Kisah Laporan Latihan Industri

Kisah Laporan Latihan Industri Assalamualikum & salam sejahtera. Hi, readers! Actually entri kali ni Murni nak share pengalaman sendiri bila berdepan dengan suka duka masalah berkaitan dengan Laporan Latihan Industri (LI). Pengalaman ni Murni pernah share di FB Murni & hari ni Murni nak abadikan pulak kisah Laporan LI ke dalam blog. Bagi mereka yang friend dengan Murni di FB jangan pelik erk dengan penggunaan bahasa yang digunakan. Bila ber FB Murni suka bahaskan diri dengan perkataan 'aku', perkataan yang biasa digunakan oleh orang Sabah dan kalau berBLOG Murni akan membahaskan diri dengan panggilan 'Murni' :)

Kisah ni panjang tau, kalau tak larat nak baca tak apa boleh rehat minum2 kopi dulu :3 

Sebelum nak ke UUM

Seminggu sebelum Murni ke UUM untuk hantar report, Murni pastikan Laporan LI 90% siap dan selebihnya akan 'dimekapkan' bila dah sampai UUM. Alhamdulillah target yang ditetapkan tercapai. Sepanjang tempoh nak siapkan laporan, Murni selalu je menghadapi masalah tak cukup tidur dan kekadang tu sampai tak tidur semalaman dek kerana nak search maklumat tambahan. 

Penting tau kita ni kenalah ada usaha sendiri kalau nak capai sesuatu matlamat. Jangan lupa kena juga tanya pensyarah kalau ada kemusykilan berkaitan dengan format laporan. Ringankan mulut untuk minta tolong dengan senior2 yang dah habis praktikal. Kalau jenis yang tak tahu malu macam Murni ni cuba minta contoh laporan dengan senior2. Kalau dapat bolehlah dijadikan sebagai rujukan. Kalau ada kawan yang dapat tempat praktikal yang sama but different U, apa lagi bolehlah buat date selalu...hihi bincang mana2 yang patut. Kalau nak olah ayat itu boleh diterima lagi, jangan Copy Paste sudahla.

UUM

Murni sampai ke UUM hari Isnin, 10 Nov. Hari Selasa dan Rabu, Murni banyak menghabiskan masa dengan BFF kebetulan time ni Majlis Konvokesyen UUM ke-27 masih lagi berlangsung. Kala malam menjelang tiba, hihi ayat tak boleh belahhh...Murni sibukkan diri siapkan Laporan LI. Murni plan nak jumpa dengan pensyarah nak tunjuk draf laporan hari khamis, tapi malang tak berbau. Eh! silap kawan Murni beritahu pensyarah tak ada hari khamis dan beliau sibuk. Hancusss harapan nak jumpa pensyarah. Ok, tak apalah pensyarah dah pun pesan dengan kawan just send draf via email je, nanti apa2 Dr. akan reply email. Murni kira beruntunglah sikit kalau nak diikutkan ada student lain different course yang tak dapat peluang pun tunjuk draf sebelum hantar real report.

Sabtu, 15 Nov 2014

Awal-awal pagi Murni dapat text mesej daripada Pensyarah

"Salam, sy dah teliti report tersebut. Format ok, esok blh hantar penilaian kandungannya.
 Sy ada d bilik sehingga 9 pg. Kalau nak hantar lepas tu, kena sms dulu." 

Alhamdulillah lega rasa hati ni bila dapat feedback positif macam ni means Murni tak perlu buat pembetulan apa2 pun. Kelegaan hati tak selamanya bertandang di hati...akan ada masalah yang timbul bila Allah nak menguji kesabaran hambanya. Apa yang Murni maksudkan di sini masalah bila mana nak print laporan. Murni dapat print laporan lepas waktu maghrib sebabnya lepas Zohor Murni temankan kawan Murni, Nisa pergi tempah banner kat Jitra. Murni ada selitkan cerita ni dalam entri Makan D' Jitra Seafood Restaurant

Balik dari Jitra kena tunggu lepas Maghrib & usai solat, Nisa temankan Murni pergi print laporan kat kedai Cafe Muamalat. Penat sangat naik turun tangga dari tingkat 5 ke cafe. Tunggu punya tunggu kedai tu bukak dalam jam 8:00 p.m & bila Murni nak print, print colour pulak tak de just black & white je. Siap menjejakkkan kaki ke Cafe YAB, tapi sayangnya kedai pun tutup. Memandangkan Laporan LI wajib guna kertas A4 yang beratnya 80 gsm, so Murni terpaksalah merelakan hati ni beli kertas kat Mall UUM. Nasib baiklah Nisa ada, dialah yang tolong Murni drive ke sana sini. Terima kasih Nisa atas bantuan hang. 

Sampai ke Mall Murni pun belilah kertas A4 80gsm harga RM10.90. Then, terus meluru ke kedai printing yang terletak kat dalam Mall tu jugak. Macam2 benda nak jadi bila nak print. Bila Murni sentuh kertas A4 tak terasa pun kertas tu tebal, kertas dia biasa2 jer rasa macam kertas A4 70gsm. Argghhh time ni dah tak kesah dah kertas tu, malas nak fikir. Dah cucuk pendrive, buka folder internship print laporan tak boleh pulak semua tulisan dah macam tunggang terbalik dah..ehh geram pulak rasa hati. Maybe sebab Murni guna Microsoft Word 2013 kut, tu yang tulisan semua ada yang rapat2 & ada yang jaraknya jauh sangat. Murni try lagi sekali cucuk pendrive semua folder dah jadi shortcut tak boleh bukak langsung. Huhu rasa macam nak nanges je time ni, dahla keesokan harinya dah kena submit. 

Balik semula ke tempat asal, naik ke tingkat lima semata-mata nak masukkan semula folder internship ke dalam pendrive. Nasib baik jumpa bilik yang buat business printing kat tingkat 3, kalau tak jenuh nak cari kedai lain. Print laporan 68 page plus fotostat lampiran dengan total kos RM9.90. Siap print dalam jam 10 malam. Then, Naik semula ke tingkat 5 sebab terlupa dokumen sokongan yang nak diletakkan di bahagian lampiran, bergegas pulak ke kedai Cafe Muamalat untuk binding laporan. Huhhh tarik nafas dalam2, nak semput dibuatnya naik turun tangga. 

Masalah timbul lagi bila tengah malam tu baru perasan ada kesilapan time tebuk lubang, carta organisasi terbalik pulak. hihi Murni pun cuai sebab tak periksa betul2. Pepagi buta dalam jam 7:15 a.m tu, Murni singgah lagi ke bilik budak junior yang buat business print tu, Murni print carta organisasi plus ada penambahan sikit untuk bahagian lampiran. 

Ahad, 16 Nov

Tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua student praktikal UUM yang menjalani Latihan Industri bermula pada Julai dan berakhir pada awal November dah pun tiba 16/11/2014. Tarikh wajib untuk submit Laporan LI. Alhamdulillah tepat jam 10:00 a.m, Laporan LI, Buku Log dan Penilaian Praktikal oleh Penyelia Organisasi dah pun berpindah tangan kepada Pensyarah. 

Kisah Laporan Latihan Industri


BTW Murni nak ucapkan terima kasih kepada insan2 yang sudi menghulurkan bantuan kepada diri ini. Sungguh jasa kalian akan Murni kenang sampai bila2. Semoga Allah membalas kebaikan yang telah dihulurkan.