Majlis Konvokesyen UUM ke-27

Assalamualaikum

Hi, readers!11 November 2014 yang lepas merupakan tarikh keramat buat akak senior Murni iaitu kak Syazmimi Ahmad. Tahniah kak mimi kerana telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Rimba Hijau (UUM). In sha Allah tahun depan turn Murni dengan sahabat2 yang lain pulak untuk merasai sendiri Hari Jubah kami.


Alhamdulillah kami masih dapat berjumpa dengan kak mimi walaupun dalam waktu yang singkat. Kak mimi ni kalau nak diikutkan dah macam akak kandung sendiri bagi kami bertiga. Terima kasih kak mimi sebab sudi pinjamkan telinga mendengar masalah adik-adik kak mimi ni. 



Testinggg...Bila tengok gambar ni, dah macam dalam Harry Potter pulak. Bekas jerawat kat hidung pun tak hilang lagi. It's ok, jerawat tu sebenarnya penyeri muka yang boleh buatkan anda nampak terlebih comel. Ok, sekian merepek jap :3


[It's me] 


[Najwa]


[Nisa]

Terima kasih kak mimi sebab sudi pinjamkan Jubah. hihi kami nak ambil berkat awal sementara menunggu turn kami untuk Majlis Konvokesyen UUM ke-28 tahun depan. In sha Allah kalau ada jodoh dan umur yang panjang akan date dengan kome semua. Last but not least, semoga kak mimi sukses dalam bidang yang diceburi.

Kisah di sebalik tabir :3


Tiada ulasan:

Catat Ulasan