Beli Hiking Backpack 40L di Shopee Malaysia

Beli Hiking Backpack 40L di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Dalam entri kali ni, Murni nak kongsikan mengenai personal review beli hiking backpack 40l di Shopee Malaysia. Memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan masih dilanjutkan aktiviti membukit terpaksa ditunda sehinggalah kita bebas dari Covid-19. Rindu berat dengan bau hutan sebenarnya, buat masa ini hanya mampu bersabar berharap semuanya akan berakhir & negara kita kembali pulih seperti sediakala.

Beli Hiking Backpack 40L di Shopee Malaysia

Sebenarnya ini merupakan pembelian kali kedua Murni beli hiking backpack di Shopee Malaysia, pembelian sebelum ini korang boleh baca entri [+] Beli Hiking Travel Backpack di Shopee Malaysia. Hiking backpack yang sebelum ni Murni dah gunakan masa pergi [+] Hiking & Camping di Sepilok Laut Sandakan dan [+] Camping di Pulau Berhala Sandakan

Kenapa Murni beli lagi hiking backpack? Sebab utamanya adalah hiking backpack yang Murni beli sebelum ini terlalu besar bagi Murni saiznya 50L, jadi terbelilah hiking backpack saiz 40L ni. Tambahan pula, hiking backpack kali ni lebih ringan, kurang sikitlah beban yang akan dibawa nanti. Terbeli pun sebab warna dia yang lawa 😍

Beli Hiking Backpack 40L di Shopee Malaysia

Murni dah order hiking bacpack ni sebulan yang lepas, 02/4/2020. Completed time 09/04/2020. Masa pembelian ni, Murni guna alamat pejabat tau sayang sangat tempoh PKP dilanjutkan terpaksalah Murni ambil sendiri barang di pejabat Pos. Murni beli hiking backpack ni dari Shopee Mall Case Valker Travel Luggage Official Store dengan harga RM43.90. Harga asal hiking backpack ni RM79.90 ada diskaun 45%. Kos penghantaran percuma sebab Murni guna free shipping voucher

Beli Hiking Backpack 40L di Shopee Malaysia

Mengenai Hiking Backpack 40L

  • Brand Case Valker
  • Size 53x12x32cm
  • Color Pink
  • Material Nylon
  • Weight 0.64 kg

Beli Hiking Backpack 40L di Shopee Malaysia
Kredit gambar: Case Valker Travel Luggage Official Store

Murni puas hati sangat dengan kualiti hiking backpack kali ni, sangat ringan, warna pink yang menawan, murah pun murah mampu milik katakan. Tak sabar nak bawa dia pergi hiking & camping huhu. 

Beli Hiking Backpack 40L di Shopee Malaysia

Buang tebiat kejap, sahut challenge geng hiking untuk berpakaian seolah-olah engkau mahu pergi membukit haha. Rindu sangat dengan bau hutan. Membukit dalam rumah pun jadilah. Sampai sini sajalah perkongsian personal review beli hiking backpack 40L di Shopee Malaysia. Korang yang tengah mencari backpack yang sesuai untuk hiking or camping boleh search Shopee Mall Case Valker Travel Luggage Official Store. Terima kasih sudi singgah di blog Murni, jumpa lagi dalam entri yang akan datang 😘

*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.