Resipi Hati Ayam Masak Kicap | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Hari ni Murni nak berkongsi resipi hati ayam masak kicap. Untuk pengetahuan korang, masakan ni merupakan percubaan pertama Murni beranikan diri untuk masak. Almaklumlah sebelum ni hanya tahu makan saja masaknya tak tahu haha. Ni semua hasil belajar di google haha.
Sebelum ni kalau nak makan hati ayam panggang, kami akan keluar makan di pasar malam, bila dah mula PKPB ni memang kempunanlah jawabnya. Disebabkan teringin sangat nak makan hati ayam, Murni masaklah hati ayam ni bukan panggang ya sebab di rumah ni tiada tempat nak panggang.
Resipi Hati Ayam Masak Kicap
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN;
- Hati Ayam
- Halia
- Bawang Putih 1 labu
- Bawang Merah 2 biji
- Cili Merah/lada merah
- Cili padi
- Kicap pekat manis
- Sos cili
- Air asam jawa
- Air
- Garam & Ajinamoto (Optional)
- Minyak masak
CARA PENYEDIAAN HATI AYAM MASAK KICAP
- Bersihkan hati ayam. Kemudian rebus dalam 10-15 minit. Kemudian toskan air rebusan hati ayam. Perapkan hati ayam dengan sedikit garam & kunyit. Goreng hati ayam , yang ni terpulang dengan korang sama ada nak goreng separuh masak atau garing. Kalau Murni lebih sukakan garing. Siap goreng hati ayam ketepikan dulu.
- Tumis halia, bawang putih, bawang merah sekali sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan sos cili 1 sudu besar, kicap 1 sudu besar, air asam jawa 1 sudu besar. Kacau sebati kemudian tambah sedikit air.
- Kemudian masukkan hati ayam siap digoreng tadi.
- Masukkan garam & ajinamoto (optional)
- Akhir sekali masukkan lada merah & cili padi.
Siap untuk dihidangkan 😍
Nah Murni ada buat video cara nak masak hati ayam masak kicap. Semoga bermanfaat & jangan lupa untuk cuba resipi hati ayam masak kicap ni.
sedapnyaaa ..akak suka hati ayam goreng kicap macam ni...selera makan
BalasPadamSedap kan kak SA, nasi pun bertambah 🤭
PadamSedapnya .
BalasPadam*Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*
BalasPadamSy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
Hubungi utk order & pertnyaan:
*En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam