Resepi Brownies Kukus

resepi brownies kukus

Resepi Brownies Kukus | Assalamualaikum & hi readers 😁 Akhirnya blog Murni berupdate juga, tipulah kalau cakap tak rindu nak menulis. Disebabkan ada request dari sahabat Murni & rakan facebook yang nak resepi Brownies Kukus yang Murni buat semalam, Murni sharelah resipi brownies kukus ni di blog. Senang nak faham proses nak buatnya 😁

Actually ni cubaan pertama Murni buat Brownies Kukus, akak Murni yang ajar sebenarnya. Sabtu lepas, tengok akak buat macam senang. Semalam Murni cubalah buat, time tu fikir jadi ka tak jadi belakang kira yang penting kena cuba dulu. Suprisingly dia punya hasil sangatlah memuaskan hati Murni, sedap weyhhh 😂 walaupun bahan dia tak cukup.

Resepi Brownies Kukus

  1. Tepung 2 cawan
  2. Gula 2 cawan
  3. Minyak masak 1 cawan
  4. Serbuk koko 1 cawan
  5. Susu segar 1 cawan
  6. Baking powder 1 sudu kecil
  7. Soda bikarbonat 1 sudu kecil
  8. Esen Vanilla 1 sudu
  9. Telur 3@4 biji
  10. Air suam 1 cawan

Cara Membuat Brownies Kukus

Memandangkan Murni just nak cuba buat, sukatan bahan dia pun Murni tak ikut sangat. First step sudah semestinya kena sediakan semua bahan-bahan yang tersenarai di atas. 

Resepi Brownies Kukus

Sukatan bahan yang Murni guna: 1 cawan tepung gandum, gula 1 cawan, minyak masak 1 cawan, serbuk koko 1 cawan, susu segar tak dak Murni just guna susu F&N tak sampai pun setengah cawan, serbuk koko 1 cawan, baking powder setengah susu kecil, soda bikarbonat setengah sudu kecil, telur 2 biji, air suam 1 cawan, esen vanilla Murni tak letak pun 😁 . 

Resepi Brownies Kukus

Senang ja nak buat brownies kukus ni, korang campakja semua bahan tadi last nanti masukkan air suam. Murni tak guna mixer pun just guna benda alah tu ja (tak tau nama dia apa 😂😂😂😂)

Resepi Brownies Kukus

Gambaq atas ni dah siap masukkan air suam, kalau dah sebati semua bahan bolehlah masukkan dalam loyang then kukus dengan api yang sederhana ataupun perlahan.

Resepi Brownies Kukus

Tadaaaa siap untuk di makan 😁

Resepi Brownies Kukus

Rasa dia cenggini ha 👍👍👍 terus teringat rasa brownies masa Murni form 6 dulu. Mak Murni pun siap puji lagi sedap terus rasa macam nak terbang haha. Lagi satu,brownies kukus ni pun sesuai untuk dijadikan hidangan berbuka puasa. 

Ok itu saja yang Murni nak kongsikan. Korang tryla buat Brownies Kukus ni, kalau menjadi boleh share resipi ni di media sosial korang 😉 Semoga bermanfaat.

3 ulasan: