Nude Makeup Look

Ogos 16, 2017
Nude Makeup Look

Nude Makeup Look | Assalamualaikum & hi readers! 😄 Yeayyy akhirnya Murni berpeluang update entri makeup look makeupbymurnimy. Lama jugalah Murni tak share makeup look di blog ni, last update 3 bulan lepas 😁 , tapi kan kalau kat insta @murnimohdyusof_mmy terlebih rajinlah pula 😂 . Murni taip entri ni pun sebab nak share Nude Makeup Look guna barang mekap yang Murni beli di Shopee MY minggu lepas, korang boleh rujuk entri ni [+] Tambah Koleksi Barang Makeup.

Nude Makeup Look

makeup stuff, barang mekap

Gambar di atas antara barang makeup yang Murni gunakan untuk hasilkan Nude Makeup Look kali ni. Bila diteliti gambar, Murni terlupa pula nak masukkan gambar Focallure Brows Gel Cream  & eyeshadow. It's okay Murni just guna gambar yang Murni post kat insta ja lah, malas dah nak pi edit letak watermark lagi.

Step by Step Nude Makeup Look makeupbymurnimy

1. Bahagian Kening



Untuk part kening, ni first time Murni guna brows gel cream dan hasilnya pun sangatlah memuaskan hati Murni. Sebelum ni Murni guna 3D Brow & Nose Shadow dari Silky Girl, memandangkan bahagian utk Brow Shadow dah hancur berkecai dek kerana terjatuh tu yang Murni beli Focallure Brows Gel Cream di Shopee MY. Murni beli kod Auburn 01, next time Murni nak repeat order kod lain pula 😁 

Murni kongsi lagi sekali khas utk korang yang tak tahu lagi macam mana nak hasilkan kening yang kemas. Part kening ni kena selalu praktis kalau tak memang akan ada yang jadi kening sebelah tebal sebelah nipis tak kurang juga ada yang macam Sin Chan. Nah tips untuk korang;

Tips hasilkan kening yang kemas
  • Lukis frame atas dan bawah
  • Warnakan bahagian hujung kening, bahagian depan kening tak perlu warnakan
  • Bahagian depan kening boleh guna brush dan blend dengan lembut. Part ni penting supaya kening tak jadi macam Sin Chan tau
  • Murni jadikan foundation Rosetyara kod Snowdrop untuk menutup lebihan kening supaya nampak lebih kemas. Kening tak cukur ya.

2. Pembayang Mata/ Eyeshadow

eyeshadow pallette, eyeshadow copy ori

Dah buat kening tu, part eyeshadow pula Murni just guna eyeshadow copy ori sahaja. Murni guna 5 warna eyeshadow yang berbeza untuk bahagian kelopak mata; Moon Dust, Sandalwood, Matt Lopez, Henna & Trust Fund. Bahagian bawah mata, Murni apply kod Henna. "Alahai banyaknya warna" haha biaq pi lah. Murni blend blend blend. Maaflah tak dak video pula  ðŸ™ Tak pa next time kalau Murni rajin, Murni buat ok.

Nude Makeup Look

Tips untuk korang yang nak dapatkan gambar yang cun, bolehlah pi ambil gambar di sebalik langsir confirm lighting cantik yakmat di tambah pula kalau guna camera oppo, eh! 😂😂😂 Sapa suka ambil gambar di sebalik langsir? Baik ngaku cepat haha. Murni kalau snap gambar dalam rumah memang kelam suram hasil gambar, tu yang cari port lighting terang benderang.

3. Eyeliner



Eyeliner ni Murni beli bulan lepas di kedai kosmetik, beli pun yang murah² saja khas untuk praktis mekap. Kalau pi mana² pun memang tak pakai pun sebab leceh nak tanggalkan bila nak solat 😃 Murni buat cat eyeliner nipis sahaja. Rujuk gambar di bawah

Nude Makeup Look


4. Foundation Rosetyara, Countaring Nose, Shading & Compact Powder IN2IT


Step seterusnya, apply foundation. Feveret foundation Murni dari Rosetyara, look kali ni Murni mix dua kod foundation Rosetyara iaitu kod Rose & kod Snowdrop. Dah siap ratakan foundation, then Murni buat countaring nose, shading pipi guna 3D Brow & Nose Shadow Silky Girl. Memandangkan loose powder Rosetyara Murni dah habis, Murni gantikan dengan trial Compact Powder IN2IT. 

5. Pemerah Pipi/ Blusher

Feveret blusher Murni dari jenama IN2IT, pilihan warna pun nak yang nude gitu. Blusher ni mengandungi pelembap madu, vitamin E dan tidak mengandungi pewangi. Buhlah blusher ni sikit di pipi, hidung & dagu korang. Blusher ni banyak jual kat Watson & Guardian.

6. Mascara

Dah siap pakai blusher tu, barulah Murni apply mascara. Mascara feveret Murni dari essence Murni pilih "Rock n Doll" sebab nak bagi efek mata tu besar sikit. Makeup look kali ni pun Murni tak pakai bulu mata palsu. 100% harapkan mascara ni bagi mata nampak lagi cantik, eh! Mascara ni Murni beli kat Watson.

7. Matte Lipstick

Akhir sekali Murni apply matte lipstick yang Murni beli dari Shopee. Murni pilih warna nude beige, sesuai sangatlah kan dengan makeup look kali ni? Matte Lipstick ni sangat ringan dan cepat kering. Jatuh chenta pandang pertama bila 1st time cuba 💘😂

Nude Makeup Look

Ok siap Nude Makeup Look. Next makeup look Murni nak recreate classic makeup look by bellaz, stay tuned! Terima kasih sudi singgah blog Murni 😘

Tambah Koleksi Barang Mekap

Ogos 09, 2017
Tambah Koleksi Barang Mekap | Assalamualaikum & hi readers! 😁 Sesekali tambah koleksi barang mekap, tak salah kan? Last beli barang mekap online 4 bulan lepas. Alah Murni beli yang murah-murah ja, lagipun Murni hanya guna untuk praktis mekap. Almaklumlah Murni ni kaki mekap 😂😂😂 Eh! bukan macam tu, actually Murni minat sangat dengan tata rias wajah ni. Mohon jangan kecam dan persoalkan minat seseorang ok 😉

Tambah Koleksi Barang Mekap

Tambah Koleksi Barang Mekap

Murni lebih suka shopping barang mekap di [+] Shopee My , sebab barang-barang yang ditawarkan oleh seller murah-murah belaka, banyak pilihan dan kaedah pembayaran online banking pun ada disediakan. Punyalah happy bila petang semalam 2 parcel Murni selamat sampai, 1 parcel semua barang mekap & 1 parcel lagi tote bag & beg mekap. Murni beli daripada 2 seller yang berbeza (exo.my & healthstyle.my) 

1. Set Berus Mekap

set berus mekap murah

Kalau diikutkan plan asal, Murni just nak beli berus mekap part mata sahaja. Then terjumpa pula set berus mekap comel ni terus masukkan dalam cart 😂 Harga RM22.00. Berus dia sangatlah lembut sebab diperbuat daripada synthetic fibres yang berkualiti, kalau pakai confirm tak terasa sakit terutamanya bahagian mata. Rating: ★★★★★

Gambar bawah ni fungsi bagi setiap berus mekap, Murni masih failed lagi kalau nak ingat fungsi² berus ni. It's okay kita sama² belajar ok 😉



2. Berus Foundation/ BB Cream & Berus Kening 2 in 1

berus foundation & berus kening

Memandangkan berus foundation Murni dah rosak, so Murni pililah berus foundation chubby ni kutlah boleh blend foundation Rosetyara dengan baik. Next makeupbymurnimy Murni cuba berus ni ok, stay tuned! 😁 Harga RM3.90. Rating: ★★★★★

Berus Kening 2 in 1 Murni terpaksa beli sebabnya yang lama punya dah hilang tak tahu Murni simpan di mana 😞 pelupa sungguh tau. Kalau tiada berus ni, serabutlah kening Murni. Harga RM2.90. Murah kan? Rating: ★★★★

3. Focallure Brows Gel Cream

Focallure Brows Gel Cream

Pertama kali juga Murni pilih jenis gel krim untuk buat kening. Actually Murni dah biasa guna 3D Brow & Nose Shadow dari Silky Girl, sayang sangat dah terjatuh habis hancur berkecai haha. Murni dah cuba Focallure Gel Cream ni & Murni puas hati dengan hasilnya. Code yang Murni pilih Auburn 01. Harga RM4.50. Rating: ★★★★★

4. Matte Lipstick

Matte Lipstick

Dalam 5 pilihan warna yang ada, Murni pilih nude beige #114 . Harga RM4.50 . Murni dah cuba matte lipstick ni, rasa ringan sangat rasa macam tak pakai lipstick pun ada juga. Murni suka pakai matte lipstick ni warna dia lawa. Tapi agak leceh jugaklah bila nak hilangkan. Murni guna vaselin & tisu saja, selain tu korang boleh guna makeup remover. Rating: ★★★★

5. Pemerah Pipi / Blusher by nanda

blusher by nanda

Teringin sebenarnya nak beli blusher warna pink, tu yang Murni beli juga blusher by nanda ni. Kira oklah sebab ada 3 jenis warna blusher, kiranya ada penjimatan tak perlu beli blusher colour asing² kan? . Murni pilih kod #S02. Harga RM5.20. Rating: ★★★★

Kalau diikutkan total semua barang mekap ni RM50.10, memandangkan Murni ada shopee coins RM0.16 daripada pembelian lepas Murni tebus sajalah coin tu. So total semua RM 49.94 termasuk kos postage RM7.10 ke Sabah dengan menggunakan Standard Express -LWE. Murni order semua barang mekap 27/07/2017, ambil masa 13 hari jugaklah dia nak sampai ke tangan tuan dia.

Maka dengan ini berakhirlah sudah sesi personal review Tambah Koleksi Barang Mekap daripada seorang bernama Murni yang suka shopping sakan di Shopee My 😂😂😂

Baju Kurung Dhia Cotton

Ogos 02, 2017
Baju Kurung Dhia Cotton | Assalamualaikum & hi readers!  Murni nak kongsikan keterujaan sebab dapat beli lagi sepasang Baju Kurung Dhia Cotton. Sebelum join dropship bulan 5 hari tu, Murni memang dah beli sepasang baju kurung Dhia Cotton. Boleh rujuk post sebelum ni [+] Baju Kurung English Cotton Murah. Alhamdulillah ada rezeki lebih, Murni tambah lagi sepasang baju kurung Dhia Cotton saja nak tambah koleksi baju kurung yang diperbuat daripada material english cotton. Boleh pakai time raya haji nanti 😁

Baju Kurung Dhia Cotton

Baju Kurung Dhia Cotton
Sumber: Dhia Cotton Boutique

Murni order baju kurung ni hari Jumaat lepas direct dari HQ Dhia Cotton yang beroperasi di Kedah. Memandangkan hari Jumaat pejabat pos tutup, pihak Dhia Cotton pos out parcel hari Sabtu. Postage ambil masa 4 hari untuk sampai ke Lahad Datu. Punyalah hati gumbira bila parcel dah sampai ke tangan sendiri petang semalam. Cuba pakai, tengok cermin, bermonolog dalam hati "hitam itu menawan" 😂😂😂 Nampak lawa lah pulak pakai baju kurung warna hitam, eh!

Sebelum ni Murni beli warna biru saiz M. Kali ni Murni pilih warna hitam dan  ambil satu saiz yang besar sikit iaitu saiz L. Memandangkan Murni suka pakai baju yang loose, Murni pilihlah saiz L. Baju saiz M sebelum ni tak berapa nak loose sangat but still boleh pakai, saiz L lebih, lebih, dan lebih selesa bila Murni pakai 😁 Lepas ni kalau terbeli lagi baju kurung Dhia Cotton confirm beli saiz L murah pun murah RM72 (Semenanjung) dan RM75 (Sabah & Sarawak) termasuk postage. Kalau beli kain english cotton then nak upah tailor mahunya makan 100++, baik beli baju yang ready made. Kan?

Info & Gambar Baju Kurung Dhia Cotton

Baju Kurung Dhia Cotton

Baju kurung modern potogan sangat cantik bukan jenis baju kurung modern ketat. Bila pakai cutting elok-elok dengan badan tak kecil dan tak besar. 

Baju Kurung Dhia CottonBaju Kurung Dhia Cotton

Kain jenis selisih depan, orang panggil kain pakai. Kain kurung flexible ikut saiz pinggang kita kerana dibuat daripada getah dan sangat selesa dipakai.

Baju Kurung Dhia Cotton

Bahagian dalam baju, ada span. Sapa yang tak suka pakai span macm Murni nanti bolehlah bukak sendiri. Murni dari dulu memang tak suka pakai baju kurung yang ada span, rasa tak selesa 😁 Dah nama pun baju kurung moden, tak lengkap rasanya kalau tak ada zip di bahagian belakang baju. 

Secara keseluruhannya Murni sangat puas hati dengan Baju Kurung Dhia Cotton ni, dah lah lawa dihiasi dengan bunga kegemaran Murni, dalam hati ada taman bunga eh! Tak menyesal pilih warna hitam 😁 Sesuai sangat dipadankan dengan shawl/tudung bawal warna plain (merah atau pink lembut) Kualiti jahitan pun alhamdulillah sangat sebab tiada masalah, kemas pun kemas.

Next personal review, Murni akan kongsikan barang mekap dari Shopee My. Stay tuned! 😉

Rosetyara Kosmetik Viral No.1 Malaysia

Julai 30, 2017
Rosetyara Kosmetik Viral No.1 Malaysia | Assalamulaikum & hi readers! Ya ampun lamanya Murni tak update blog, dah masuk 2 bulan. Tipulah kalau rasa tak rindu nak menulis masa bulan puasa hari tu. Perasaan tu terpaksa tolak tepi sebab nak fokus dengan berniaga, buat bisnes online, jadi baby sitter, & ambil upah buat assignment. Murni minta maaf sangat kepada pembaca blog yang ada tinggalkan komen dekat beberapa entri, hari ni Murni baru berkesempatan buka blog dan reply komen korang. 

Peulisan kali ni Murni nak berkongsi personal review mengenai rangkaian produk Rosetyara Beauty HQ yang Murni gunakan setakat ni; Rosetyara Glow Foundation kod Rose, Rosetyara HD Glow Foundation kod Snowdrop dan Rosetyara Radiance Powder. Produk RT yang lain In Sha Allah akan menyusul selepas ini 😁

Rosetyara Beauty HQ menghasilkan produk kosmetiknya di kilang yang bertaraf GMP. Produk Rosetyara merupakan keluaran Bumiputera. Bahan-bahan yang digunakan adalah 100% dijamin Halal, selamat dan bebas daripada sebarang bahan kimia.

Rosetyara Kosmetik Viral No.1 Malaysia 

Produk kosmetik RT ni memang dah viral sekarang. Tambah² kalau top MUA di Malaysia buat Live Makeup Tutorial di Facebook dengan menggunakan rangkaian produk RT. Confirm ada yang terus jatuh chenta nak guna apa yang MUA pakai. Macam kes Murni 😁, bila tengok video tutorial MUA Bellaz pakai foundation RT teruih rasa nak beli juga almaklumlah foundation RT ni full coverage dan sangat ringan bila pakai. Murni beli pun sebab nak selesaikan masalah kulit wajah yang Murni hadapi; kulit muka berminyak, parut jerawat dan nak cover bekas² alergik. 

Rosetyara Kosmetik Viral No.1 Malaysia, foundation rosetyara hd glow, radiance powder rt

Produk kosmetik RT pertama yang Murni beli Rosetyara Glow Foundation kod Rose, 30g dengan harga RM89. Murni beli masa bulan dua hari tu dan Murni selalu juga guna foundation ni untuk praktis mekap & suprisingly foundation ni tahan lama kut. Penjimatan berganda-ganda gitu, tak perlu beli foundation tiap-tiap bualan 😀 Tekstur warna kod rose yellowish undertone sangat sesuai untuk semua jenis dan tona kulit. Pemakaian tak perlu banyak, hanya sedikit sahaja dan boleh ratakan foundation sama ada menggunakan berus khas untuk foundation atau guna beauty blender. Murni lebih suka guna berus untuk ratakan foundation. 

Rosetyara Kosmetik Viral No.1 Malaysia, loose powder, radiance powder

Produk kedua sudah semestinya Rosetyara Radiance Powder (RT RP).Tekstur yang halus dan mempunyai shimmer buatkan mekap korang tahan lama, nampak flawless dan glowing.  Actually RT RP ni sesuai dipakai kalau korang tak ada masalah jerawat. Bagi yang ada masalah jerawat lebih sesuai pakai loose powder RT Matte Powder (RT MP). Teringin juga nak pakai RT MP, sayang sangat bila nak beli hari tu stok dah habis. Terpaksalah beli RT RP beli saiz yang kecil sahaja dan  ini merupakan kali ke-2 Murni beli RT Radiance Powder saiz yang kecil. Walaupun ada masalah jerawat Murni pakai jugaklah RT RP tu, still berpuas hati dengan kemasannya 😍


foundation rosetyara, Rosetyara Kosmetik Viral No.1 Malaysia, snowdrop, serum foundation rosetyara

Gumbira sangat hati ni bila dapat beli produk keluaran terbaru Rosetyara Beauty HQ iaitu Rosetyara HD Glow Foundation kod Snowdrop. Mana tak gumbira special edition kut foundation ni merupakan foundation serum dengan elemen tambahan Hyaluronic Acid + Vit B5 yang boleh merawat masalah jerawat. Part yang paling best bilamana foundation kod rose dan kod snowdrop boleh mix untuk hasilkan makeup look yang lagi lawa 😍. Foundation ni pun korang boleh gunakan sebagai concealer untuk rapikan kening yang serabut. Korang tak perlu risau dengan penggunaan foundation ni sebabnya free paraben, free mercury dan juga free alcohol, selamat dan halal untuk digunakan.

Testimoni Penggunaan Produk Kosmetik Rosetyara

Rosetyara Kosmetik Viral No.1 MalaysiaRosetyara Kosmetik Viral No.1 Malaysia

Disebabkan Murni ni minat sangat dengan mekap dan selalu jugaklah praktis mekap dengan menggunakan produk Rosetyara Kosmetik Viral No.1 Malaysia maka terhasillah makeup look di atas (tak tau nak letak nama apa 😂) Gambar sebelah kanan, Murni gunakan foundation kod snowdrop dan yang sebelah kiri Murni mix foundation kod rose dan snowdrop. Untuk finishing Murni guna Rosetyara Radiance Powder.

Ok berakhirlah sudah sesi perkongsian Murni. Stay tuned next entry 😉


* Penafian: Entri ini bukanlah review berbayar, ianya merupakan personal review daripada penulis sendiri yang membeli produk Rosetyara serta bekongsi kepuasan dalam menggunakan produk tersebut. Kesan penggunaan produk mungkin berbea-beza pada setiap individu. 

Resepi Brownies Kukus

Mei 23, 2017
resepi brownies kukus

Resepi Brownies Kukus | Assalamualaikum & hi readers 😁 Akhirnya blog Murni berupdate juga, tipulah kalau cakap tak rindu nak menulis. Disebabkan ada request dari sahabat Murni & rakan facebook yang nak resepi Brownies Kukus yang Murni buat semalam, Murni sharelah resipi brownies kukus ni di blog. Senang nak faham proses nak buatnya 😁

Actually ni cubaan pertama Murni buat Brownies Kukus, akak Murni yang ajar sebenarnya. Sabtu lepas, tengok akak buat macam senang. Semalam Murni cubalah buat, time tu fikir jadi ka tak jadi belakang kira yang penting kena cuba dulu. Suprisingly dia punya hasil sangatlah memuaskan hati Murni, sedap weyhhh 😂 walaupun bahan dia tak cukup.

Resepi Brownies Kukus

  1. Tepung 2 cawan
  2. Gula 2 cawan
  3. Minyak masak 1 cawan
  4. Serbuk koko 1 cawan
  5. Susu segar 1 cawan
  6. Baking powder 1 sudu kecil
  7. Soda bikarbonat 1 sudu kecil
  8. Esen Vanilla 1 sudu
  9. Telur 3@4 biji
  10. Air suam 1 cawan

Cara Membuat Brownies Kukus

Memandangkan Murni just nak cuba buat, sukatan bahan dia pun Murni tak ikut sangat. First step sudah semestinya kena sediakan semua bahan-bahan yang tersenarai di atas. 

Resepi Brownies Kukus

Sukatan bahan yang Murni guna: 1 cawan tepung gandum, gula 1 cawan, minyak masak 1 cawan, serbuk koko 1 cawan, susu segar tak dak Murni just guna susu F&N tak sampai pun setengah cawan, serbuk koko 1 cawan, baking powder setengah susu kecil, soda bikarbonat setengah sudu kecil, telur 2 biji, air suam 1 cawan, esen vanilla Murni tak letak pun 😁 . 

Resepi Brownies Kukus

Senang ja nak buat brownies kukus ni, korang campakja semua bahan tadi last nanti masukkan air suam. Murni tak guna mixer pun just guna benda alah tu ja (tak tau nama dia apa 😂😂😂😂)

Resepi Brownies Kukus

Gambaq atas ni dah siap masukkan air suam, kalau dah sebati semua bahan bolehlah masukkan dalam loyang then kukus dengan api yang sederhana ataupun perlahan.

Resepi Brownies Kukus

Tadaaaa siap untuk di makan 😁

Resepi Brownies Kukus

Rasa dia cenggini ha 👍👍👍 terus teringat rasa brownies masa Murni form 6 dulu. Mak Murni pun siap puji lagi sedap terus rasa macam nak terbang haha. Lagi satu,brownies kukus ni pun sesuai untuk dijadikan hidangan berbuka puasa. 

Ok itu saja yang Murni nak kongsikan. Korang tryla buat Brownies Kukus ni, kalau menjadi boleh share resipi ni di media sosial korang 😉 Semoga bermanfaat.

[Video] Makeup Tutorial Volume 1

Mei 10, 2017
[Video] Makeup Tutorial Volume 1

[Video] Makeup Tutorial Volume 1 | Assalamualaikum & hi readers 😁 Kalau diikutkan hati Murni nak update blog hari Isnin lepas lagi, apakan daya disebabkan terlalu penat balik dari Tawau dengan tak cukup tidurnya lagi terpaksalah Murni lupakan niat tu. So hari ni Murni gigihkan diri untuk update blog. Tak banyak pun nak taip, Murni just nak share video macam mana Murni mekap. Sebelum ni Murni banyak share gambar hasil [+] makeupbymurnimy

Seriously Murni tak tahu nak namakan makeup look kali ni, almaklumlah masih newbie lagi dan tak pernah join mana-mana kelas mekap pun 😂 Solusinya Murni just letakkan tajuk Makeup Tutorial Volume 1 . Next video makeup tutorial Murni just continue the number, kan senang tak payah susah² fikir nak namakan makeup look apa. Link video Murni just embed from instagram Murni @murnimohdyusof_mmy

Makeup Tutorial Volume 1

Murni rakam video ni hari ahad lepas, ada scene tertentu dalam video ni Murni akan pandang ke kanan. Actually, sesambil mekap Murni tengah layan cerita tamil di TV2 😂😂😂 Murni inform awal² supaya korang tak rasa pelik nanti. List barangan mekap yang Murni gunakan, korang boleh cek post Murni sebelum ni di bawah label makeupbymurnimy.

1. Bahagian Kening

Murni kalau mekap, mesti dahulukan kening dahulu, dah biasa sebab Murni selalu tengok video tutorial dari MUA Bella. 




2. Bahagian Mata (Pembayang Mata/ Eyeshadow)



3. Bahagian Muka (Apply Foundation)


Foundation kegemaran Murni sudah semestinya dari Rosetyara kod Rose. If korang guna foundation RT ni, better guna berus mekap jenis flat lagi senang nak blend dan ratakan foundation berbanding beauty blender. Dulu Murni suka blend foundation guna beauty blender, sekarang tak lagi sebabnya hasilnya nyata berbeza.

Dalam video ni nampak sangat foundation Murni tinggai setengah botol, Nampak sangat selalu praktis mekap nak improve skill mekap 😁 Tak pa nanti boleh beli kod baru Snowdrop pula, ke ada yang nak belanja Murni seketui foundation RT kod Snowdrop? 😘 

Foundation RT ni serius best sangat pakai dahlah full coverage, rasa ringan bila pakai, tahan lama pulak tu, sapalah tak jatuh sayang dengan dia. As you can see in the video, boleh nampak segala jerawat, parut jerawat, flek hitam dan alergi (bahagian dahi). I love RT so much 😘


4. Nose Contouring / Shading

Sapa nak mancungkan hidung dan kuruskan pipi pau, boleh cuba teknik yang Murni tunjukkan 😅


5. Highlight (Hidung, Pipi, Bawah Alis Mata) & Pemerah Pipi



6. Mascara & Gincu

Kalau berus mascara terkena mata, rasa macam nak nanges semahunya pun ada juga. Tisu mana tisu 😂 Sapa pernah rasa macam Murni, angkat tangan hihi



Sentuhan Mekap #makeupbymurnimy

Maaflah lighting tak berapa cantik, Murni cuba 😁

[Video] Makeup Tutorial Volume 1

[Video] Makeup Tutorial Volume 1



Ok itu sahaja yang Murni nak share dengan korang, terima kasih sudi tengok Video Tutorial Makeup Volume 1 makeupbymurnimy. Maaflah kalau ada yang terkurang almaklumlah Murni newbie dalam bab mekap dan hasilkan video yang baik. Next video stay tuned ya 😘

Baju Kurung English Cotton Murah

Mei 01, 2017

Baju Kurung English Cotton Murah | Assalamualaikum & hi readers 😁 Kalau diikutkan dua hari lepas Murni nak update blog tapi apa kan daya sibuk dengan bisnes baru, eh! Untuk pengetahuan korang sekarang ni Murni berjinak-jinak sebagai agent dropship menjual Baju Kurung English Cotton. Lepas ni sapa nak beli baju kurung boleh cari Murni 😂

Baju Kurung English Cotton Murah

Sebab tak tahan dengan koleksi corak bunga mawar yang ditawarkan, Murni pun belilah sepasang Baju Kurung English Cotton daripada HQ. Murni beli pun sebab nak tengok juga kualiti baju kurung yang dijual & bila sampai ke tangan, alhamdulillah  Murni puas hati. Murah pun murah, Murni beli sepasang dengan harga RM65 sepasang + kos postage RM10 (Sabah).

Baju Kurung Dhia Cotton

Baju Kurung Dhia Cotton sesuai digayakan untuk ke pejabat, ke majlis kenduri, ke kelas ikut suka hati korang nak pakai pi mana pun. If nak pakai sedondon dengan famili, rakan-rakan atau officemate pun boleh tak dak masalah, confirm korang nampak lawa. Dalam hati ada taman bunga, eh! Almaklumlah semua corak yang dihasilkan kebanyakannya berunsurkan bunga-bungaan gitu.

Gambar Baju Kurung Dhia Cotton

Baju Kurung English Cotton yang menjadi pujaan hati Murni sudah semestinya warna biru 😁 Murni sertakan sekali gambar untuk rujukan korang.

Baju Kurung English Cotton Murah

Baju Kurung English Cotton Murah

Baju Kurung English Cotton Murah

Maklumat Mengenai Baju Kurung Dhia Cotton

  1. Harga: RM65 + Postage (Bergantung pada kuantiti)
  2. Baju Kurung Moden (Bukan jenis potongan ketat)
  3. Material % English Cotton
  4. Kain Lembut & Sejuk
  5. Kain Senang di Iron
  6. Kain Yang Tidak Mengecut
  7. Warna Tidak Pudar, Boleh Bertahan Sehingga 3-4 Tahun
  8. Kain Cotton Yang Mudah Dijaga
  9. Dijamin Berkualiti
Baju kurung modern potongan sangat cantik . Bukan jenis baju kurung modern ketat. Simple saja. Bila kita pakai cutting elok2 dgan badan tak kecil tak besar. Kena cuba dlu baru tahu. Kain jenis selisih depan ( org panggil kain pakai) sangat flexible mengikut size pinggul kita kerana diperbuat semua daripada getah dipinggang sangat selesa.

Full Image Baju Kurung Dhia Cotton




Korang yang berminat nak beli Baju Kurung English Cotton Murah, boleh follow Instagram & Facebook Page Murni @mawarmadeenastyle & Mawar Madeena Style. Thank you for your support ðŸ˜— Semoga Allah murahkan rezeki kalian.


2 in 1 Trendy Shoulder Sling Bucket + Pouch Bag

April 19, 2017

2 in 1 Trendy Shoulder Sling Bucket + Pouch Bag | Assalamualaikum & hi readers 😁 Murni kembali lagi nak share personal review mengenai 2 in 1 Trendy Shoulder Sling Bucket plus pouch bag. Actually Murni memang tercari-cari sling bag yang bersaiz sederhana tak terlalu kecil dan tak besar. Senang sikit nak bawa keluar jalan². 

2 in 1 Trendy Shoulder Sling Bucket + Pouch Bag


Seperti biasa Murni beli sling bag ni dari Shop Frimo di Shopee Malaysia. Murni pilih sling bag ni sebab utama sudah semestinya design bag yang comel, size, fungsi 2 dalam 1, dan warna bag yang menawan hati dengan gabungan brown + black. 

Butiran Produk

Material yang digunakan ialah PU Leather. Dimension; Bucket Bag: 20cm x 25cm x 15cm, Pouch: 20cm x 12cm x 1cm. Harga RM39.00 RM25.00. Untuk makluman korang bag ni didatangkan dalam dua warna which is brown + red and brown + black. 

Gambar Produk

Dilengkapi dengan snaps or poppers button

Bahagian dalam Bucket Bag

Bahagian Tepi Bucket Bag
Bahagian Bawah Bucket Bag

Pouch Bag and Free Gift

Actual price untuk bag ni RM39.00 dan masa Murni buat pembelian ada tawaran diskaun sebanyak 36%. Murni siap dapat free gift cermin yang sangat comel dari Shop Frimo. Shipping fee RM1.57 menggunakan Pos Laju from Puchong, Selangor to Sabah. Before buat payment, Murni redeem Shopee Coins terkumpul sebanyak RM1.45. So total yang Murni perlu bayar hanyalah RM25.12 sahaja. 

Rating Produk

Murni sangat berpuas hati dengan kualiti produk dan servis daripada seller Frimo dan terima kasih untuk free gift yang comel. Murni bagi  ★★★★★

Ok itu sahaja yang Murni nak share, sapa nak cari bag murah boleh usha website [+] Shopee Malaysia or install aplikasi Shopee MY. 




Pink Makeup makeupbymurnimy

April 18, 2017
pink makeup

Pink Makeup makeupbymurnimy | Assalamualaikum & hi readers 😁 Yesss finally Murni dapat lepaskan rindu nak mekap tebal seinci 😂, beberapa hari ni memang tak dak mood langsung nak mekap muka sendiri. Hormon tak stabil kut haha. Makeup look kali ni Murni menggunakan elemen warna pink starting from the eyeshadows, blusher, lipstick & glow kit. 

Pink Makeup

Pink Makeup makeupbymurnimy

Murni hasilkan makeup look kali ni dengan menggunakan barang mekap yang sangat mudah didapati dan murah. Ye lah praktis mekap ja pun, pakai setengah jam lepas tu bersihkan semula. Tapi bab foundation Murni memang cerewet sikit, biarlah mahal yang penting boleh beri banyak manfaat. Feveret foundation Murni semestinya dari Rosetyara 😗

Step by Step Pink Makeup makeupbymurnimy

1. Bahagian Kening

Murni gunakan 3D Brow & Nose Shadow untuk bentukkan kening. Murni gunakan teknik concealer untuk kemaskan lebihan kening. Murni jadikan foundation rosetyara kod rose sebagai concealer. 

2. Bahagian Mata

Pembayang Mata/ Eyeshadow

Pink Makeup makeupbymurnimy

Untuk part mata Murni gunakan eyeshadow Meet Matt (e) Trimony dan eyeshadow Huda Beauty. 1st Murni apply eyeshadow Huda Beauty warna Coco (1) sebagai base, then apply warna kod Flamingo (2) blendkan, apply warna kod Fling (3) pula. Next apply eyeshadow Meet Matt (e) Trimony warna kod Matt Kumar (4) di bahagian hujung kelopak mata. Akhir sekali apply warna kod Angeuc (5) letakkan dibahagian tengah² kelopak mata, apply guna jari pun boleh. 

Eyeliner

Murni guna eyeliner jenis liquid warna hitam  untuk hasilkan cat eyeliner, yeliner putih bahagian bawah mata Murni gunakan Kiss Beauty Eyeliner.

Mascara

Mascara yang jadi kesukaan Murni sudah semestinya dari essence. Murni suka pakai sebab ianya cepat kering & boleh bagi efek mata yang kecil jadi besaq 😂

Pink Makeup makeupbymurnimyPink Makeup makeupbymurnimy
Pink Makeup makeupbymurnimyPink Makeup makeupbymurnimy

3. Bahagian Muka

Foundation Murni guna foundation Rosetyara kod Rose full coverage. Memandangkan Radiance Powder Rosetyara Murni dah habis makeup look kali Murni gantikan dengan bedak kompak IN2IT. Next time kena beli Matte Powder Rosetyara sesuai bagi yang ada masalah jerawat macam Murni hihi.

4. Bahagian Hidung 

Murni gunakan teknik contouring nose dengan menggunakan 3D Brow & Nose Shadow Silky Girl. Murni letakkan sedikit Glow Kit kod Crushed Pearl di bahagian hujung dan tengah batang hidung. Then Murni apply sikit Glow Kit di bahagian mata dan bawah kening.

 5. Bahagian Pipi & Dagu

Nak bagi nampak pipi pau Murni jadi kecik sikit Murni buat contour dibahagian pipi, then Murni gunakan blusher warna pink dari IN2IT tak ketingalan Murni sapu sikit blusher di bahagian dagu. Eh tak lupa juga, Murni pun apply sikit Glow Kit kod Hard Candy di bahagian pipi.

6. Bahagian Bibir

Dah namapun pink makeup, so Murni gunakan [+] lipstick BBIA warna pink kod 04. 

Ya ampun ingatkan nak buat seringkasnya, terbuat panjang pula entri ni 😃😃😃 Nantikan next makeup look dari Murni.