Resipi Bakso Mee Kuning Sedap

Resipi Bakso Mee Kuning Sedap

Resipi Bakso Mee Kuning Sedap | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Jumpa lagi. Hari ni Murni nak berkongsi resipi bakso mee kuning sedap. Actually Murni teringin sangat nak makan bakso, nak belinya pun kedai tak buka almaklumlah kita masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Sebelum ni Murni tak pernah langsung buat bakso, jadi Murni pun telefonlah mak yang berada di kampung untuk bertanyakan resipi macam mana nak buat kuah sup bakso yang sedap. 

Resipi Bakso Mee Kuning Sedap

Memandangkan percubaan pertama kali Murni buat bakso ni menjadi & rasa dia pun boleh tahan jugalah rasa macam kat kedai haha, Murni pun kongsikanlah dengan korang semua. Manalah tahu korang nak tukar selera boleh cuba buat bakso mee kuning ni untuk menu berbuka puasa ataupun menu bersahur nanti. 

Bahan-bahan yang diperlukan;

BAHAN A: BUMBU

  1. Bawang Holland (3 biji)
  2. Bawang Putih (2 labu)
  3. Bawang Merah (7 biji)
  4. Daun Bawang
  5. Buah Keras (5 biji)

BAHAN B: KUAH SUP

  1. Air 2 liter
  2. Bumbu
  3. Peha ayam 
  4. Kiub Pati Ayam Jenama Maggi (60g)
  5. Lada putih (biji)

BAHAN C: PELENGKAP BAKSO

  1. Mee Kuning
  2. Meatballs
  3. Kicap Manis Jenama ABC
  4. Sos Cili Jenama ABC
  5. Lada tumbuk

BAHAN D: HIASAN

  1. Daun sup
  2. Bawang goreng
  3. Telur rebus
  4. Sayur Kobis
  5. Ayam 
  6. Limau kasturi

Cara penyediaan Bakso Mee Kuning 


  1. Blend semua BAHAN A, kemudian tumis dengan sedikit minyak. Dah siap asingkan masuk dalam bekas. Bumbu ni Murni buat lebih sikit sebab boleh buat stok, simpan dalam peti sejuk. Bila-bila masa nak masak mee goreng atau buat bakso tinggal ambil saja, jimat masa korang tambah sekarang ni kan bulan puasa kalau boleh semua nak cepat haha.
  2. Untuk kuah sup bakso; masukkan sedikit minyak dalam periuk, kemudian masukkan bumbu dalam 2 senduk.
  3. Tumis bumbu tadi sehingga pecah minyak kemudian masukkan air 2 liter. Kacau sebati.
  4. Masukkan bahagian peha ayam. Kemudian masukkan semua kiub pati ayam jenama maggi (60g). Untuk kiub pati ayam ni kalau korang rasa kuah kurang boleh tambah kiub pati ayam okay ikut selera memasing. Kemudian masukkan lada putih (biji) yang dah siap ditumbuk dalam 3 sudu besar. Rebus peha ayam sehingga masak. 
  5. Keluarkan peha ayam yang dah siap direbus tadi untuk dibuat hiasan.
  6. Goreng ayam tadi kemudian ketepikan. Tunggu ayam dah sejuk, bolehlah carik-carik ayam tu tabur atas bakso nanti.
  7. Rebus Mee kuning
  8. Rebus Meatballs
  9. Rebus telur
  10. Sediakan daun sup, sayur kobis, limau kasturi, bawang goreng, & lada tumbuk.
  11. Nak lagi sedapkan lagi bakso mee kuning, Murni sarankan korang beli kicap manis & sos cili jenama ABC. 

Siap untuk dimakan

Resipi Bakso Mee Kuning Sedap

Sampai di sini saja perkongsian resipi bakso mee kuning sedap. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!


Catat Komen

0 Ulasan