Makan D' Jitra Seafood Restaurant

Assalmaualaikum

Hi, readers! Hari sabtu lepas Murni temankan kawan, Nisa pergi Jitra untuk tempah banner program. Gerak dari UUM usai solat Zohor. Then singgah tepi jalan follow kereta kawan lain, Fizah gerak sama-sama tunjuk jalan nak ke kedai buat banner tadi. Tak hingat pulok nama kedai tu. It's ok Murni just nak cerita bab makan je :3 Dah settlekan banner, kami bertiga decide nak pergi makan. Tapi sebelum tu, temankan Nisa p bengkel kereta sebab kereta Nisa ada masalah sikit.



Tempat makan yang dituju D' Jitra Seafood Restaurant. Bila mana perut maragam, kena makan nasi jugak. So, Murni just pesan Nasi Goreng Pattaya dengan Minuman feveret, Nescafe Ais...hihi dalam kampus minuman ni yang Murni selalu pesan, Nescafe Ais bungkus ikat tepi, bila pergi jalan-jalan minuman ni jugaklah yang dipesan. Nisa pun pesan Nasi Goreng Pattaya dengan Jus Carrot. Fizah just pesan keropok lekor dengan Laicikang. Keropok lekor pesan 2 kali, isi perut sementara tunggu makanan sampai ke meja.





Nasi Goreng Pattaya RM4.50 x2
Nescafe Ais RM2.00
Jus Lobak Merah RM2.50
Keropok Lekor RM3.00
Laicikang RM2.50
Total RM19.00

Makanan dekat sini boleh tahanlah sedap jugak, teringin nak tambah pulak...hihi Ok, dah selesai menjamu selera Murni dengan Nisa pulanglah ke tempat asal, UUM. Fizah pulak balik ke rumah dia yang terletak kat Jitra. Nampaknya Murni terpaksa berkampung kat UUM lama sikit sebabnya tiket nak balik Sabah dah naik melambung tinggi nak dekat RM300. Poket tengah kering :3

Kisah di sebalik tabir :3
Lahad Datu ke UUM
Majlis Konvokesyen UUM ke-27

5 ulasan:

  1. Balasan
    1. hihi penting! keropok tu sedap sangat tu yg siap order lagi sekali

      Padam
  2. Saya suka lai ci kang.Nampak macam banyak juga bahan yang di masukkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. murni tak pernah rasa sbenarnya laicikang ni & ni first time murni nmpak depan mata sblm ni dengar nama je...tapi nampak sedapla pulak..hihi Murni just tengok kawan makan je.

      Padam
  3. dalam banyak-banyak makanan tu, keropok jugak yang buat rasa terliur...
    huhuhuhuhu...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    BalasPadam