Hiking di Sepilok Laut Sandakan: Kabili Trail

Hiking di Sepilok Laut Sandakan: Kabili Trail | Assalamualaikum & sejahtera. Masuk minggu kedua selepas pergi hiking di Sepilok Laut, baru hari ni datang rajin Murni nak kemaskini blog ๐Ÿ˜… . Pada 12/01/2020 Murni ada sertai aktiviti hiking di Sepilok Laut Sandakan, total hikers dalam 60 orang. Hiking kali ni pun geng Puteri Bukit pun tak cukup korum. Kalau ikutkan hati tahun lepas lagi nak cuba Kabili Trail, awal tahun ni berpeluang merasai sendiri seksanya jiwa & raga ini ๐Ÿ˜‚

Hiking di Sepilok Laut Sandakan: Kabili Trail 

Kenapa Murni mention Kabili Trail ni sangat menyeksa jiwa & raga ni sebab utamanya trailnya sangat mencabar bagi Murni. Kabili Trail ni bukanlah santai semata-mata, korang akan rasai sendiri naik turun bukit naik turun tangga mental pun boleh kuyak rabak jadinya haha. Untuk makluman korang jarak Kabili Trail ni sejauh 20KM pergi & balik. 

Kaunter Tiket RDC

Bayaran masuk ke Sepilok Laut RM12/orang, korang perlu bayar di kaunter tiket Rainforest Discovery Centre (RDC). Kalau tak silap Murni kami memulakan aktiviti hiking vni jam 9 lebih menuju ke Sepilok Laut Reception Centre (SLRC). 


Sebelum membukit aktiviti regangan otot adalah wajb & diikuti dengan bacaan doa. Semangat yakmat masa awal-awal perjalanan, pertengahan tu ada rasa macam alahai bilalah nak sampai ke SLRC ni, nak balik tu mental rabak habis rasa macam tak jumpa jalan pulang bilalah nak sampai ni haha. 


Masa ni kemain lagi kan bergambar, boleh lagi bagi senyuman yang paling manis. Balik dari SLRC habis hilang sudah seri di muka masam mencuka menahan air mata. Hilang terus mood nak ambil gambar flora & fauna ๐Ÿ˜… 


Kabili Trail Starting Point

Nak sampai ke papan tanda Kabili Trail ni pun ambil masa juga, jangan ditanya berapa jaraknya sumpah Murni tak ingat haha. 



Berhati-hatilah kalau singgah di pondok ni. Banyak pacat weyh. Alhamdulillah sepanjang perjalanan pergi & balik tak ada kes Murni kena gigit dengan pacat, tapi itulah pandai dia bermanja-manja di kasut ๐Ÿ˜‚

Hiking di Sepilok Laut Sandakan: Kabili Trail

Turun tangga dari Bukit Jalil masih boleh diterima lagi, tapi kaki Murni rasa sakit yakmat sebab pakai stoking tebal mana dengan kasut ketat sikit. Kasut makan kakilah jawabnya, habis melecet kaki masa balik ke rumah. Pakai stoking tebal sebab takut pacat gigit haha. 

Titian menuju ke Kawasan Tapak Perkemahan

Kawasan Paya Bakau

Sepilok Laut Reception Centre


Kalau tak silap Murni kami sampai dalam 12 lebih di SLRC, bolehlah beristirahat sekejap & isi perut dengan Maggie ๐Ÿ˜… Usai berehat, kami balik dalam jam 1 lebih. Ikut trail yang sama juga masa pergi ke SLRC ni.


Sebelum balik tu sempatlah juga ambil gambar di tempat ni. Kalau boleh nak juga duduk dihujung sanaaa tapi kan sayang aihhh ada buaya ๐Ÿ˜‚




Tangga Menuju ke Hatimu 

Naik tangga menuju ke Bukit Jalil memang tak boleh bawa bincang langsung, sampaikan Murni terpaksa berhenti terduduk di tengah-tengah sebab dah tak cukup nafas, tak ada rasa angin langsung. Sampaikan tiada daya nak bawa beg sendiri, nasib baik ada yang tolong ๐Ÿ˜ญ Mental tak betul dah menangis tapi tak keluar air mata haha. 

Kami keluar pun dah nak dekat jam 5 petang, jauh sangat perjalanan membukit kali ni. Terima kasih korang semua yang sangat supportive sepanjang trip hiking ni. Mungkin ini adalah pertama & terakhir Murni masuk Sepilok Laut etchinggg tapi kalau 'diracun' ni mungkin pergi juga, tapi nanti-natilah di kemudian hari. Ok lah malas dah nak taip panjang-panjang nak video Hiking di Sepilok Laut Sandakan: Kabili Trail.