Ahad, Oktober 19, 2014

Penyakit Hati

Hi, readers! selamat berhujung minggu bersama orang yang tersayang. Murni nak tanya dengan korang ni, pernah tak terasa dengan perubahan sikap seseorang yang dulunya boleh senyum, boleh bersembang, boleh tergelak sama-sama dan macam-macam lagilah yang BOLEH, then satu hari tu dia bermasam muka dengan korang; senyum pun nampak kelat, sembang pun dah tak macam sembang, nak gelak memang dah tak nampak gigi dah. Pernah tak korang rasa? Huh terkadang timbul jugak rasa nak tahu kenapa si dia berkelakuan begitu.

Persoalan ni nampaknya memang ada kena mengena dengan owner blog ni hihi. Tapi cerita tu dah basi, dah bertahun-tahun pun, tak payah nak kenang-kenang sangat boleh tak cik Murni (eh marah pulak hati ni). Bila dihina, diumpat belakang-belakang rasa macam nak menjerit sekuat hati je. Mengapa perlu menghukum tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Why??? Face to face kan lebih afdal. Tak kan korang nak bagi free je pahala yang korang kumpul sepanjang hari,

'Astaghfirullah' yang hanya terpacul dari mulut sambil menundukkan kepala bila melihat setiap bait-bait tulisan yang tertera pada skrin lappy. Sedih!. Time tu hanya mampu memujuk hati ni dengan berkata kepada diri sendiri biarlah Allah lebih mengetahui setiap apa yang berlaku. Tiada niat nak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Murni belajar untuk memaafkan orang yang telah menganiaya diri ini. Murni sentiasa pegang prinsip ni biar orang buat kita, jangan kita buat orang macam pelik je bunyinya kan, tapi itulah kenyataan korang pun mesti boleh faham kan? 

7 PENYAKIT HATI yang perlu dielakkan:
  • 1-Suka dipuji = SUM'AH.
  • Suka berbangga diri = TAKBUR
  • Suka pandang rendah kpd org lain = SOMBONG.
  • Suka puji seseorang di hadapan tetapi kutuk di belakang = MUNAFIQ.
  • Suka menunjuk-nunjuk = BERLAGAK.
  • Suka sakit hati terhadap nikmat org lain = BUSUK HATI / DENGKI.
  • Suka berfikiran negatif terhadap org lain = BURUK SANGKA.

(Ustaz Mohd Izhar Ariff)




sumber foto: google image



Firman Allah bermaksud :

“Wahai orang beriman jauhilah daripada banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujuraat : 12)

Sabar dengan ujian Allah :)



2 ulasan:

  1. Nice entri :)

    Jom join contest ira.. Banyak hadiah yang menarik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://syahirahvaliant.blogspot.com/2015/05/contest-saya-nak-hadiah-by-syahirah.html?m=1

      Padam