Misi Rentis Trail Bukit Sundang | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Lama menyepi, kini Murni timbul semula haha. Minta maaf sangat kekangan masa menyebabkan Murni susah sikit nak kemaskini blog. Hari ini Murni nak kongsi berkaitan dengan aktiviti rentis trail (membuka laluan baru) di Bukit Sundang yang terletak di Batu Sapi Sandakan. Misi merentis trail ini telah dijayakan bersama-sama dengan team hikers yang terdiri daripada Gaso-Gaso Hikers, ForestCrew, Semangat Hutan, Hantu Bukit, Bomba Trekker Sdkan, Puteri Bukit Hikers, SOC, Bdk Kaki Bkt, Sandakan Hikers Crew, Jungle Ghost & Babatrekker.
Misi Rentis Trail Bukit Sundang Sandakan
Misi ini telah bermula sejak 21 Jun 2020; membuka laluan baru sehinggalah kini yang mana kami masih lagi giat untuk mencantikkan & memperindahkan setiap puncak di Bukit Sundang. Perkongsian dari rakan hikers yang dapat sertai aktiviti rentis trail pada 21 Jun lepas mengakui bahawa laluan agak mencabar. Terjatuh mahupun terluka semasa aktiviti merentis dilaksanakan sudah semestinya akan dirasai. Kalaulah mental & fizikal tidak kuat sudah semestinya akan kecundang di pertengahan jalan.
Murni kagum sangat dengan semangat beberapa rakan hikers yang berpeluang untuk merentis trail Bukit Sundang. Murni & team Puteri Bukit tak dapat sertai permulaan rentis trail atas sebab tertentu. Misi rentis seterusnya Murni berpeluang untuk turut serta.
05/07/2020 Kawasan Paku Pakis Menuju ke Peak 1 |
12/07/2020 Misi Mencantikkan Peak 3 Bukit Sundang |
Video: Misi Rentis Trail Bukit Sundang 12/07/2020
Bukit Sundang mempunyai 3 puncak yang mana setiap perhentian disediakan kemudahan tempat beristirahat yang berkonsepkan alam semula jadi. Trail dari starting point ke Peak 1 boleh dikatakan agak santai, Peak 1 menuju Peak 2 bagi Murni agak mencabar boleh pewai juga sebenarnya kalau stamina tak kuat, Peak 2 menuju Peak 3 I ❤Sundang tersangatlah santai 6 minit perjalanan pun dah boleh sampai. Jarak dari starting point ke peak 3 lebih kurang 1.41km (Ikut kiraan Huawei Health). Trail di Bukit Sundang banyak menggunakan tali, jadi korang perlu sediakan sarung tangan yang sesuai kalau nak hiking di sini.
19/07/2020 Misi Mencantikkan Peak 3 Bukit Sundang |
Hammocking di Bukit Sundang |
Video: Misi Rentis Trail Bukit Sundang 19/07/2020
Bagi penggemar aktiviti hiking yang berjiwa kental lagi padu dan ingin mencabar kemampuan diri, boleh cuba trail dari Peak 3 I ❤ Sundang sehingga ke Mont Walker atau korang boleh menuju ke Bukit Lupak Meluas Darat. Trail ni Murni belum pernah cuba, In Sha Allah akan datang. Hiking malam di Bukit Sundang pun best & ada juga rakan hikers yang sudah merasai suasana bercamping di Peak 1 & Peak 2 Bukit Sundang.
16/08/2020 Peak 1 Bukit Sundang |
20/08/2020 Misi Mencantikkan Peak 2 Bukit Sundang |
Video: Misi Memperindah & Mencantikkan Peak 2 Bukit Sundang
Setiap hujung minggu ramai yang pergi hiking di Bukit Sundang. Dengan adanya tempat hiking terbaru di Sandakan secara tidak langsung dapat meningkatkan aktiviti ekonomi penduduk sekitar kawasan Batu Sapi. Buktinya ada beberapa peniaga kecil yang ambil peluang ini untuk berniaga di kawasan sekitar starting point Bukit Sundang.
Sepanjang tempoh memperindah & mencantikkan Peak di Bukit Sundang, ada perkara yang kurang enak untuk didengari & menyakitkan pandangan mata bila hiking iaitu masalah sampah yang dibuang sesuka hati di sepanjang trail oleh tangan-tangan manusia yang tidak mempunyai rasa bertanggung jawab & kurang peka terhadap adab semasa berada di dalam hutan.
Isu ini kalau dibiarkan boleh memudaratkan alam sekitar, silap haribulan kawasan Bukit Sundang terpaksa ditutup daripada sebarang aktiviti outdoor. Sedih kan kalau benda ini terjadi. Mohon sangat ubah sikap anda yang pentingkan diri sendiri & belajarlah untuk mencintai alam sekitar ❤. Sekian pesanan khidmat masyarakat dari Murni etchinggg.
Sampai sini sahaja sesi perkongsian misi rentis trail di Bukit Sundang. Tunggu kemaskini entri terbaru dari Murni. Terima kasih sudi baca 😘
tula masalah buang sampah merata nie payah nak orang kita nak ubah :(
BalasPadam