Camping di Pulau Berhala Sandakan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi korang! Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini, hari ni Murni nak kongsikan berkaitan dengan aktiviti berkhemah di Pulau Berhala Sandakan. Kalau diikutkan perancangan awal nak buat sekali aktiviti hiking pada keesokan harinya, sayang tak jadi pula. It's okay, kalau ada rezeki next time wajib repeat camping & hiking sekali di Pulau Berhala Sandakan.
Camping di Pulau Berhala Sandakan
Jeti Pulau Berhala Sandakan |
Kami camping pada 22-23/02/2020. Tarikh pun kena hari sabtu & ahad, bolehlah join untuk isi masa lapang. Macam biasalah kami akan berkumpul di jeti Pasar Sandakan. Pengangkutan air kali ni kami naik kapal pula. Menuju ke Pulau Berhala jam 5:00 petang.
Kawasan Tapak Perkhemahan |
Sampai saja di kawasan tapak perkhemahan di Pulau Berhala, cecepat set up khemah. Sayang sangat khemah yang kami pinjam tak boleh nak pasang. Nasib baik ada yang sudi pinjamkan khemah untuk Puteri-puteri Bukit etchinggg, kalau tak confirmed tidur beratapkan langit, beralaskan rumput haha.
Makan Malam |
Selepas waktu maghrib, nikmat sangat dapat kumpul reramai makan sama-sama. Mostly lauk yang dihidang dah siap dimasak dari rumah. Terima kasih chef untuk makanannya, sedap ikan bakarnya makan dengan latok (anggur laut) & sup apa entah nama dia (lupa) 😅
Usai makan, nah rajinkan kami mencuci piring dah macam kenduri pula kan. Mencuci piring sambil membawang itu perkara biasa kunun 😂 Terima kasih korang sebab ringan tulang membantu. Siap kerja masuklah kami ke khemah memasing. Memandangkan masa ni, rasa panas dalam khemah kami pun pergi ke jeti tengok geng hikers kaki pancing memancing.
Pemandangan waktu malam di Jeti |
Kami lepak di jeti sampai ke tengah malam ya; ada yang memancing, ada yang berkaraoke Murni siap tertidur lagi di jeti haha sedap sangat angin yang menyapa. Kalau tak hujan masa malam tu confirmed sambung tidur sampai ke pagi di jeti.
Malam tu juga kami terpaksa pindahkan khemah, sebab air hujan dah masuk ke dalam khemah. Hiking waktu subuh nak tengok sunrise pun tak jadi sebab semua masih dibuai mimpi lagi, sejuk weyhhh, nasiblah bawa selimut haha
Usai sarapan pagi, kami singgah ke pantai dulu untuk merakam memori daun pisang kunun. Nah video kami camping di Pulau Berhala Sandakan.
Malam tu juga kami terpaksa pindahkan khemah, sebab air hujan dah masuk ke dalam khemah. Hiking waktu subuh nak tengok sunrise pun tak jadi sebab semua masih dibuai mimpi lagi, sejuk weyhhh, nasiblah bawa selimut haha
Usai sarapan pagi, kami singgah ke pantai dulu untuk merakam memori daun pisang kunun. Nah video kami camping di Pulau Berhala Sandakan.
Eh kejap sebelum Murni tutup, terima kasih korang sudi baca entri merapu Camping di Pulau Berhala Sandakan. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.
Tiada ulasan
Catat Ulasan