Resipi Karipap Inti Bihun


Resipi Karipap Inti Bihun | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari ini Murni akan berkongsi salah satu resipi makanan yang popular di Sabah iaitu Karipap Inti Bihun yang lebih dikenali sebagai Pastil. Bila Murni merantau di tempat orang teringin sangat nak makan masakan mak, terpaksalah belajar sendiri cara nak buatnya. Wajib berguru dengan mak hihi.


Resipi Karipap Inti Bihun

 
BAHAN-BAHAN DOH;
  1. Tepung gandum - 5 cawan
  2. Marjerin - 1/2 cawan
  3. Minyak - 1/4 minyak
  4. Air secukupnya
Resipi Karipap Inti Bihun


CARA BUAT DOH;
  1. Panaskan 1/2 cawan marjerin terlebih dahulu, dah cair tutup api biarkan marjerin seketika
  2. Masukkan 5 cawan tepung ke dalam bekas, kemudian masukkan marjerin tadi. Gaul rata.
  3. Masukkan air dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
  4. Akhir sekali barulah masukkan 1/4 cawan minyak. Gaul doh dengan minyak sehingga sebati.
  5. Biarkan doh selama 10-15 minit.

BAHAN-BAHAN BIHUN GORENG;
  1. Bihun 1 paket
  2. Bawang putih - 7 ulas
  3. Bawang merah - 2 biji
  4. Kicap Pekat 4A - 2 sudu besar
  5. Sos tiram - 2 sudu besar
  6. Sos Cili - 2 sudu besar
Resipi Karipap Inti Bihun


CARA MASAK BIHUN GORENG

  1. Rendam bihun seketika, kemudian toskan
  2. Tumbuk bawang merah & bawang putih, kemudian tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap pekat 4A, & tambah air sedikit.
  4. Tambah secubit garam & ajinamoto (optional)
  5. Kemudian, masukkan bihun yang telah direndam. Kacau-kacau sehingga bihun masak
BAHAN-BAHAN UNTUK LADA
  1. Cili api - segenggam
  2. Garam - 1 sudu besar
  3. Ajinamoto - 1 sudu besar
  4. Limau kasturi - 5 biji
  5. Air secukupnya

CARA BUAT LADA
  1. Tumbuk lada bersama-sama dengan garam & ajinamoto
  2. Letak lada yang siap di tumbuk ke dalam bekas, perahkan 5 biji limau kasturi
  3. Tambah air sedikit, kemudian kacau kesemua bahan tadi.
  4. Kalau korang nak jimat masa, boleh saja blender semua bahan. Murni sejenis yang suka guna lesung batu sebab boleh menaikkan 'rasa' makanan yang di masak hihi.


Resipi Karipap Inti Bihun

Dah siap buat doh & masak bihun goreng tu bolehlah mulakan aktiviti untuk membuat karipap. Actually sukatan yang Murni buat ni untuk office mate Murni lebih kurang dalam 13 orang. Kalau korang yang baru nak belajar buat Pastil ni, boleh bahagi 2 setiap sukatan ya.

Sampai di sini saja perkongsian Murni mengenai Resipi Karipap Inti Bihun. Selamat Mencuba!