Beli Cincin Emas 916 di Kedai Emas Merchant 9

Beli Cincin Emas 916 di Kedai Emas Merchant 9 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Murni nak kongsi lagi berkaitan dengan personal review beli emas secara online di website Kedai Emas Merchant 9. Kalau diikutkan ni dah masuk kali ke tiga Murni buat pembelian emas secara online, sebelum ni pun dah pernah beli bead pandora di Shopee Malaysia tapi Murni tak kemas kini di blog. Korang boleh baca personal review Murni sebelum ni beli charm pandora kali pertama di sini [+] Beli Emas 916 di Shopee Malaysia.

Beli Cincin Emas 916 di Kedai Emas Merchant 9

Beli Cincin Emas 916 di Kedai Emas Merchant 9

Alhamdulillah bulan lepas ada rezeki lebih, dapatlah Murni beli sebentuk cincin minimalis. Memandangkan kedai emas masih tutup lagi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 bagi Sabah, Murni ambil keputusan untuk buat pembelian secara online. Takut sebenarnya duit yang nak beli emas terpakai untuk order makanan di foodpanda haha. 

Murni buat pembelian pada 27/07/2021 & parcel sampai ke tangan Murni pada 02/08/2021 dengan menggunakan kurier Pos Laju. Harga semasa emas segram pada masa itu ialah RM240. Murni teringin sangat nak beli sebentuk cincin rekaanya yang minimalis & mata Murni tertarik dengan rekaan cincin infinity yang simple. Saiz pun Alhamdulillah masih ada tinggal seketul sahaja dengan berat 1.02 gram (saiz 11 susah nak jumpa, cepat sold out huhu). 

Total pembayaran RM311.73 termasuk kos upah & kos postage sekali. Yang bestnya kalau korang buat pembelian RM300 ke atas di Kedai Emas Merchant 9, kos penghantaran adalah PERCUMA. Memandangkan harga emas yang Murni beli RM298.80 sahaja, so tak dapatlah postage free. Dapat harga emas murah pun dah kira bagus sangat bagi Murni. 

Secara keseluruhannya, Murni berpuas hati dengan pembelian cincin emas 916 di Kedai Emas Merchant 9. In Sha Allah kalau ada rezeki lebih Murni nak repeat order lagi. Nah link website Kedai Emas Merchant 9 : https://merchant9.com Terima kasih sudi baca entri ni 😘

*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.