Camping di Semawang Sandakan Sabah | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Kali terakhir Murni kemas kini blog berkaitan camping tahun lepas, baca [+] Hiking & Camping di Sepilok Laut Sandakan 2.0 Memandagkan aktiviti camping belum dibenarkan, Murni throwback dulu aktiviti camping di Semawang Sandakan Sabah. Syukur alhamdulillah PM pun dah umumkan aktiviti hiking dibenarkan bagi negeri-negeri dalam fasa 2 dan seterusnya & syaratnya kena lengkap 2 dos suntikan vaksin (Selepas 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua).
Camping di Semawang Sandakan Sabah
Bila dah lama sangat tak camping, rasa teruja dia tu lain macam sikit haha. Lagi pun Murni sertai aktiviti camping kali ni bagi memenuhi permintaan sahabat Murni yang nak sangat bercamping & meluangkan masa yang berbaki dengan sahabat-sahabatnya sebelum berhijrah ke Semenanjung atas sebab tuntutan kerja (Sekarang, dia dah kat sana, miss You Dayang huhu)
Kami bertolak ke Semawang, Batu 19 Sandakan pada waktu petang. Untuk masuk ke kawasan Semawang ni, korang akan melalui simpang Kg. Sungai Tiram sebelah kanan apabila melalui jalan jalan utama. Bila dah masuk simpang Kg Sg. Tiram korang perlu jalan terus, nanti akan jumpa roundabout jalan terus saja. Korang akan jumpa papan tanda Labuk Bay & perlu ambil jalan sebelah kiri (Ni arah yang Murni ingatlah kalau nak ke tebing Sg Semawang) Kalau korang was-was boleh tanya dengan penduduk kampung di sana okay.
Kami sampai di kawasan tapak perkhemahan dalam jam 5 lebih. Sesat lagi salah masuk simpang haha. Sumpah lawa aih tempatnya boleh tengok sunset lagi. Kawasan ni pun korang boleh memancing.
Set up apa yang patut sebelum maghrib, pasang khemah, gantung hammock, buat tandas. Memandangkan Murni belum beli tent lagi, guna hammock pun best. Gais kalau beli hammock belilah sekali dengan flysheet kalau masa hujan boleh berlindung. Malam tu hujan renyai-renyai basah sikit hammock haha
Nasib ada tukang masak profesional diimport dari China haha. Mampu tengok saja dorang sambil-sambil berkaraoke kunun. Punca kenapa malam tu hujan sebab ada suara sumbang haha
Menu kami masa malam tu, ikan bakar cicah dengan lada campur dengan belacan & limau. Adedeh sedaknya menjilat jari haha. Tom yam pun ada, nasi siap-siap masak dari rumah.
Nikmat apa lagi yang kau dustakan, dapat berkumpul makan ramai-ramai macam ni pun dah buatkan hati rasa gumbira beratapkan langit di waktu malam. Sesekali guruh menyapa haha nasiblah tak hujan lebat, hanya hujan renyai-renyai masa nak tidur tu. Usai makan sambung lagi karaoke di bawah khemah haha
Waktu tidur agak terganggu sedikit dengan bunyi yang kurang enak didengar haha, asap dari unggun api pun kadang menganggu pernafasan. Semua tu normal bila bercamping kan.
Nyaman udara bila bangun awal pagi. Bersiap-siaplah kami ke tandas untuk membuang air, cuci muka, & berus gigi. Moment tak boleh lupa tandas yang dibuat tu 'comel' dengan gelagat kami yang guna tandas pun buatkan hati rasa lucu haha. Lupa nak ambil gambar tandas haha
Usai bersiap-siap, yang perempuan ni pun buatlah sarapan. Menu kami 'Sandwich Kasih Sayang' haha dengan kopi. Murni macam biasalah tak lari dengan Old Town White Coffe Classic nya.
Selesai makan, kami pun kemas apa yang patut & bersihkan kawasan sekitar tapak perkhemahan sebelum bertolak balik dalam jam 9 pagi. Terima kasih semua temen-temen atas masa & memori yang diluangkan sepanjang kita bercamping 😘. Nah Murni belanja video pendek sepanjang bercamping di Semawang Sandakan;
Sampai di sini saja perkongsian Murni berkaitang Camping di Semawang Sandakan Sabah. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang. Terima kasih juga sudi baca entri ni 😘
Terbaik... Semawang diman lokasi tepatnya?
BalasPadam