Hiking di Bukit Leila Sandakan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Hari ni Murni akan berkongsi aktiviti hiking di Bukit Leila Sandakan pada 20/07/2021. Kami menuju ke beberapa Checkpoint iaitu Gua Batu Kapur, Bukit Ketam, Tower Station & Buaian. Gerakan hiking kali ni hanya berempat sahaja tanpa PuteriBkt Hikers.
Hiking di Bukit Leila Sandakan
Actulally, sehari selepas Murni terima vaksin Murni ambil keputusan nak ikut kawan pergi membukit di Bukit Leila. Malas sebenarnya layan sakit tangan yang lenguh selepas terima vaksin haha tu yang nak juga hiking. Rindu sebenarnya dengan bau-bau hutan hihi.
Kami start hiking agak lewat sikit, masuk hutan dalam jam 10 lebih sebab nak bagi masa dengan guide untuk beristirahat selepas camping pada hari sebelumnya. Permulaan pendakian semangat sikit tapi bila dah nampak trail yang naik bukit mulalah rasa berat kaki nak melangkah haha.
Hiking kali ni tiadalah nak terkejar-kejar nak cepat sampai, kami hiking santai-santai saja. Alhamdulillah temen-temen memahami sangat dengan si Murni haha. Kalau rasa degupan jantung tu mula dah pam lelaju, maka wajiblah untuk rehat ya.
Boletus Rubellus |
Mata tertarik dengan cendawan merah (Boletus Rubellus) cantik yakmat & warna purple pun ada juga. Biasa jumpa yang warna coklat saja.
Trail Menuju ke Gua Batu Kapur |
Checkpoint pertama kami adalah di Gua Batu kapur. Trail menuju ke Gua Batu Kapur pada kali ini agak berbeza sedikit berbanding trail yang Murni pernah lalui sebelum ini yang mana tahap pendakian tidaklah sesukar mana. Untuk pengetahuan korang, Bukit Leila mempunyai banyak trail & Murni sarankan bagi korang yang nak hiking di sini wajib ada guide supaya tidak tersesat di hatiku eh salah haha
Gua Batu Kapur, Bukit Leila Sandakan |
Kami sampai di lokasi Gua Batu Kapur dalam jam 12:12 PM. Sampai-sampai saja terus duduk untuk lepaskan semua rasa penat lelah haha.
Gua Batu Kapur, Bukit Leila Sandakan |
Nasi baik masa ni Murni ada bawa tripod, bolehlah ambil gambar kenangan hiking berempat di Hari Raya Aidiladha hihi. Orang lain beraya di rumah sendiri, kami pula beraya di dalam hutan. Usai bergambar kami teruskan pendakian menuju ke Bukit Ketam.
Bukit Ketam, Bukit Leila Sandakan |
Bukit Ketam sekarang ni pun dah disediakan kemudahan beberapa tempat duduk bagi para hikers untuk beristirahat sekejap sebelum menyambung pendakian. Bagi Murni trail menuju ke Bukit Ketam buatkan mental Murni koyak sikit, mana taknya asyik naik bukit saja turunnya tak ada haha entah berapa kali terbaring atas tanah. Bila sampai di Bukit Ketam terus letak beg di bawah, buat alas kepala untuk baring kejap. Masa ini memang kepala dah pening-pening, terpaksa telan sebiji panadol sebelum meneruskan pendakian.
Tower Station, Bukit Leila Snadakan |
Checkpoint kami yang seterusnya ialah Tower Station Bukit Leila. Kami sampai dalam jam 1:45 PM. Tempat ni pun antara kawasan camping yang digemari oleh para hikers di Sandakan. Kawasan ni dilengkapi dengan meja putih & beberapa tempat duduk. Sesuai sangat kalau korang nak berhammock. Kami bertolak dari Tower Station menuju ke Buaian dalam jam 2:20 PM.
Checkpoint Buaian |
Memandangkan waktu pun agak lewat, kami putuskan untuk tidak pergi ke Pencawang Trig Hill. Dari Tower Station kami teruskan sahaja pendakian ke kawasan Buaian. Naik turun bukit juga kalau nak sampai ke Buaian ni, kapus-kapus dibuatnya haha. Kami sampai ke Buaian dalam jam 3:00 PM. Sampai-sampai saja terus naik di atas buaian yang tersedia di kawasan ni. Sumpah penat yakmat dengan kepala yang masih lagi pening-pening. Ni sebab kes lapar haha.
Checkpoint Buaian |
Hiking kali ni Murni tak ambil video pun, cukuplah menikmati alam bersama-sama sahabat. Masa balik hati rasa gembira sikit hihi laju saja dihadapan. Tapi Murni tak tahan sangat bila sampai di kawasan bersimen dengan cuaca yang panas terik lagi, siap pinjam kipas lagi. Silap sendiri tiada bawa payung haha. Alhamdulillah kami berjaya juga tamatkan pendakian dalam masa lebih kurang 5 jam ++ dengan jarak pendakian 8.5 KM.
Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian aktiviti hiking di Bukit Leila Sandakan. Bila Sabah dah masuk Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 pada 22/07/2021, aktiviti hiking tidak dibenarkan huhu bertabahlah kami semua terima perkhabaran ini. Terpaksa gantung kasut dahulu, risau juga dengan kes Covid-19 yang meningkat sejak beberapa hari ini.
Terima kasih sudi baca entri ini 😘
Tiada ulasan
Catat Ulasan