Resipi Paprik Ayam


Resipi Paprik Ayam

Resipi Paprik Ayam | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang jumpa lagi! Hari ni nak kongsi resipi paprik ayam yang mudah & sedap. Kalau korang tak tahu lagi nak masak apa untuk menu berbuka puasa, korang boleh cuba resipi paprik ayam ni. 

Untuk pengetahuan korang, masakan paprik ayam ni adalah percubaan pertama Murni & alhamdulillah menjadi juga, rasa masakan pun boleh tahan haha. Sebab tu jugalah Murni simpan resipi ni di dalam blog supaya esok-esok senang nak masak boleh rujuk blog saja, almaklumlah Murni ni pelupa sikit nak ingat semua bahan & cara memasak haha. Nah resipi paprik ayam;

Resipi Paprik Ayam

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN;

Bahan A

  1. Dada ayam 
  2. Serbuk kunyit 1 sudu besar
  3. Garam secukupnya
Bahan B

  1. Serbuk cili 2 sudu besar
  2. Bawang merah 3 biji
  3. Bawang putih 5 biji
  4. Halia 1/2 inci
  5. Serai
  6. Sos tiram 2 sudu besar
  7. Sos cili 2 sudu besar
Bahan C

  1. Sayur kacang panjang
  2. Sayur bunga kobis
  3. Bawang Holland
  4. Daun limau purut

CARA PENYEDIAAN PAPRIK AYAM


Resipi Paprik Ayam

  1.  Potong dadu dada ayam (terpulang saiz potongan besar/kecil). Perap dengan secubit garam & serbuk kunyit 1 sudu besar. Goreng ayam kemudian asingkan.
  2. Sediakan bahan C, sayur-sayuran. Potonglah bahan ikut suka hati korang hihi
  3. Tumbuk bawang merah 3 biji + bawang putih 5 biji + halia 1/2 inci saiz jari telunjuk. Serai guna 2 batang, tumbuk. Serbuk cili 2 sudu besar.
  4. Tumis semua bahan yang ditumbuk sekali dengan serai & serbuk cili dengan minyak yang sedikit. 
  5. Kemudian masukkan sedikit air, sos cili 2 sudu besar, sos tiram 2 sudu besar, garam secukupnya & ajinamoto (optional). Kemudian masukkan dada ayam yang telah siap digoreng tadi.
  6. Akhir sekali masukkan semua bahan C. Masukkan daun limau purut. (Murni lupa sebenarnya nak letak daun limau purut hihi). 

Siap untuk dimakan.


Resipi Paprik Ayam

Sampai di sini saja perkongsian resipi paprik ayam. Semoga bermanfaat & selamat mencuba!

Catat Komen

2 Ulasan