Ahad, Disember 28, 2014

Penipuan Si Anak

12/28/2014 8 Comments
Penipuan Si Anak | Assalamualaikum & salam sejahtera. Ada perkara yang Murni nak kongsikan dengan korang. Bila baca tajuk macam big issue pulak, kan? Sebenarnya, ada sesuatu yang menarik perhatian Murni bila skodeng tumblr orang lain. Hihi pecah rahsia suka skodeng tumblr orang. Nak tahu apa, cuba korang hayati apa yang tersirat disebalik foto2 di bawah ni. 

 penipu, anak menipu, liarpenipu, anak menipu, liar

penipu, anak menipu, liarpenipu, anak menipu, liar

penipu, anak menipu, liarpenipu, anak menipu, liar

 penipu, anak menipu, liar

penipu, anak menipu, liarpenipu, anak menipu, liar


Bila mana Murni scroll tumblr dari atas ke bawah Murni perasan air mata dah mengalir kat pipi...huhu Murni sebak sebenarnya bila teringat time study kat UUM dulu. Murni sambung degree start 2011, berakhir 2014 & In Sha Allah akan konvo tahun depan dalam bulan 10 ataupun 11. Huhhh lamanya kena tunggu. Sepanjang tempoh pengajian tu dah banyak sangat dah Murni rasa susah bila terpaksa hidup berdikari. First time kut duduk jauh dari mak, terpisah oleh Laut China Selatan.

Nak save bajet punya pasal katakan, sanggup tau makan makanan yang tak berkhasiat. hihi Murni masih ingat lagi dulu Murni ni suka makan meggi perisa asam laksa, meggi perisa tom yam dengan mamee chef perisa tom yam. Makanan tak berkhasiat ni hanya akan dipandang bila dah nak dekat2 penghujung semester, hihi almaklumlah duit dalam purse semakin tipis & duit dalam bank pun laju je keluarnya. Kadang tu makan nasi berlauk then selang sehari makan meggi pulak.

Bila penghujung sem mak tanya ada duit lagi tak? Murni confirm bagitau ada lagi even pada hakikatnya duit dah habis, yang jadi mangsa abang & kakak. Maaf menyusahkan :D Sepanjang tempoh pengajian, Murni hanya pernah minta duit dengan mak sekali je, tu pun sebab Murni dah terdesak sangat time tu nak pakai duit untuk jilidkan empat buah thesis. Makan beratus ringgit jugaklah nak siapkan thesis.

Satu perkara yang Murni tak boleh nak lupa bila Murni call mak & mak tanya sihat ke tak? Jawapan kepada soalan mak Murni tu, kalau time Murni sakit..Murni selalu cakap 'sihat jugak' dengan nada suara yang meyakinkan, harap2 mak Murni tak  susah hati fikirkan anak dia kat tempat orang. Hihi maaf mak kita terpaksa menipu.

Pernah tak korang tipu parents sendiri dengan niat tak nak susahkan hati mereka? Apa pulak kisah korang Penipuan Si Anak? hihi kalau ada, jangan segan silu drop ur comments :)

Sabtu, Disember 20, 2014

Nasib Baik Bukan Interview Formal

12/20/2014 5 Comments

Nasib Baik Bukan Interview Formal Assalamualaikum & salam sejahtera. Murni nak berstory telling dengan korang yang sudi baca entri ni,  hihi story telling di subuh hari mengenai bab2 interview. Nampaknya lagi sekali Murni tak dapat nak lelapkan mata, setelah terjaga dari mimpi yang lena dalam pukul 11:00 p.m. Penyakit susah nak tido malam, ni semua penangan time belaja kat U dulu, sampai terbawa-bawa ke hari ni. 

Actually semalam Murni adala pergi satu program kiranya macam karnival Kerjaya jugaklah, nama program tu Program Memperkasa Modal Insan yang berlangsung di Darvel Bay, Lahad Datu Sabah.  Program ni berlangsung selama dua hari yang bermula 19 hingga 20 Disember 2014. Pencerahan sikit mengenai program ni: Program ni adalah temu duga terbuka bagi pencari kerja di daerah Lahad Datu, Tawau, Semporna & Kunak. Anjuran bersama Kementerian Pembangunan Sumber & Kemajuan Teknologi Maklumat dengan Pejabat Daerah Lahad Datu.

Kalau diikutkan tentatif program ni start pukul 9 pagi, tapi Murni dengan member Murni, nama dia Astie datang lambat sikit sebabnya kami baru nak print resume & fotostat dokumen sokongan...haaa nampak tak kitorang ni tak bersedia sangat nak pergi interview. Actually Murni baru dapat tahu program ni waktu malam sehari sebelum program ni start. Ok, memandangkan Murni dah sebulan lebih ternak lemak kat pipi; kerjanya asyik bangun, mandi, makan, mandi, tidur, jadi penganggur terhormat jap...haha Pipi Murni ni dah bambam sikittt je, Murni ni jenis makan banyak tapi badan tetap maintain, yang naik just kat pipi ja that's whyla statement tu terkeluar ternak lemak kat pipi...haha

Ok back to the story, Murni just sempat prepare susun segala sijil2 yang diperolehi since form 4 until sijil IPTA...huhhh lama jugak nak susun, Murni siap search kat google cara yang betul nak susun sijil dalam fail. Almaklumlah ni merupakan kali pertama tau Murni pi nterview secara formal. Dulu pun Murni pernah kerja, tapi tak delah nak kena prepare segala sijil bagai. Malam tu perasaan Murni dah bercampur2 dah. haha takut punya pasal sampai tak tido malam tau. 

Pagi semalam, Murni dengan member settlekan print resume & fotostat dalam pukul 11:00 a.m. Then akak yang duk sebelah kitorang tu pun tengah print resume jugak. Sempat sembang kejap dengan akak tu, then akak tu pun beritahu company takdelah interview sangat, dorang just minta kita tuk isi application form je plus bagi resume, nanti dorang akan buat short list kalau dapat nanti company akan call. Ok time ni, Murni dah rasa lega sikit sebabnya takdelah kena interview formal sangat. 

Usai makan makanan yang tak berkhasiat, kami berdua pun pergilah ke Darvel Bay. Sampai2 tengok takdelah ramai sangat orang, maybe sebab kami ni lambat datang...hihi semalam Murni just mohon kat 2 company je. Nak mohon company lain tapi borang permohonan dah habis...haha padan muka hang, sapa suruh datang lambat. hihi tak apa pagi ni Inshaallah kami serbu lagi company yang lain.

waktu petang memang dah tak ramai orang



Sebelum balik, nak jugak amik gambar...hihi





20/12/2014, Sabtu

Time-time macam ni Murni masih duk sibuk nak siapkan application for employment form yang Murni ambil petang semalam dalam Program Karnival Kerjaya yang Murni pergi. Tak siap-siap lagi sebenarnya form ni, ada maslah sikit nak isi grade course yang Murni ambil masa kat U. Murni tak ada lagi transkrip yang hard copy punya sebabnya Murni akan grade tahun depan, yang ada sekarang ni pun just soft copy yang ada dalam portal pelajar. Portal pelajar UUM pulak tak boleh bukak, tu yang buatkan Murni stress sikit. Acaner nak completekan form ni, dahla Murni ni jenis yang tak boleh nak ingat sgt grade kursus yang Murni dapat. Tapi kalau yang dapat grade A/A+ confirm Murni akan ingat...haha nampak tak permainannya kat situ.


Position yang dorang sarankan Murni untuk amik Shipping Manager or  Operation executive. Hati ni tamak pulak kalau boleh nak dua2..haha memandangkan Murni ada background sikit berkaitan operation jadi mungkin inilah plihan terbaik. Hopefully diterima. Semoga dipermudahkan segala urusan pada pagi ini.. Aamiin.

Ok stoplah dulu ehh, story telling utk subuh ni..hihi sbelum tu anyone of you yang pernah hadiri temu duga, mohon tips yang boleh Murni praktikkan. Terima kasih daun keladi, bertemu lagi di lain entri.


Isnin, Disember 15, 2014

Kembali Muram

12/15/2014 0 Comments
Assalamualaikum & salam sejahtera.



Huaaa tajuk tak boleh blahhh langsung. Kenapa bah kau berubah? aisehhh macam nak menyanyi pulak bila tengah bermuka masam ni. Jika sebelum ni dalam entri Kembali Tersenyum Murni adalah cerita sikit masalah handpone Samsung Murni rosak & dah pulih semula dari koma selama beberapa minggu. 

Tapi sekarang ni dia bagi masalah lain pulak kat Murni. Kalau Murni nak online guna handphone rasa kejap je tak sampai 10 minit handphone tetiba off. Sama juga dengan kes kalau nak download aplikasi kat google play store, tak habis download lagi dia dah off sendiri. Rasa geram jugak kena download semula. Tambah lagi rasa tak seronok bila tengah berwaksep dengan member, dia off tetiba., tak ke buatkan hati ni lagi sakit. Malas sangat nak kena buka battery phone, baru bole cas handphone, terpaksa kut buat macam tu sebabnya port USB phone dah rosak.

Rasa tak ceria hari Murni tanpa smartphone..hihi nak hanphone baru pleaseeee. "Nak sangat tunggulah handphone baru jatuh dari langit tak pun g beli baru"...haha


Tukar Baju Blog

12/15/2014 6 Comments
Assalamualaikum & salam sejahtera.

Oh, tidak mawar sungguh blog ni! huhu once again blog murni berwajah baru, masih lagi mengekalkan konsep yang sama iaitu elemen bunga mawar. Nampak sungguh sifat kewanitaan terserlah..haha Jejari Murni since dari semalam gatal nak edit blog, sampaikan godaan manja oleh katil dgn selimut pun tak dihiraukan dek kerana terlebih exited katakan. 

Header blog Murni pun dah bertukar, ni merupakan percubaan pertama Murni try Create Clipping Mask guna Adobe Photoshop. Murni nak sangat tulisan tuk title blog ada bunga2 & Alhamdulillah menjadi juga apa yang dihajatkan :3

Kali ni Murni buat sendiri background guna Adobe Photoshop jugak. Murni just search image kat google pilih background bunga mawar, then letak line kat sebelah kiri & kanan macam dalam gambar kat bawah ni.


background rose, background cute, background red rose, background 3 column


Bukan tu je, Murni pun create sendiri untuk tajuk2 kecil di tepi sidebar blog. 

design sidebar









Murni nakkan kelainan sikit pada icon2 comel sosial media yang Murni ada, create nak yg sama spesis dengan header, background dengan tajuk tepi sidebar; nak jugak bunga mawar diselitkan. 


sidebar, icon twittersidebar, icon pinterestsidebar, icon comelicon comel sidebarikon facebook, imej facebook, gambar facebook, logo facebook


Huhhh korang pun nampak sendiri kan Murni dah terlebih sangat sukakan bunga mawar, ni belum lagi dapat bunga mawar yang real kalau tak cair terus hati ni. hihi oklah Murni nak stop menulis nak rehat lapangkan minda kejap.



Isnin, Disember 08, 2014

Kembali Tersenyum

12/08/2014 4 Comments
Assalamualaikum & salam sejahtera

Hi, readers! Sebenarnya Murni rasa gumbira yang teramat sangat malam ni, rasa nak nanges pun ada jugak...hihi Sebelum ni Murni tak ada mood sangat nak update blog, kalau update pun just entri join contest. Murni join pun sebab nak hilangkan rasa down yang membelenggu diri ini bilamana smartphone Murni rosak...huaaa sedih tau dah tak boleh capture moment yang best, sembang dengan member via waksep, wechat & blablabla. Almost 3 weeks tak bermanja dengan dia. Apa yang korang rasa bila smartphone korang rosak? 

Malam ni apa yang Murni buat, Murni pandang Samsung S2, dia pandang Murni balik...aisehh last sekali Murni hempuk terus Samsung S2 Murni ke dinding...haha dengan harapan kengkonon dia boleh on semula. Murni try switch on button phone, tetiba dia 'hidup' semula. Tersenyum lebar time ni bila phone dah boleh guna semula. Nasib baik time hempuk tadi screen dia tak pecah. Kalau tak memang tak berjodoh dah dengan dia...hihi Kembali Tersenyum 

Sweet dream & sleep tight :)


Rabu, Disember 03, 2014

Rabu, November 19, 2014

Kisah Laporan Latihan Industri

11/19/2014 8 Comments
Kisah Laporan Latihan Industri Assalamualikum & salam sejahtera. Hi, readers! Actually entri kali ni Murni nak share pengalaman sendiri bila berdepan dengan suka duka masalah berkaitan dengan Laporan Latihan Industri (LI). Pengalaman ni Murni pernah share di FB Murni & hari ni Murni nak abadikan pulak kisah Laporan LI ke dalam blog. Bagi mereka yang friend dengan Murni di FB jangan pelik erk dengan penggunaan bahasa yang digunakan. Bila ber FB Murni suka bahaskan diri dengan perkataan 'aku', perkataan yang biasa digunakan oleh orang Sabah dan kalau berBLOG Murni akan membahaskan diri dengan panggilan 'Murni' :)

Kisah ni panjang tau, kalau tak larat nak baca tak apa boleh rehat minum2 kopi dulu :3 

Sebelum nak ke UUM

Seminggu sebelum Murni ke UUM untuk hantar report, Murni pastikan Laporan LI 90% siap dan selebihnya akan 'dimekapkan' bila dah sampai UUM. Alhamdulillah target yang ditetapkan tercapai. Sepanjang tempoh nak siapkan laporan, Murni selalu je menghadapi masalah tak cukup tidur dan kekadang tu sampai tak tidur semalaman dek kerana nak search maklumat tambahan. Penting tau kita ni kenalah ada usaha sendiri kalau nak capai sesuatu matlamat. Jangan lupa kena juga tanya pensyarah  kalau ada kemusykilan berkaitan dengan format laporan. Ringankan mulut untuk minta tolong dengan senior2 yang dah habis praktikal. Kalau jenis yang tak tahu malu macam Murni ni cuba minta contoh laporan dengan senior2. Kalau dapat bolehlah dijadikan sebagai rujukan. Kalau ada kawan yang dapat tempat praktikal yang sama but different U, apa lagi bolehlah buat date selalu...hihi bincang mana2 yang patut. Kalau nak olah ayat itu boleh diterima lagi, jangan Copy Paste sudahla.

UUM

Murni sampai ke UUM hari Isnin, 10 Nov. Korang boleh baca perjalanan Murni dari Lahad datu ke UUM. Hari Selasa dan Rabu, Murni banyak menghabiskan masa dengan BFF kebetulan time ni Majlis Konvokesyen UUM ke-27 masih lagi berlangsung. Kala malam menjelang tiba, hihi ayat tak boleh belahhh...Murni sibukkan diri siapkan Laporan LI. Murni plan nak jumpa dengan pensyarah nak tunjuk draf laporan hari khamis, tapi malang tak berbau. Eh! silap kawan Murni beritahu pensyarah tak ada hari khamis dan beliau sibuk. Hancusss harapan nak jumpa pensyarah. Ok, tak apalah pensyarah dah pun pesan dengan kawan just send draf via email je, nanti apa2 Dr. akan reply email. Murni kira beruntunglah sikit kalau nak diikutkan ada student lain different course yang tak dapat peluang pun tunjuk draf sebelum hantar real report.

Sabtu, 15 Nov 2014

Awal-awal pagi Murni dapat text mesej daripada Pensyarah

"Salam, sy dah teliti report tersebut. Format ok, esok blh hantar penilaian kandungannya.
 Sy ada d bilik sehingga 9 pg. Kalau nak hantar lepas tu, kena sms dulu." 

Alhamdulillah lega rasa hati ni bila dapat feedback positif macam ni means Murni tak perlu buat pembetulan apa2 pun. Kelegaan hati tak selamanya bertandang di hati...akan ada masalah yang timbul bila Allah nak menguji kesabaran hambanya. Apa yang Murni maksudkan di sini masalah bila mana nak print laporan. Murni dapat print laporan lepas waktu maghrib sebabnya lepas Zohor Murni temankan kawan Murni, Nisa pergi tempah banner kat Jitra. Murni ada selitkan cerita ni dalam entri Makan D' Jitra Seafood Restaurant

Balik dari Jitra kena tunggu lepas Maghrib & usai solat, Nisa temankan Murni pergi print laporan kat kedai Cafe Muamalat. Penat sangat naik turun tangga dari tingkat 5 ke cafe. Tunggu punya tunggu kedai tu bukak dalam jam 8:00 p.m & bila Murni nak print, print colour pulak tak de just black & white je. Siap menjejakkkan kaki ke Cafe YAB, tapi sayangnya kedai pun tutup. Memandangkan Laporan LI wajib guna kertas A4 yang beratnya 80 gsm, so Murni terpaksalah merelakan hati ni beli kertas kat Mall UUM. Nasib baiklah Nisa ada, dialah yang tolong Murni drive ke sana sini. Terima kasih Nisa atas bantuan hang. 

Sampai ke Mall Murni pun belilah kertas A4 80gsm harga RM10.90. Then, terus meluru ke kedai printing yang terletak kat dalam Mall tu jugak. Macam2 benda nak jadi bila nak print. Bila Murni sentuh kertas A4 tak terasa pun kertas tu tebal, kertas dia biasa2 jer rasa macam kertas A4 70gsm. Argghhh time ni dah tak kesah dah kertas tu, malas nak fikir. Dah cucuk pendrive, buka folder internship print laporan tak boleh pulak semua tulisan dah macam tunggang terbalik dah..ehh geram pulak rasa hati. Maybe sebab Murni guna Microsoft Word 2013 kut, tu yang tulisan semua ada yang rapat2 & ada yang jaraknya jauh sangat. Murni try lagi sekali cucuk pendrive semua folder dah jadi shortcut tak boleh bukak langsung. Huhu rasa macam nak nanges je time ni, dahla keesokan harinya dah kena submit. 

Balik semula ke tempat asal, naik ke tingkat lima semata-mata nak masukkan semula folder internship ke dalam pendrive. Nasib baik jumpa bilik yang buat business printing kat tingkat 3, kalau tak jenuh nak cari kedai lain. Print laporan 68 page plus fotostat lampiran dengan total kos RM9.90. Siap print dalam jam 10 malam. Then, Naik semula ke tingkat 5 sebab terlupa dokumen sokongan yang nak diletakkan di bahagian lampiran, bergegas pulak ke kedai Cafe Muamalat untuk binding laporan. Huhhh tarik nafas dalam2, nak semput dibuatnya naik turun tangga. Masalah timbul lagi bila tengah malam tu baru perasan ada kesilapan time tebuk lubang, carta organisasi terbalik pulak. hihi Murni pun cuai sebab tak periksa betul2. Pepagi buta dalam jam 7:15 a.m tu, Murni singgah lagi ke bilik budak junior yang buat business print tu, Murni print carta organisasi plus ada penambahan sikit untuk bahagian lampiran. 

Ahad, 16 Nov

Tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua student praktikal UUM yang menjalani Latihan Industri bermula pada Julai dan berakhir pada awal November dah pun tiba 16/11/2014. Tarikh wajib untuk submit Laporan LI. Alhamdulillah tepat jam 10:00 a.m, Laporan LI, Buku Log dan Penilaian Praktikal oleh Penyelia Organisasi dah pun berpindah tangan kepada Pensyarah. 

Kisah Laporan Latihan Industri


BTW Murni nak ucapkan terima kasih kepada insan2 yang sudi menghulurkan bantuan kepada diri ini. Sungguh jasa kalian akan Murni kenang sampai bila2. Semoga Allah membalas kebaikan yang telah dihulurkan.