Hiking & Camping di Sepilok Laut Sandakan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi korang! Murni nak kongsi lagi aktiviti hiking yang Murni sertai pada 15-16/02/2020 di Sepilok Laut Sandakan. Kalau diikutkan dah masuk kali kedua Murni masuk ke Sepilok Laut. Baca entri sebelum ni [+] Hiking di Sepilok Laut Sandakan: Kabili Trail. Kata dah jerak masuk Sepilok Laut, masuk lagi 🤭
Hiking & Camping di Sepilok Laut Sandakan
Hiking kali ini rasa best sebab dapat camping sekali di Sepilok Laut Reception Centre (SLRC). Kalau sebelum ni masuk waktu pagi keluar waktu petang hari yang sama penatnya tu bukan kaleng-kaleng ya 🤦🏻♀️. Bila hiking & camping sekali ada cabarannya juga yang mana kena bawa backpack beratnya 10kg patah bahu 🤣
Hari Pertama 15/02/2020 (Sabtu)
Bila team Puteri-puteri Bukit join sekali aktiviti hiking & camping, aura dia lain macam sikit 🤭
Sarapan |
Seawal jam 7 lebih kami gerak dari rumah untuk mencari sarapan di batu 7. Memandangkan perjalanan kami jauh yakmat 26km, makanlah makanan yang berat 🤭 Sebelum hiking korang wajib tau sarapan sejam awal, elakkan hiking dengan perut yang kosong boleh pening, rasa mual nak muntah dibuatnya. Usai sarapan kami terus menuju ke Rainforest Discovery Centre (RDC).
Pakai kasut lejen, Adidas Kampung |
Cumilll kan kasut kami. Sepilok Laut banyak pacat gais. Nah tips untuk korang yang baru 1st time nak masuk Sepilok Laut wajib pakai stoking yang tebal (stoking bola) untuk elakkan pacat kissing gituh, korang boleh juga bawa minyak kayu putih & minyak kapak atau bawa air garam.
Hikers padu semuanya |
Usai urusan di kaunter tiket RDC, kami memulakan aktiviti hiking masuk ke Sepilok Laut dalam jam 10:45 pagi (kalau tak silap Murni).
Bukit Jalil (4,380 meter) |
Nah syukurlah nak ada juga gambarmu di Bukit Jalil. Bukit yang menyeksa jiwa & ragaku 🤭 Seksa naik tangga turun tangga, mana dengan beban beg galas 10kg yang perlu dipikul. Sakit bahu 😔
Makan tengah hari |
kami sampai ke SLRC lebih kurang jam 3:00 petang. Makan tengah hari kami terpaksa anjak ke jam 5:00 petang 🤭 Almaklumlah banyak habiskan masa di hutan 🤣
Menu makan malam |
Meriah sangat menu makan malam kami. Kepurung tu yang paling win sedap, craving satisfied gituh. Entah berapa kali Murni tambah 🤣Kepurung ni salah satu masakan orang bugis. Masa ni jugalah Murni berpeluang masuk ke dapur belajar buat kepurung dengan kak Sumi 🤭
Makan malam |
Nikmatnya dapat makan ramai-ramai macam ni. Usai makan kami ada sesi suai kenal dan perkongsian ilmu berkaitan dengan hiking.
Hari kedua 16/02/2020 (Ahad)
Sarapan pagi |
Best pula main masak-masak di SLRC 🤭 Hiking kali ni banyak makan sebab tu berat Murni naik sampai 2kg 🤦🏻♀️ Usai sarapan sesiap pi mandi kemudian kami keluar dari SLRC sebelum jam 10:00 pagi. Sebelum balik wajib ambil gambar famili eh!
Usai bergambar bermulalah pengembaraan kami 🤭 Hilang seri diwajah, masam mencuka. Penat menggalas beg sebenarnya 😅
Lega sangat bila dah jumpa penanda Kabili Trail ni. Sikit lagi jumpa jalan keluar 🤣 Tempat wajib bergambar 🤭
Ok dah hampir sampai ke garisan penamat haha. Nah Murni kongsi video sepanjang hiking menuju ke SLRC.
Keluar dari Sepilok Laut, kami sambung pula makan tengah hari di batu 7. Ampun makan saja kerja si Murni 🤦🏻♀️
Ok baiklah Murni tutup cerita hiking & camping di Sepilok Laut Sandakan. Terima kasih juga untuk geng hikers kali ni, korang semua sangat supportive & menghiburkan hati. Entri seterusnya Murni akan kongsikan camping di Pulau Berhala Sandakan pula. Jumpa lagi 😘
hai. Boleh bagitau macam mana untuk prosedur uruskan camping di Sepilok Laut? kena contact siapa? Thank you.
BalasPadam