Rosetyara Kosmetik Viral No.1 Malaysia | Assalamulaikum & hi readers! Ya ampun lamanya Murni tak update blog, dah masuk 2 bulan. Tipulah kalau rasa tak rindu nak menulis masa bulan puasa hari tu. Perasaan tu terpaksa tolak tepi sebab nak fokus dengan berniaga, buat bisnes online, jadi baby sitter, & ambil upah buat assignment. Murni minta maaf sangat kepada pembaca blog yang ada tinggalkan komen dekat beberapa entri, hari ni Murni baru berkesempatan buka blog dan reply komen korang.
Peulisan kali ni Murni nak berkongsi personal review mengenai rangkaian produk Rosetyara Beauty HQ yang Murni gunakan setakat ni; Rosetyara Glow Foundation kod Rose, Rosetyara HD Glow Foundation kod Snowdrop dan Rosetyara Radiance Powder. Produk RT yang lain In Sha Allah akan menyusul selepas ini ๐
Rosetyara Beauty HQ menghasilkan produk kosmetiknya di kilang yang bertaraf GMP. Produk Rosetyara merupakan keluaran Bumiputera. Bahan-bahan yang digunakan adalah 100% dijamin Halal, selamat dan bebas daripada sebarang bahan kimia.
Rosetyara Kosmetik Viral No.1 Malaysia
Produk kosmetik RT ni memang dah viral sekarang. Tambah² kalau top MUA di Malaysia buat Live Makeup Tutorial di Facebook dengan menggunakan rangkaian produk RT. Confirm ada yang terus jatuh chenta nak guna apa yang MUA pakai. Macam kes Murni ๐, bila tengok video tutorial MUA Bellaz pakai foundation RT teruih rasa nak beli juga almaklumlah foundation RT ni full coverage dan sangat ringan bila pakai. Murni beli pun sebab nak selesaikan masalah kulit wajah yang Murni hadapi; kulit muka berminyak, parut jerawat dan nak cover bekas² alergik.
Produk kosmetik RT pertama yang Murni beli Rosetyara Glow Foundation kod Rose, 30g dengan harga RM89. Murni beli masa bulan dua hari tu dan Murni selalu juga guna foundation ni untuk praktis mekap & suprisingly foundation ni tahan lama kut. Penjimatan berganda-ganda gitu, tak perlu beli foundation tiap-tiap bualan ๐ Tekstur warna kod rose yellowish undertone sangat sesuai untuk semua jenis dan tona kulit. Pemakaian tak perlu banyak, hanya sedikit sahaja dan boleh ratakan foundation sama ada menggunakan berus khas untuk foundation atau guna beauty blender. Murni lebih suka guna berus untuk ratakan foundation.
Produk kedua sudah semestinya Rosetyara Radiance Powder (RT RP).Tekstur yang halus dan mempunyai shimmer buatkan mekap korang tahan lama, nampak flawless dan glowing. Actually RT RP ni sesuai dipakai kalau korang tak ada masalah jerawat. Bagi yang ada masalah jerawat lebih sesuai pakai loose powder RT Matte Powder (RT MP). Teringin juga nak pakai RT MP, sayang sangat bila nak beli hari tu stok dah habis. Terpaksalah beli RT RP beli saiz yang kecil sahaja dan ini merupakan kali ke-2 Murni beli RT Radiance Powder saiz yang kecil. Walaupun ada masalah jerawat Murni pakai jugaklah RT RP tu, still berpuas hati dengan kemasannya ๐
Gumbira sangat hati ni bila dapat beli produk keluaran terbaru Rosetyara Beauty HQ iaitu Rosetyara HD Glow Foundation kod Snowdrop. Mana tak gumbira special edition kut foundation ni merupakan foundation serum dengan elemen tambahan Hyaluronic Acid + Vit B5 yang boleh merawat masalah jerawat. Part yang paling best bilamana foundation kod rose dan kod snowdrop boleh mix untuk hasilkan makeup look yang lagi lawa ๐. Foundation ni pun korang boleh gunakan sebagai concealer untuk rapikan kening yang serabut. Korang tak perlu risau dengan penggunaan foundation ni sebabnya free paraben, free mercury dan juga free alcohol, selamat dan halal untuk digunakan.
Testimoni Penggunaan Produk Kosmetik Rosetyara
Disebabkan Murni ni minat sangat dengan mekap dan selalu jugaklah praktis mekap dengan menggunakan produk Rosetyara Kosmetik Viral No.1 Malaysia maka terhasillah makeup look di atas (tak tau nak letak nama apa ๐) Gambar sebelah kanan, Murni gunakan foundation kod snowdrop dan yang sebelah kiri Murni mix foundation kod rose dan snowdrop. Untuk finishing Murni guna Rosetyara Radiance Powder.
Ok berakhirlah sudah sesi perkongsian Murni. Stay tuned next entry ๐
* Penafian: Entri ini bukanlah review berbayar, ianya merupakan personal review daripada penulis sendiri yang membeli produk Rosetyara serta bekongsi kepuasan dalam menggunakan produk tersebut. Kesan penggunaan produk mungkin berbea-beza pada setiap individu.
wahh cantiknya akak
BalasPadamterima kasih rabiah ^_^
Padamflawless je muka kak
BalasPadamlighting banyak cantik rabiah, lepas tu guna pula camera oppo setting HDR dapatlah muka flawless hihi
PadamHehehehe..
BalasPadam