Bandar-bandar Popular di Eropah yang Wajib di Lawati


Bandar-bandar Popular di Eropah yang Wajib di Lawati| Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari ni Murni nak kongsikan kepada korang antara bandar popular di Eropah yang sering menjadi tumpuan pelancong. Benua Eropah terletak di antara Lautan Atlantik dan Lautan Artik di mana saiz benuanya adalah yang terkecil di dunia. Walaupun saiz benuanya kecil, tapi populasi penduduknya adalah yang teramai selepas Asia dan Afrika serta menduduki tempat ketiga di dalam carta populasi manusia mengikut benua. 

Disebabkan itu juga, benua Eropah kini mempunyai pelbagai daya tarikan utama yang dapat menarik pelancong dari setiap pelusuk dunia untuk melancong ke tanah mereka. Ia diperkaya dengan seni budaya, makanan tradisional, keindahan pemandangan dan banyak lagi yang boleh diterokai. 

Bandar Popular di Eropah

Kalau dari Malaysia, jarak untuk ke benua Eropah dengan menaiki flight akan mengambil masa lebih kurang 15 jam termasuk waktu untuk transit. Oleh itu, pemilihan airlines yang sesuai untuk keselesaan korang sepanjang penerbangan pun perlu diutamakan. 

Nah sedikit tips untuk korang mengenai flight ticket ke Eropah; selain perlu buat survey tiket penerbangan di laman web airlines, korang juga boleh survey harga tiket di Traveloka seperti penerbangan Jetstar tickets yang lebih murah. Bagi penerbangan ke Eropah pula, Murni syorkan kepada korang untuk memilih sama ada Qatar Airways ataupun Emirates Airline sebabnya kedua-duanya mempunyai rating tertinggi dari segi kualiti sepanjang penerbangan di sekitar Eropah. 

Tempoh 15 jam bukanlah masa yang singkat untuk berada di dalam flight. Jadi, keselesaan korang perlu dititikberatkan bagi menjaga tubuh badan kita daripada keletihan sepanjang penerbangan. Selain itu, korang cuba selalu semak tiket penerbangan di Traveloka supaya korang sentiasa alert untuk book affordable Qatar Airways flight dengan harga yang lebih murah dan menepati citarasa bajet korang.

Sekarang Murni akan kongsikan pula antara tempat menarik yang sering menjadi tumpuan pelancong di sekitar Benua Eropah. 

Amsterdam

Bandar-bandar Popular di Eropah yang Wajib di Lawati


Amsterdam merupakan ibu kota bagi Belanda yang kaya dengan seni budaya, reka bentuk dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Amsterdam memiliki lebih 40 muzium yang boleh dilawati dan 7000 monumen yang sering menjadi tumpuan pelancong dari luar negara. Antara tempat menarik yang korang boleh kunjungi di Amsterdam ialah
  • Houseboat Museum
  • Amsterdam Cheese Museum
  • Canal Walk
  • Bloemenmarket (Flower Market) 

Berlin

Bandar-bandar Popular di Eropah yang Wajib di Lawati


Berlin merupakan ibu kota bagi negara German dan ia juga adalah kota terbesar di German dengan bilangan penduduk yang paling ramai. Hal ini menjadikan Berlin bandar raya terpadat di German. Walau bagaimanapun, mereka masih mampu untuk mengekalkan seni dan budaya lantas menjadi tumpuan pelancong. Terdapat pelbagi rekabentuk peninggalan sejarah sejak abad ke-20 yang mana korang boleh lawati di Berlin antaranya ialah
  • East Side Gallery
  • Berlin Wall Memorial Exhibit
  • Humboldt-box
  • Reichtag Dome
  • Photoautomaten

Copenhagen

Bandar-bandar Popular di Eropah yang Wajib di Lawati


Copenhagen adalah ibu negara dan juga merupakan bandar raya terbesar di Denmark dengan jumlah bilangan penduduk seramai 1.3 million. Antara elemen yang menjadi tumpuan pusat pelancongan di sini ialah dari aspek kebudayaan, perniagaan, sains dan teknologi. Selain itu, Copenhagen pernah dinobatkan sebagai sebuah bandar raya yang mempunyai mutu kehidupan tertinggi di seluruh dunia. Ia mempunyai nilai sejarah terdahulu dan juga teknologi yan semakin berkembang pada masa ini.

Berikut merupakan antara tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati sekiranya berkunjung ke Copenhagen

  • Lego Store
  • Royal Danish Naval Museum
  • Open-air Museum
  • Botanical Garden
  • Thrills and Spills
  • King's Garden

Istanbul


Bandar-bandar Popular di Eropah yang Wajib di Lawati


Istanbul merupakan pusat kebudayaan dan ekonomi bagi negara Turki dan ia juga pernah dinobatkan sebagai ibu negara kesenian Eropah pada tahun 2010. Ini adalah salah satu bukti bahawa Istanbul masih mengekalkan seni budayanya yang tidak ditelan zaman. Bukan itu sahaja, Istanbul juga banyak menerima kunjungan daripada pelancong-pelancong muslim. 

Keindahan pemandangan di Istanbul adalah seiring dengan kecantikan seni budaya yang dimiliki oleh mereka. Kalau korang berkesempatan untuk datang ke Istanbul, jangan lupa untuk mengunjungi bazaar mereka yang banyak menjual pelbagai barangan yang unik. Murni senaraikan beberapa tempat menarik yang ada di Istanbul
  • Grand Bazaar
  • Dancing Dervishes
  • Bosphorus boats
  • Yildiz Park
  • Istanbul Archeologist Museum
  • Suleymaniye Mosque

Inilah antara beberapa ibu negara dan bandar raya yang sering menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh dunia. Kalau nak diikutkan sebenarnya banyak lagi bandar raya di Eropah yang mempunyai keunikannya yang tersendiri seperti Londob, Barcelona, Edinburgh, Dublin dan banyak lagi. Setakat ini sahaja yang Murni dapat kongsikan dengan korang dan semoga bermanfaat. Nanti ada masa, Murni sambung lagi. 

Apa-apa pun selamat bercuti untuk korang yang merancang untuk melancong ke Eropah. Jangan lupa snap gambar banyak-banyak untuk kenangan masa depan. Terima kasih sudi baca entri Bandar-bandar Popular di Eropah yang wajib dilawati 😘