Beli Barang Outdoor di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Memandangkan dah lama Murni tak buat personal review, hari ni Murni nak kongsilah dengan korang antara barang outdoor yang Murni beli di Shopee Malaysia. Musim PKPB ni buatkan Murni rasa rindu dengan bau hutanlah, dah masuk 3 minggu tak pergi hiking 💔 Tak boleh nak pergi hiking, kemaskini blog berkaitan dengan barangan outdoor pun jadilah untuk lepas rindu tu.
Beli Barang Outdoor di Shopee Malaysia
4 barangan outdoor ni Murni perlukan untuk pergi hiking & camping. Murni beli sikit-sikit ikut bajet setiap bulan yang Murni dah tetapkan untuk beli barangan outdoor. Kalau diikutkan setiap barangan outdoor yang Murni beli nak buat satu entri, tapi memandangkan mood menulis ke laut China Selatan terpaksalah buat entri macam ni haha.
1) Mug Carabiner
Mug carabiner ni Murni beli 31/08 & terima item pada 07/09. Harga asal RM15.00 & ada diskaun 41% Murni dapatlah harga RM8.80. Postage ke Sabah RM9.01. Total RM17.81. Material adalah stainless steel. Pemegang berbentuk carabiner.
Murni dah gunakan mug ni semasa pergi [+] Hiking & Camping di Sepilok Laut Sandakan 2.0 bulan lepas. Mug ni sangat sesuai dibawa pergi camping atau hiking, korang boleh gantung saja mug ni di bahagian sisi beg.
Shopee shop: myxventurestore . Seller based in Penang.
Murni beli 3-Node Trekking Pole ni sesiap untuk persediaan naik gunung Kinabalu tahun hadapan. Murni beli 29/08 dan Murni terima item ni pada 07/09. Harga asal trekking pole RM47.13, ada diskaun 49% Murni hanya perlu bayar RM23.90 sahaja & kos penghantaran RM6.00 dari luar negara. Jumlah RM29.90. Pilihan warna semestinya hijau, warna alam gituh hihi.
Brand: Naturehike, shaft material: aluminium, handle material: foam, joint number 3 yang mana panjang trekking pole ni boleh mencecah sehingga 135cm, stick tip: iron, handle: straight grip
Shopee shop: starstore.my . Seller based in China
3) Case Valker 40L Backpack Bag
Terbeli lagi beg hiking dari jenama Case Valker. Sebab utama Murni beli beg hiking ni, beg hiking 50Lyang Murni pernah beli sebelum ni buckle dia dah rosak. Kesian sangat bila nak pergi hiking & camping di Sepilok Laut Sandakan bulan lepas, masa nak cuba angkat beg beban almost 10kg buckle beg patah haha. Kemudian, terpaksalah Murni guna [+] beg Case Valker 40L. Murni pilih jenama Case Valker ni sebab beg tahan lasak gituh.
Murni beli beg ni pada 17/09 & terima item pada 24/09. Harga asal beg ni RM59.90 & ada diskaun 35% Murni hanya perlu bayar RM39.00 sahaja. Kos penghantaran RM13.36 ke Sabah. Murni siap reedem coin yang terkumpul sebelum ni sebanyak RM1.07. Jumlah keseluruhan yang Murni perlu bayar RM51.29.
Material beg ni diperbuat daripada nylon, kapasiti boleh memuatkan 40L & comparments boleh simpan barang dengan baik terutamanya masa nak pergi hiking atau camping. Ada 4 pilihan warna iaitu merah, hijau, biru & hitam. Warna yang jadi pilihan Murni sekali lagi warna hijau, kalau ada warna pink confirmed Murni beli warna pink haha. Kalau korang beli beg Case Valker ni seller siap bagi warranty setahun tau. Best kan?
Shopee shop: voxtera. Seller based in Selangor
4) High Power Head Lamp
Head lamp ni merupakan barangan outdoor yang wajib korang miliki sekiranya korang suka hiking malam atau camping. Memandangkan Murni suka dengan aktiviti hiking pada waktu malam, jadi kena jugalah beli benda alah ni haha. Murni siap beli 2 head lamp ni, 1 nak guna untuk naik gunung Kinabalu 1 lagi untuk kegunaan pada masa ini. Eh, tak boleh hiking lagi haha
Murni beli head lamp ni pada 19/09 & terima item pada 02/10. Harga asal head lamp RM8.75 & ada diskaun 2%, RM8.58. Murni beli dua head lamp jadi yang perlu dibayar RM17.16. Kos penghantaran dari luar negara RM6.00. Jumlah keseluruhan RM23.16.
Material: aluminium alloy + ABS, maximum range: 50-100 meters, power supply: built-in 12200 mAh lithium battery, size: 8cmX4cmX2.5cm, light bulb: XPE COB. The package includes: 1 headlights & 1 USB charger.
Dibawah ni Murni sertakan gambaran bagi 2 mode head lamp. Gambar dalam bilik Murni saja ya, buat masa ni tak dibenarkan lagi masuk hutan haha.
Mode 2: COB Strong light |
Murni rasa head lamp ni boleh membantu penglihatan Murni pada waktu malam. Ampun tak sabar rasanya nak masuk hutan pada waktu malam Rindu nak masak-masak & makan-makan di atas puncak.
Shopee shop: lovesunshine.my . Seller based in China
Secara keseluruhannya, Murni berpuas hati dengan semua barangan outdoor yang di beli di Shopee Malaysia. Sungguhlah kan Shopee ni berhantu sangat, banyak sangat pilihan & harga pun boleh tahan murah. Actually Murni masih menunggu 1 lagi barangan outdoor dari Shopee & 1 lagi dari PTT Outdoor, tunggu update yang seterusnya.
Baiklah sampai di sini saja personal review dari Murni, terima kasih sudi baca entri beli barangan outdoor di Shopee Malaysia, jumpa lagi dalam entri yang akan datang 😘
Wah kita sama minat la...target mmg nak pergi kinabalu tahun hadapan tapi akak tarik diri sbb anak akak nak SPM..macam x sesuai plak akak nak happy2 sedangkan anak struggle belajar kan...
BalasPadamHi kak SA, kita kongsi minat yg sama 🤭 tak apa kak SA bila² masa ja klu ada rezeki boleh naik kinabalu, yang penting urusan anak kena dahulukan dulu. Semoga anak kak SA berjaya dlm SPM 😘
PadamBeli barang2 nak gi hiking ke
BalasPadam