Hiking & Camping di Sepilok Laut Sandakan 2.0

Hiking & Camping di Sepilok Laut 2.0 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi korang! Setelah sebulan Murni tak kemaskini blog berkaitan hiking, hari ni Murni rajin sikit buka laptop haha. Sebenarnya mood menulis tu tak ada, entri ni pun kalau diikutkan Murni perlu kemaskini bulan 9 lagi. 

Musim PKPB ni hiking tak dibenarkan lagi di tempat Murni, asyik  rindu dengan bau hutan pula. Bila duduk rumah ditambah pula dengan bekerja dari rumah, boleh stress dibuatnya kalau tak buat aktiviti outdoor. Tak mengapalah kita doa baik-baik semoga kita semua dilindungi dari penyakit berbahaya, Covid19.

Hiking & Camping di Sepilok Lauk 2.0


Balik kepada cerita hiking & camping di Sepilok Laut (SL), actually kami pergi hiking & camping pada 12-13/09 bulan lepas. Murni dah masuk SL ni kali ke-3 untuk tahun 2020 ni. Murni ada kongsikan pengalaman 1st time hiking di SL, korang boleh baca di sini [+] Hiking di Sepilok Laut Sandakan: Kabili Trail  2nd time hiking & camping sekali di SL, boleh baca di sini [+] Hiking & Camping di Sepilok Laut Sandakan

Pengalaman hiking kali ni tak banyak beza pun dari yang sebelum ni, banyak rasa penatnya haha tapi berbaloi sangat sebab dapat bersahabat dengan alam dan meluangkan masa dengan kumpulan Semangat Hutan. 

Ada sedikit rasa kecewa dari aspek pengurusan tiket masuk ke Sepilok Laut, tapi semua tu tolak tepi yang penting dapat masuk haha. Mana yang kurang selepas ni boleh tambah baik & pengalaman yang lepas boleh dijadikan pengajaran.

Ada 3 group hikers yang masuk ke SL pada masa ni; group Murni ada 4 orang yang masuk waktu petang dalam jam 3 lebih, group kedua ada 3 orang masuk kalau Murni tak salah mereka masuk ke SL dalam jam 4, group terakhir ni special sikit sebabnya naik bot gerak dalam jam 5 petang. 

Naik bot pun sebab nak angkut bahan-bahan masakan & ada di antara mereka yang bekerja. Kos pengangkutan bot ni hasil dari perkongsian dan sponsored by someone. 

12/09/2020

Hiking & Camping di Sepilok Laut Sandakan 2.0

Beban beg almost 10kg, berat yakmat haha. Kalau diikutkan nak pakai beg lain 50L, entahlah macam mana bila packing barang & nak angkat beg boleh pula terputus. Jadi terpaksalah Murni gunakan beg [+] Case Valker 40L ni, tak boleh nak bawa barang banyak sangat haha. 

Cerita pasal beg ni mengingatkan Murni hiking sebelum ni bila masuk SL tak sah kalau beg Murni orang lain yang bawakan, hiking kali ni pun sama juga haha. Ya Allah berdosanya rasa diri ni, terima kasih geng hikers yang dah bantu Murni sebelum ni. Jarak trail yang jauh rasa penat sangat fizikal & mental haha, tapi tetap juga nak cabar diri sendiri. 

Hiking & Camping di Sepilok Laut Sandakan 2.0

Kabili Trail starting point ni tempat wajib bergambar kalau masuk ke Sepilok Laut Reception Centre Sandakan (SLRC). Hiking kali ni, pergi & balik Murni tak nampak langsung kelibat pacat, bersyukur sangat kalau tenampak confirmed rasa geli & takut kalau dah terkena gigitannya haha.

Hiking & Camping di Sepilok Laut Sandakan 2.0

Di Sandakan pun ada Bukit Jalil tau hihi. Kami sampai ke Bukit Jalil ni lebih kurang jam 6 petang. Sebelum bergerak menuju ke SLRC kami bertembung dengan group hikers yang kedua. Hari semakin gelap & kami tetap teruskan perjalanan, takut juga sebenarnya bila hiking waktu senja ni. Tapi syukurlah kami selamat sampai dalam jam 7 lebih.

Hiking & Camping di Sepilok Laut Sandakan 2.0

Nampaknya dah ada kemajuan tempat penginapan di SLRC ni, siap ada tv sebelum tiada ya. Untuk makluman korang, line telco tidak berfungsi di SLRC ya, jadi masa korang hanya terbuang dengan kawan-kawan sahaja hihi.

Hiking & Camping di Sepilok Laut Sandakan 2.0

Ok ini adalah menu makan malam kami semasa di SLRC. Kami masak sendiri, ada tukang masak yang diimport khas hihi. Dapat kumpul ramai-ramai & makan bersama-sama, nikmatnya tu tidak terkata sebab kita lebih menghargai masa yang terluang dengan kawa-kawan.

Usai makan, bermulalah sesi meluah perasaan haha taklah sesi berkongsi cerita sesama geng hikers sambil menikmati kudap-kudapan yang tersedia. Sebelum tidur sempat lagi Murni masak maggie untuk geng hikers. Mana berat tak bertambah asyik makan saja kerjanya haha. Tak apalah yang penting kau rasa bahagia gituh.

13/09/2020


Hiking & Camping di Sepilok Laut Sandakan 2.0

Pemandangan waktu pagi di SLRC, nyaman rasa. Kena berhati-hati kalau nak ambil gambar di jeti sebabnya kawasa ni ada buaya. 

Hiking & Camping di Sepilok Laut Sandakan 2.0

Inilah tempat kami berkumpul untuk sarapan pagi. Tetiba pula rindu dengan suasana macam ni dapat kumpul rama-ramai cerita tentang pengalaman masing-masing. PKPB ni buatkan kita insaf sekejap untuk menghargai orang yang selalu berada di sekililing kita. Setuju?

Hiking & Camping di Sepilok Laut Sandakan 2.0

Ini pun salah satu tempat wajib bergambar bila dah sampai ke SLRC.


Hiking & Camping di Sepilok Laut Sandakan 2.0

Usai sarapan, bersihkan diri & kemas barang kami pun balik ke pangkal jalan haha. Baiklah sampai di sini saja Murni kongsikan pengalaman hiking & Camping di Sepilok Laut Sandakan 2.0. Akan ada lagi tak 3.0? Tunggu haha.