Bagahak Waterfall Lahad Datu Sabah - Hiking

Bagahak Waterfall Lahad Datu Sabah  | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Seperti yang Murni janjikan dalam entri sebelum ini, hari ni Murni akan berkongsi mengenai aktiviti hiking di daerah Lahad Datu pula. Destinasi hiking yang Murni belum pernah pergi lagi terletak di kawasan ladang kelapa sawit yang dikenali sebagai Ladang Bagahak 2.

Bagahak Waterfall Lahad Datu Sabah 

Murni join aktiviti hiking di Bagahak Waterfall ni pun last minute penyertaan . Trip kali ini anjuran Classic Hikers yang dikelola oleh Saleh Latani. Terima kasih kak Yati ajak join sekali, alhamdulillah dapatlah si Murni menikmati keindahan alam di Air Terjun Bagahak. Murni difahamkan ramai hikers Sandakan yang turut serta. Aktiviti ni berlangsung pada 10/09/2023. Macam biasalah hari ni Murni baru ada kesempatan kemaskini blog, sibuk sajalah 😌

Bagahak Waterfall Lahad Datu Sabah - Hiking
Ladang Bagahak 2

Maklumat tambahan; jarak Ladang Bagahak 2 dari pusat bandar Lahad Datu dalam 42.9km dan ambil masa 42 minit sekiranya menaiki kenderaan (data dari google Maps). Jarak perjalanan menuju ke starting point dari gate Ladang Bagahak 2 dalam 18km dengan menggunakan 4x4 ambil masa dalam sejam lebih. Manakala jarak dari starting point ke lokasi air terjun dalam 4.5km (trekking return)

Bagahak Waterfall Lahad Datu Sabah - Hiking
Parking kereta berhampiran dengan gate Ladang Bagahak 2

Sebelum jam 8 pagi Murni bersama-sama kak Yati dah sampai awal. Dalam jam 8 lebih semakan kehadiran dibuat & sarapan diagihkan kepada semua peserta yang terlibat. Usai taklimat ringkas mengenai aktiviti, pembahagian peserta yang menaiki 4x4 dibuat dengan sebaiknya. 

Bagahak Waterfall Lahad Datu Sabah - Hiking
Balancing Rock


Kami bergerak dari gate Ladang Bagahak dalam jam 09:10 pagi menuju ke perhentian pertama di Balancing Rock sebelum meneruskan perjalanan ke starting point. Untuk ke Balancing Rock hanya ambil masa dalam 10 minit sahaja. Usai bergambar di Balancing Rock kami pun teruskan perjalan ke starting point. Bertabah betul kami yang duduk dibelakang 4x4 dengan keadaan jalan gravel & ada sesetengah kawasan yang berdebu. Sepanjang jalan mata sememangnya disajikan dengan pokok kelapa sawit, bukit, & langit biru yang cantik. Love teruk lukisan alam, sejuk mata memandang.

Bagahak Waterfall Lahad Datu Sabah - Hiking
Starting Point

Kami sampai di Starting point dalam jam 10:20 pagi. Semua peserta berkumpul & diberi taklimat ringaks mengenai Bagahak Waterfall & juga mengenai keselamatan. Sebelum memulakan aktiviti hiking menuju ke Air Terjun Bagahak bacaan doa mengikut agama masing-masing dibuat terlebih dahulu. Usai bacaan doa, dalam jam 10:35 pagi kami pun mulakan aktiviti hiking.


Bagahak Waterfall Lahad Datu Sabah - Hiking

Aktiviti hiking kali ni trailnya agak santai sedikit semasa menuju ke kawasan air terjun hanya perlu menuruni bukit sahaja. Kalau turun bukit pergerakan Murni laju sikit berbanding naik bukit haha. Tapi tulah masa balik tu yang struggle sikit sebab kena naik bukit kan haha. Syukurlah masa ni Murni tiada rasa pewai. 

Bagahak Waterfall Lahad Datu Sabah - Hiking
Air Terjun 1 Bagahak

Kami sampai di air terjun Bagahak yang pertama dalam jam 11:00 pagi. Air terjun tidak berapa deras disebabkan cuaca pada ketika itu tidak kerap hujan dalam masa beberapa hari. Masa pendakian pun cuaca agak panas. Usai bergambar di sini, kami berehat sebentar sebelum menuju ke Air Terjun 2 Bagahak yang terletak di atas bukit.

Bagahak Waterfall Lahad Datu Sabah - Hiking
Air Terjun 2 Bagahak

Selesai berehat, kami teruskan pendakian menuju ke Air Terjun 2 Bagahak. Jarak dari Air Terjun 1 Bagahak ke Air Terjun 2 Bagahak tak jauh manapun, dalam 5 ke 10 minit pun dah boleh sampai bergantung tahap kelajuan masing-masing. 

Bagahak Waterfall Lahad Datu Sabah - Hiking
Kawasan beristirahat di Air Terjun 2 Bagahak

Sampai saja di kawasan yang sedikit lapang di Air Terjun 2 Bagahak, kami pun menjamah sedikit makanan yang dibawa dari rumah. Healing sekejap naik hammock, lama tak naik hammock sejak insiden jatuh dari hammock tahun lepas haha. Usai makan & rehat, tak sah rasanya kalau tak mandi manda di Air Terjun 2 Bagahak. Kawasan air terjun agak dalam, jadi Murni tak berani nak terjun almaklumlah tak pandai berenang haha. Rasa menyesal juga masa ni tak bawa life jacket. Terpaksalah bermandi manda di tepian saja haha

Sudah puas bermandi manda, kami bergerak keluar dalam jam 02:30 petang & sampai di starting point dalam jam 03:10 petang. Lewat sikit keluar sebab tersasar dari jalan yang sebenar haha. Sampai di gate Ladang Bagahak 2 dalam jam 4:00 petang. Terima kasih semuanya untuk pengalaman & memori yang tercipta. Sebelum Murni tutup perkongsian hiking di Bagahak Waterfall Lahad Datu Sabah, Murni kongsi video pendek sepanjang aktiviti berlangsung.