Loose Powder Rosetyara Jadi Pilihan Hati

Loose Powder Rosetyara Jadi Pilihan Hati | Assalamualaikum & hi readers! Sebelum ni Murni ada kongsikan mengenai produk Rosetyara iaitu [+] Rosetyara Kosmetik Viral No.1 Malaysia dan kali ni Murni memilih untuk kongsikan mengenai loose powder Rosetyara yang telah berjaya menambat hati ni cewahhh ayat kemain lagi πŸ˜ƒ Kalau sebut pasal Rosetyara, confirm ramai yang mengenali jenama ni terutamanya yang kaki mekap, eh! Berdasarkan pengamatan Murni di media sosial, ramai dah tau makeup artist Malaysia yang gunakan rangkaian produk Rosetyara untuk melengkapi hari bahagia raja sehari.

Loose Powder Rosetyara Jadi Pilihan Hati

Kenapa loose powder RT jadi pilihan hati Murni? Jawapan dia senang ja mekap Murni tak bercapuk, mekap jadi tahan lama, muka jadi glowing (orang tegur) , control minyak. Kalau tak best, manalah Murni pakai sampai dah masuk bekas yang ketiga loose powder RT ni, beli bekas yang besar pulak tu 😁
Loose Powder Rosetyara Jadi Pilihan Hati, Radiance powder rt

Murni beli Radiance Powder RT 15g ni sebelum Hari Raya Haji lagi, almaklumlah Radiance Powder RT bekas kecil RM5g dah habis tinggai bekas ja πŸ˜„ Beli bekas besar sumpah boleh jimat banyak hihi, ya lah bekas kecil 5g harga dia dah RM28, baik Murni beli bekas besar 15g terus harga RM63 sahaja. Penjimatan sebanyak RM21 daripada beli seketui seketui bekas yang 5g tu, jimat banyak kan?

Kalau ikutkan hati, Murni nak cuba jenis Matte Powder RT sebabnya ia sesuai untuk kulit muka yang sedikit berjerawat, tapi apakan daya kedai kosmetik yang Murni selalu kunjungi tak dak jual katanya out of stock. Kalau nak beli online nak kena tunggu 3-4 hari baru sampai. Tak sabar punya pasal terpaksalah Murni beli Radiance Powder RT ni sebab dah lama jatuh sayang katakan dengan loose powder RT sejak penggunaan kali pertama lagi. 

Loose Powder Rosetyara

Untuk pengetahuan korang, loose powder Rosetyara ni ada dua jenis iaitu Radiance Powder RT dan Matte Powder RT. Murni kongsikan perbezaan Radiance Powder RT dan Matte Powder RT khas untuk rujukan korang, manalah tahu korang berkenan nak cuba juga nanti senanglah buat plihan loose powder mana yang sesuai untuk korang.

Radiance Powder RT

Loose Powder Rosetyara Jadi Pilihan Hati, radiance powder rt

Radiance powder RT akan berikan kemasan yang sempurna selepas pemakaian foundation. Dengan tekstur yang halus dan ianya dihiasi dengan shimmer halus untuk berikan kesan yang flawless dan glowing kepada pemakainya.

Matte Powder RT

Loose Powder Rosetyara Jadi Pilihan Hati, matte powder rt
Sumber: Facebook Pengasas Rosetyara

Matte Powder RT memberikan kemasan terbaik dengan tekstur yang halus. Kesan matte mampu menyamarkan garis halus di wajah dan sangat sesuai untuk menyamarkan cela cela di wajah seperti parut jerawat. 

Sangat sesuai digunakan bagi korang yang mengalami masalah jerawat dan kulit sensitif. Elakkan menggunakan Radiance Powder RT supaya jerawat korang tak menyerlah kesan daripada kilaun shimmer yang terkandung dalam Radiance Powder RT. Murni still gunakan Radiance Powder RT even ada masalah jerawat terutamanya di bahagian dagu 😁😁😁 Hasil mekap tetap puas hati haha

Cara Menggunakan Loose Powder Rosetyara

Loose Powder Rosetyara Jadi Pilihan Hati, radiance powder rt

Ni cara yang Murni selalu gunakan buat masa ni, lepas korang apply foundation, bolehlah apply loose powder RT. Caranya guna powder puff yang dah tersedia dalam bekas loose powder RT dap dap bahagian bawah bawah mata, dahi, & dagu (tak perlu ratakan) Kemudian ambil brush powder untuk ratakan loose powder.

Testimoni Radiance Powder Rosetyara 

Murni share gambar makeup look yang lama ja lah sebab sekarang ni malas pula Murni nak praktis mekap πŸ˜‚ Gambar yang Murni share ni pun embed dari instagram ja haha 


Gambar atas ni tanpa menggunakan Radiance Powder Rosetyara. Nampaklah mekap tak kemas, sedikit bercapuk. Tak flawless pun mengharapkan lighting disebalik langsir ja. Time ni kalau tak silap Murni gunakan compact powder untuk menggantikan loose powder Murni yang dah habis. Tips untuk korang juga please jangan guna compact powder lepas apply liquid foundation confirm mekap jadi bercapuk. Ni pengalaman Murni sendirilah.


Gambar atas ni Murni gunakan Radiance Powder Rosetyara. Boleh nampak kan perbezaan dia???

 Maka dengan ini berakhirlah sudah sesi perkongsian personal review daripada penulis blog 😁 Next time Murni share makeup stuff yang menjadi feveret Murni. Terima kasih sudi singgah ke blog Murni 😘