Resipi Ikan Masak Halia | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi korang! Hari ni Murni nak berkongsi resipi ikan masak halia. Makanan ni merupakan salah satu makan kegemaran Murni, yang mana kalau Murni balik kampung mak Murni akan masakkan.
Actually sebelum ni Murni tak pernah pun masak masakan. Ini adalah percubaan pertama kali & alhamdulillah Murni masak menjadi sangat, rasa pun lebih kurang sama macam yang mak Murni masak. Cara nak masak pun senang sangat & bahan-bahan untuk masakan pun senang nak cari.
Resipi Ikan Masak Halia
BAHAB-BAHAN YANG DIPERLUKAN;
- Ikan salai
- Halia
- Bawang Putih (1 labu)
- Bawang Merah (2 biji)
- Cili Bara
- Minyak
- Garam & Ajinamoto (optional)
- Air
CARA PENYEDIAAN IKAN MASAK HALIA
- Potong halia, bawang putih, bawang merah & cili bara.
- Bersihkan ikan salai. Perap dengan sedikit garam. Kemudian goreng ikan separuh masak. Siap goreng ikan, ketepikan ikan.
- Tumis semua bahan-bahan yang dipotong tadi dengan minyak yang sedikit.
- Kemudian masukkan sedikit air.
- Masukkan ikan salai yang dah siap digoreng tadi.
- Akhir sekali masukkan garam & ajinamoto.
Siap untuk dihidangkan 😍
Murni ada buat video pendek cara nak masak Ikan Masak Halia ni untuk dijadikan sebagai panduan. Semoga bermanfaat & selamat mencuba.
wow nampak sedap..resepi pun simple je....
BalasPadamNanti bole cuba kak SA 🤭
PadamFeveret CCL . 3 hari lepas dh jah menu ni .
BalasPadamsalam
BalasPadamAssalamualaikum, pada sesiapa yang ada gula kencing manis tinggi
BalasPadamSukar kawal gula wlaupun dh cuba pelbagai petua dan herba
Jangan biarkan keadaan smakin serius!
saya ada jual herba khusus untuk turunkan gula dgn cepat.
Selamat, tanpa bhan kimia berbahaya.
bila makan tidak menyebabkan angin atau sakit urat.
Melegakan skit sraf akibat kncing mnis dan sembuh kan luka kembali
Harga hnya sratus lebih untuk sbulan.
Hubungi/WhatsApp:
Mohd Zuhairi Bin Noordin
017-468 7570
Insya-Allah, gula turun elok balik