Beli Hiking Travel Backpack di Shopee Malaysia

Beli Hiking Travel Backpack di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & salam sejahtera. Yay hari ni datang rajin sikit kemaskini blog, Murni nak kongsi personal review beli hiking travel backpack di Shopee Malaysia. 

Beli Hiking Travel Backpack di Shopee Malaysia


Kenapa tetiba Murni beli backpack besar ni? Actually, Murni ada simpan niat nak mendaki Gunung Kinabalu tahun ni, tapi tak tahu lagi nak perginya tu bila 😅 So bila ada rezeki lebih ni Murni pelan² beli kelengkapan/peralatan sebagai persediaan sebelum pergi 'menggunung'. Maka terbelilah sejibik hiking travel backpack ni. 

Beli Hiking Travel Backpack di Shopee Malaysia

Murni beli backpack ni dengan harga RM36 sahaja. Harga asal RM80 ada diskaun 55% off. Jimat banyak gituh.  Murni order beg ni 20/01/2020 & ambil masa 3 hari untuk sampai ke tangan Murni. Boleh kata fast delivery ke Sabah. Kos penghantaran percuma sebab Murni applied free shipping voucher. 

Beli Hiking Travel Backpack di Shopee Malaysia

Murni puas hati sangat dengan kualiti backpack ni. Brand The North Face, kapasiti 50L, saiz H55xL33xW17cm, & ada 2 poket di bahagian sisi beg. Beg sangatlah besar bagi Murni boleh muat banyak barang. Ini kalau pergi 'menggunung' confirmed banyak bekalan makanan yang dibawa 🤭 

Korang yang tercari² hiking travel backpack boleh beli di Shopee Malaysia. Banyak pilihan & yang pastinya harga pun mampu milik. Nah Murni bagi link shop, nanti korang terjah sendiri okay [+] shopee.com.my/milangallery

*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.