviti river trekking berlangsung. Selamat menonton, jangan lupa like & subscribe sekali YouTube channel Murni ya tanda sokongan untuk terus berkarya 😘


Sampai sini saja perkongsian Murni mengenai aktiviti Merabung River Trekking, jumpa lagi dalam entri akan datang. Terima kasih sudi baca entri ni 😘