Radu 2 Bukit dalam Masa Sehari; Bukit Sundang & Bukit LMD Sandakan

Radu 2 Bukit dalam Masa Sehari; Bukit Sundang & Bukit Lupak Meluas Darat (LMD) Sandakan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Murni nak sambung kemas kini blog berkaitan dengan aktiviti hiking penghujung tahun lepas. Disebabkan kekangan masa & kurang mood untuk menulis di blog, maka entri hiking banyak yang tertangguh. Murni akan cuba kemas kini dari semasa ke semasa.

Radu 2 Bukit dalam Masa Sehari; Bukit Sundang & Bukit LMD Sandakan

Pada 26/12/2020, kami radu 2 bukit (Bukit Sundang & Bukit LMD) dalam masa sehari. Jarak pendakian dalam 8KM lebih dengan ambil masa 4 jam lebih pergi & balik. 

Radu 2 Bukit dalam Masa Sehari; Bukit Sundang & Bukit LMD Sandakan
Tapak Perkemahan Peak 1 Bukit Sundang

Kami berkumpul di tapak perkemahan Peak 1 Bukit Sundang, sebelum memulakan pendakian beramai-ramai dengan team hikers yang lain. Hiking di Bukit Sundang entah dah masuk kali ke berapa dah, Murni pun tak ingat. Trail dari Peak 1 ke Peak 2 pun sakit juga sebenarnya haha Murni selalu pewai kalau mendaki menuju ke Peak 2, Bukit Sundang. Baca juga entri mengenai [+] Misi Rentis Trail Bukit Sundang

Pendakian menuju ke Bukit LMD akan melalui Peak 3 Bukit Sundang. Rakan hikers ada yang menyatakan bahawa laluan ke LMD ni 'Laluan ke Neraka' kerana kawasan ni adalah kawasan terbuka pokok-pokok besar pun segan nak tumbuh haha. Kalau cuaca panas terik mahunya rasa nak patah balik tak nak teruskan ke puncak. 

Nasib kami baik pada masa itu, cuaca mendung sesekali hujan renyai-renyai menyapa kami. Kalau korang yang berkesempatan pergi hiking di Bukit LMD, Murni sarankan bawalah payung, manalah tahu tetiba masa tu panas terik yakmat. 

Radu 2 Bukit dalam Masa Sehari; Bukit Sundang & Bukit LMD Sandakan
Trail menuju ke Bukit LMD

Radu 2 Bukit dalam Masa Sehari; Bukit Sundang & Bukit LMD Sandakan
Trail 'Laluan ke Neraka'

Radu 2 Bukit dalam Masa Sehari; Bukit Sundang & Bukit LMD Sandakan
Tiniest Pitcher Plants

Trail 'Lauan ke Neraka'

Radu 2 Bukit dalam Masa Sehari; Bukit Sundang & Bukit LMD Sandakan
Puncak Bukit LMD

Radu 2 Bukit dalam Masa Sehari; Bukit Sundang & Bukit LMD Sandakan
Pemandangan dari Bukit LMD; Mont Walker

Radu 2 Bukit dalam Masa Sehari; Bukit Sundang & Bukit LMD Sandakan
Trail menuju ke Bukit Sundang

Masa balik, kami tidak melalui trail yang sama kami melalui kawasan kelapa sawit & trail ni akan melalui kawasan pencawang di tengah-tengah trail Peak 2 ke Peak 3 Bukit Sundang. Di bawah ni Murni ada sediakan video pendek sepanjang hiking di Bukit Sundang & Bukit LMD Sandakan.

Sampai sini saja perkongsian Murni mengenai aktiviti hiking Radu 2 Bukit dalam Masa Sehari; Bukit Sundang & Bukit LMD Sandakan. Tunggu kemas kini entri hiking bagi tahun 2021 pula. Terima kasih sudi baca entri ni 😘