Transformasi Rumah Kampung Kepada Kediaman Idaman Yang Memukau | Assalamualaikum & selamat sejahtera. Murni nak abadikan dalam blog idea transformasi rumah kampung kepada kediaman Inggeris yang viral beberapa hari lepas di Facebook. Suka pulak Murni tengok design & susun atur perabotnya, manalah tahu satu hari nanti ada rezeki lebih boleh buat rumah kampung macam ni, doakan utk Murni 😁
Transformasi Rumah Kampung Kepada Kediaman Idaman Yang Memukau
Teratak ini dimiliki oleh Tuan Asri Meris Anthony yang terletak di Tuaran Sabah. Rumah kampung ini asalnya rumah bekas arwah nenek Tuan Asri yang telah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni. Idea transformasi untuk mengubah teratak ini kepada sebuah kediaman Inggeris yang sangat memukau telah dilakukan oleh Tuan Asri bersama-sama dengan isteri beliau dengan menggunakan daya imaginasi yang luar biasa dan menggunakan kos material yang serba sederhana.
Atas permintaan ramai rakan2 yg ingin melihat sendiri transformasi teratak kecil kami yang asalnya adalah rumah kampung (bekas rumah arwah nenek) yang ditinggalkan lama tak berpenghuni. Ini kali pertama kami post di fb gambar rumah asal & proses transformasi.
Kronologi Transformasi Rumah Kampung Kepada Kediaman Inggeris
Alhamdulillah, di sini kami berkongsi beberapa gambar dari awal transformasi bermula sehingga ke hari ini. Bukan untuk riak atau menunjk, tapi kami gembira dapat berkongsi idea transformasi kami yang mana diharap dapat memberi inspirasi kepada rakan yang lain
Ini adalah struktur asal dan setelah dicat semula. Warna asal rumah ini adalah warna kuning lembut. Banyak kayu struktur asal telah reput & rosal, terutamanya bahagian dinding & tangga. So agak memerlukan kesabaran sedikit untuk memperbaiki setiap satu bahagian terutamnay bahagian dinding dalam.
Proses kedua selepas mengecat adalah meratakan tanah dibahagian bawah rumah. Dalam masa yang sama juga kami menukarkan tingkap asal kepada yang lebih moden dan selari dengan tema "Inggeris" yang diidamkan.
Hampir semua tingkap di setiap ruang ditukar dan ini memerlukan proses yang agak memakan masa kerana tukang ukur akan mengukur setiap satu tingkap & membuat tingkap tersebut di kilang mereka selama hampir sebulan sebelum proses pemasangan semula. Kami memilih frame putin & clear glass yang mana bersesuaian dengan konsep English.
Proses pemasangan tingkap siap & dalam masa yang sama beberapa kayu yang reput di bahagian dalam rumah mula ditukar kerana banyak struktur kyu yang telah reput.
Proses penukaran kayu yang reput di dalam rumah hampir siap & pada masa yang sama proses penukaran semua pintu bermula.
Proses pembuatan tangga dan balcony bermula
Masa ni sangat2 excited sebab walaupun balcony & tanga masih belum siap tapi keterujaan ingin menghias ruang balcony telah bermula.. hehehe.. Wiring lampu pun sudah mula pasang
Atap bahagian balcony dalam proses pemasangan & menunggu proses railing
Setelah pemasangan railings siap, hati mula berbunga-bunga cinta sebab gambaran design balcony & tangga yg diidamkan semakin nampak jelas.. hehehe
Masa ini pemasangan tiles di bahagian balcony & tangga sudah mula dipasang.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang direncanakan.
Alhamdulillah.. Setelah ruang balcony siap, pelbagai eksperimen dibuat utk menata rias ruang kecil ini.. Semuanya adalah terinspirasi dari konsep "shabby & cottage".
Ini adalah ruang tamu kami yg sekangkang kera.. walaupun kecil tapi ianya dihias dengan penuh kasih sayang sehingga menjadi ruang favourite seisi keluarga.
Ruang balcony sentiasa bertukar wajah & berubah mengikut mood.. hehehe
Tadaaaaaa... Inilah hasilnya.. Walauun bukanlah segahh rumah banglo atau istana, tak semewah rumah orang lain yang bernilai ratus ribu & tak memiliki batu bata mahal ala riman, tapi Alhamdulillah kami happy dapat mengubah rumah yang pada asalnya terbiar lama & hampir reput berubah kepada istana impian kami sekeluarga yang penuh dengan kasih sayang.. Kami cuba bersederhana tapi mewah dengan kasih sayang, insyaAllah..
Yang ni yang palig latest.. Saja lari sikit dari konsep "all white".. sebab inginkan kelainan & inginkan suasana sedikit elegan dengan menerapkan warna 'royal blue' terutamanya pada kain langsir..
Sumber: FB Asri MEris Anthony
Cantik sangat kan transformasi rumah kampung ni? Murni tak boleh move on lagi tengok rumah ni, tu yang Murni share di blog 😁
wauuu.. serious cantik.. suka sangat design vintage ni :D
BalasPadam