Beli Emas 916 di Shopee Malaysia

Beli Emas 916 di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Hari ni Murni nak kemas kini blog berkaitan dengan personal review berkaitan dengan pembelian emas 916 yang Murni beli di Shopee Malaysia buat pertama kalinya. Ini kes berani mati sebab tak ada pilihan dah haha. Actually, Murni pun takut juga sebenarnya nak beli emas secara dalam talian ni, mana taknya banyak dah kan kes penipuan emas palsu, barang tak sampailah dll.


Beli Emas 916 di Shopee Malaysia

Tahun 2021 ni Murni baru mula nak berjinak-jinak kumpul emas setelah 'diracun' oleh rakan sekerja haha. Ada baiknya juga kalau kita menyimpan emas, sekurang-kurangnya boleh membantu kita bila ditimpa kesusahan atau musibah & memerlukan duit tunai dalam tempoh masa yang singkat. 

Murni ada beli rantai tangan Pandora bulan lepas, dalam masa yang sama Murni beli sikit-sikit beads. Untuk charms pula, Murni dah pergi banyak kedai emas di tempat Murni tiada satu pun yang berkenan di hati. Murni teringin sangat nak beli charm design bunga ros & kucing. 

Beli Emas 916 di Shopee Malaysia

Rasa kecewa terubat jugalah, bila masuk aplikasi Shopee Murni jumpa Masdora Official Store yang jual charm design bunga ros. Mula-mula tu memang teragak-agak juga nak beli online, tapi dah teringin sangat nak beli charm tu rasa takut tu tolak tepi kejap haha. Murni baca review pembeli yang dah buat pembelian di kedai tersebut. Alhamdulillah semua komen yang murni-murni saja. Maka masuklah charm bunga ros ke dalam cart & terus buat payment haha.


Pada hari pembelian dibuat, harga emas segram di Semenanjung RM242.56/g (harga emas ni Murni rujuk di website Hargaemas My). Harga emas semenanjung lagi murah berbanding harga emas di Sabah, segram RM265 masa tu. Sebelum buat pembelian Murni buat kira-kira dulu, rasa berbaloi jugalah dapat beli charm ni. Murah pun murah, design pun lawa namateyyy hihi

Beli Emas 916 di Shopee Malaysia

Harga emas charm bunga ros permata yang Murni beli ni bernilai RM305.00 termasuk upah. Part yang paling menggumbirakan hati, Murni siap dapat voucher diskaun bernilai RM25.00. Kos shipping sepatutya kena bayar RM12.72 hanya perlu bayar RM7.72 saja sebab kaedah pembayaran Murni pilih ShopeePay. Murni siap tebus shopee coins bernilai RM2.27. Jumlah keseluruhan yang Murni perlu bayar berjumlah RM285.45 sahaja. Pembelian emas ni disertakan sekali dengan resit pembelian, siap dapat free stopper lagi.

Secara keseluruhannya, Murni berpuas hati dengan pembelian emas charm bunga ros permata di Shopee;  Masdora Official Store. In Sha Allah kalau ada rezeki lebih, Murni akan repeat order. Kalau korang nak beli atau pun just nak cuci mata nah Murni bagi Shop Link: shopee.com.my/masdora.os . Terima kasih sudi baca personal review berkaitan beli emas 916 di Shopee Malaysia

*Disclaimer: Entri ini bukanlah review berbayar/product sponsored. Entri ini sekadar penulisan tentang apa yang disukai oleh penulis dan berkongsi serba sedikit mengenai sesuatu produk kepada pembaca blog ini. Semoga bermanfaat.