Maskara essence Rock 'n' Doll Beri Efek Mata Nampak Besar

Maskara essence Rock 'n Doll Beri Efek Mata Nampak Besar | Assalamualaikum & hi readers! Yeayyy akhirnya blog berupdate setelah beberapa hari bertangguh 😁 Murni nak share personal review maskara yang dah buatkan Murni jatuh chenta dengan hasilnya. Disebabkan maskara jenama essence ni Murni terpaksa curang dengan jenama maskara yang Murni guna sebelum ini 🙏

Maskara essence Rock 'n' Doll


Maskara essence Rock 'n' Doll Beri Efek Mata Nampak Besar

Dua ketul maskara ni Murni beli di Watson. Harga dia Murni tak berapa ingat yang pastinya mampu milik. Tujuan utama Murni nak beli maskara sudah semestinya inginkan hasil yang boleh beri mata nampak besar almaklumlah mata Murni tak daklah besar sangat, nak bulu mata nampak lagi kemas, nakkan bulu mata lagi melentik dan tidak meninggalkan kesan comot pada sekitar kelopak mata dan bawah mata, bila apply cepat kering. Eh terlupa nak naikkan seri wajah sekali 😂

Maskara essence Rock 'n' Doll Beri Efek Mata Nampak Besar

Maskara essence Rock 'n' Doll menepati apa yang Murni nak. Dah beli seketul masa bulan 3, Murni beli lagi sekali maskara yang sama sebelum Murni pi interview bulan 7 hari tu & sampai sekarang kondisi dia masih macam tu siap ada bar code lagi. Rasa sayang pulak nak bukak maskara yang baru.

Kalau diikutkan tamat tempoh penggunaan maskara ni sebenarnya 6 bulan selepas penggunaan yang pertama kali. Korang kalau nak tahu bila expired date untuk barangan kosmetik, just rujuk logo yang terpapar pada produk ok. (rujuk gambar di atas).

Mascara essence Rock 'n' Doll terhasil daripada bahan² beikut;

Aqua (Water), Synthetic Beeswax, Cera Alba (Beeswax), Jojoba Esters, Copernicia Cerifera (Carnauba) wax, Glycerin, Stearic Acid, Palmitic Acid, Aminimethyl Propanediol, Acacia Senegal Gum, Tocopherol, Caprylyl, Glycol, Hydroxyethylcellulose, Myristic Acid, Behenic Acid, Arachidic Acid, Oleic Acid, Phenoxyethanol, CI 77499 (Iron Oxides).


Hasil Penggunaan Mascara essence Rock 'n' Doll

Maskara essence Rock 'n' Doll Beri Efek Mata Nampak Besar

Bulu mata Murni jenis original spicy melentik sejak lahir, eh! Dalam gambar tak berapa nampak melentiknya, nak kena jumpa depan mata barulah jelas 😃 Nampak beza tak bila pakai (kanan) & tak pakai maskara (kiri). Sungguhlah maskara essence Rock 'n' Doll boleh beri efek mata nampak besar sikit. Korang yang nak cuba mascara essence ni, bolehlah mengunjungi Watson terdekat 😁

Penafian: Kesan penggunaan mascara essence Rock 'n' Doll mungkin berbeza² bagi setiap individu.