Resipi Ayam Masak Palekko | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi korang, jumpa lagi! Memandangkan sekarang ni dalam tempoh PKPB di daerah Sandakan, banyaklah masa duduk di rumah. Rasa bosan yakmat, jadi rajinlah Murni masuk ke dapur.
Hari ni Murni nak berkongsi Resipi Ayam Masak Palekko. Sebenarnya masakan ni terkenal dalam masyarakat bugis di Sabah terutamanya bila tiba musim perayaan sama ada Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Korban. Biasanya hidangan ini di makan bersama-sama dengan buras atau nasi panas. Bagi Murni rasa dia boleh tahan sedap.
Resipi Ayam Masak Palekko
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN;
- Ayam (Chicken leg quarter)
- Bawang merah 3 biji
- Bawang putih 1 labu
- Halia
- Kunyit hidup
- Cili padi
- Serai
- Lada putih (biji) yang ditumbuk
- Air asam jawa
- Garam & Ajinamoto (Optional)
- Minyak
Bahan-bahan untuk ditumbuk/dikisar;
- Bawang putih
- Bawang merah
- Halia
- Kunyit hidup
Cili padi Murni tumbuk berasingan dengan bahan-bahan di atas.
Tips: Kalau korang nak rasa sedap ayam masak palekko ni, Murni sarankan korang guna lesung batu untuk lumatkan bahan-bahan untuk menumis berbanding guna blender. Rasa dia lebih nyaman gituh eh!
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK PALEKKO
1. Sediakan bahan-bahan yang siap ditumbuk tadi. Air asam jawa & lada hitam yang dah siap ditumbuk. Serai pun siap-siap ketuk.
2. Ayam perap dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam 1 sudu besar bersama-sama dengan air asam jawa dalam 3 sudu besar. Gaul sebati & perap dalam 15 minit.
- Panaskan minyak kemudian tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama dengan serai sehingga pecah minyak.
- Kemudian, masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam kuali, kacau rata sehinggalah ayam bertukar warna. Masukkan cili padi, kalau tak nak letak pun boleh. Murni suka masakan pedas sebab tu kena masukkan juga cili padi.
- Masukkan pula air (boleh rujuk dalam video di bawah). Kalau tak nak letak air pun boleh.
- Masukkan air asam jawa dalam 3 sudu besar.
- Masukkan lada putih yang ditumbuk dalam 3 sudu besar.
- Akhir sekali masukkan garam & ajinamoto (optional).
Siap untuk dihidangkan 😍
Murni ada buat video masakan cara nak masak ayam masak palekko ni untuk korang jadikan panduan. Semoga bermanfaat & selamat mencuba.
Tiada ulasan
Catat Ulasan