2 in 1 Trendy Shoulder Sling Bucket + Pouch Bag

April 19, 2017

2 in 1 Trendy Shoulder Sling Bucket + Pouch Bag | Assalamualaikum & hi readers 😁 Murni kembali lagi nak share personal review mengenai 2 in 1 Trendy Shoulder Sling Bucket plus pouch bag. Actually Murni memang tercari-cari sling bag yang bersaiz sederhana tak terlalu kecil dan tak besar. Senang sikit nak bawa keluar jalan². 

2 in 1 Trendy Shoulder Sling Bucket + Pouch Bag


Seperti biasa Murni beli sling bag ni dari Shop Frimo di Shopee Malaysia. Murni pilih sling bag ni sebab utama sudah semestinya design bag yang comel, size, fungsi 2 dalam 1, dan warna bag yang menawan hati dengan gabungan brown + black. 

Butiran Produk

Material yang digunakan ialah PU Leather. Dimension; Bucket Bag: 20cm x 25cm x 15cm, Pouch: 20cm x 12cm x 1cm. Harga RM39.00 RM25.00. Untuk makluman korang bag ni didatangkan dalam dua warna which is brown + red and brown + black. 

Gambar Produk

Dilengkapi dengan snaps or poppers button

Bahagian dalam Bucket Bag

Bahagian Tepi Bucket Bag
Bahagian Bawah Bucket Bag

Pouch Bag and Free Gift

Actual price untuk bag ni RM39.00 dan masa Murni buat pembelian ada tawaran diskaun sebanyak 36%. Murni siap dapat free gift cermin yang sangat comel dari Shop Frimo. Shipping fee RM1.57 menggunakan Pos Laju from Puchong, Selangor to Sabah. Before buat payment, Murni redeem Shopee Coins terkumpul sebanyak RM1.45. So total yang Murni perlu bayar hanyalah RM25.12 sahaja. 

Rating Produk

Murni sangat berpuas hati dengan kualiti produk dan servis daripada seller Frimo dan terima kasih untuk free gift yang comel. Murni bagi  ★★★★★

Ok itu sahaja yang Murni nak share, sapa nak cari bag murah boleh usha website [+] Shopee Malaysia or install aplikasi Shopee MY. 




Pink Makeup makeupbymurnimy

April 18, 2017
pink makeup

Pink Makeup makeupbymurnimy | Assalamualaikum & hi readers 😁 Yesss finally Murni dapat lepaskan rindu nak mekap tebal seinci 😂, beberapa hari ni memang tak dak mood langsung nak mekap muka sendiri. Hormon tak stabil kut haha. Makeup look kali ni Murni menggunakan elemen warna pink starting from the eyeshadows, blusher, lipstick & glow kit. 

Pink Makeup

Pink Makeup makeupbymurnimy

Murni hasilkan makeup look kali ni dengan menggunakan barang mekap yang sangat mudah didapati dan murah. Ye lah praktis mekap ja pun, pakai setengah jam lepas tu bersihkan semula. Tapi bab foundation Murni memang cerewet sikit, biarlah mahal yang penting boleh beri banyak manfaat. Feveret foundation Murni semestinya dari Rosetyara 😗

Step by Step Pink Makeup makeupbymurnimy

1. Bahagian Kening

Murni gunakan 3D Brow & Nose Shadow untuk bentukkan kening. Murni gunakan teknik concealer untuk kemaskan lebihan kening. Murni jadikan foundation rosetyara kod rose sebagai concealer. 

2. Bahagian Mata

Pembayang Mata/ Eyeshadow

Pink Makeup makeupbymurnimy

Untuk part mata Murni gunakan eyeshadow Meet Matt (e) Trimony dan eyeshadow Huda Beauty. 1st Murni apply eyeshadow Huda Beauty warna Coco (1) sebagai base, then apply warna kod Flamingo (2) blendkan, apply warna kod Fling (3) pula. Next apply eyeshadow Meet Matt (e) Trimony warna kod Matt Kumar (4) di bahagian hujung kelopak mata. Akhir sekali apply warna kod Angeuc (5) letakkan dibahagian tengah² kelopak mata, apply guna jari pun boleh. 

Eyeliner

Murni guna eyeliner jenis liquid warna hitam  untuk hasilkan cat eyeliner, yeliner putih bahagian bawah mata Murni gunakan Kiss Beauty Eyeliner.

Mascara

Mascara yang jadi kesukaan Murni sudah semestinya dari essence. Murni suka pakai sebab ianya cepat kering & boleh bagi efek mata yang kecil jadi besaq 😂

Pink Makeup makeupbymurnimyPink Makeup makeupbymurnimy
Pink Makeup makeupbymurnimyPink Makeup makeupbymurnimy

3. Bahagian Muka

Foundation Murni guna foundation Rosetyara kod Rose full coverage. Memandangkan Radiance Powder Rosetyara Murni dah habis makeup look kali Murni gantikan dengan bedak kompak IN2IT. Next time kena beli Matte Powder Rosetyara sesuai bagi yang ada masalah jerawat macam Murni hihi.

4. Bahagian Hidung 

Murni gunakan teknik contouring nose dengan menggunakan 3D Brow & Nose Shadow Silky Girl. Murni letakkan sedikit Glow Kit kod Crushed Pearl di bahagian hujung dan tengah batang hidung. Then Murni apply sikit Glow Kit di bahagian mata dan bawah kening.

 5. Bahagian Pipi & Dagu

Nak bagi nampak pipi pau Murni jadi kecik sikit Murni buat contour dibahagian pipi, then Murni gunakan blusher warna pink dari IN2IT tak ketingalan Murni sapu sikit blusher di bahagian dagu. Eh tak lupa juga, Murni pun apply sikit Glow Kit kod Hard Candy di bahagian pipi.

6. Bahagian Bibir

Dah namapun pink makeup, so Murni gunakan [+] lipstick BBIA warna pink kod 04. 

Ya ampun ingatkan nak buat seringkasnya, terbuat panjang pula entri ni 😃😃😃 Nantikan next makeup look dari Murni. 

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia

April 15, 2017
5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & hi readers 😁 Murni gigihkan juga untuk update blog malam ni sebabnya Murni dah janji dengan seorang pembaca blog Murni untuk kongsikan cara pembelian di Shopee Malaysia. Murni  sertakan sekali komentar daripada beliau yang diutarakan di entri [+] Beli Tapestry Murah di Shopee Malaysia ;


Assalamualaikum Cik Murni, boleh ajarkan saya cara nak buat pembelian di Shopee Malaysia? Maaf saya tak berapa yakin sebab ni 1st try. - Tanpa Nama

Setakat ni tempat best untuk Murni shopping online sudah semestinya di Shopee Malaysia. Sebab utamanya harga barangan yang ditawarkan murah-murah belaka dengan pelbagai jenis produk daripada seller yang berbeza-beza. Murni pun puas hati dengan barangan dan servis di Shopee Malaysia. 

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia

Untuk memudahkan pembelian di Shopee Malaysia, Murni sarankan korang install aplikasi Shopee MY di Play store. Memandangkan Murni dah biasa guna aplikasi Shopee My, Murni akan tunjukkan screenshoot cara buat pembelian di Shopee Malaysia.

1. Install Aplikasi Shopee My

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia

2. Sign Up 

Kena daftar sebagai ahli. Klik button sign up bagi yang belum berdaftar. Isi saja maklumat yang diminta.

3. Pilih Barangan/ Produk 

Pelbagai kategori produk yang ditawarkan di Shopee Malaysia antaranya pakaian lelaki & wanita, pakaian kanak-kanak, produk kecantikan, mobile & gadjet, dan lain-lain. Pepandailah korang buat perbandingan harga nanti. 

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia

Contoh, kalau korang nak beli tapestry murah boleh taip terus dekat search box Shopee My 'tapestry', then muncullah tapestry yang murah siap ada potongan harga dan ada juga seller yang tidak mengenakan caj kos penghantaran. 

4. Masukkan Dalam Cart

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia



Dah pilih barang yang berkenan di hati, korang boleh klik pada gambar, then akan keluar paparan produk beserta dengan maklumat produk. Rujuk gambar di atas. Murni nasihatkan korang teliti dulu maklumat produk, takut nanti korang sendiri yang kecewa bila barang sampai. Lepas tu, bolehlah klik "Add to Cart" atau klik "Buy Now". 

5. Proses Pembayaran

Untuk proses pembayaran korang boleh rujuk screenshoot di bawah ni. 

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia


Make sure alamat korang betul. Then klik "NEXT : SHIPPING OPTION" . 

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia

Korang periksa jumlah amaun yang perlu dibayar, then klik "NEXT : PAYMENT OPTION"

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia





Ada tiga kaedah pembayaran yang disediakan oleh Shopee Malaysia. Murni pilih online banking sebab mudah sangat nak bayar hihi. Then korang klik " NEXT : CONFIRMATION".

5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia


Khas untuk korang yang ada online banking, korang pilihlah salah satu bank yang tersenarai di atas. Dah pilih bank klik "Next" korang akan dibawa ke halaman bank yang korang pilih tadi. 

Maka dengan ini, berakhirlah sudah kisah kita dalam percintaan, eh! 😅😅😅 In Sha Allah barang korang akan sampai ke pintu rumah. Bagi korang yang first time nak beli barang di Shopee Malaysia, Murni harap korang boleh faham 5 Langkah Mudah Buat Pembelian di Shopee Malaysia. Kalau korang rasa entri ni bermanfaat bolehlah share dekat media sosial. Terima kasih sudi baca entri ni 😘

Telekung Travel Cotton

April 14, 2017
Telekung Travel Cotton murah

Telekung Travel Cotton | Assalamualaikum & hi readers 😁 Akhirnya Murni dapat update blog selepas renew pelan internet dan dengan ini terbang lagi 50 hinggit. Hari ni Murni nak update personal review mengenai Telekung Travel Cotton. Macam biasa Murni beli telekung ni melalui aplikasi Shopee My. 

Telekung Travel Cotton

Dah lama tak beli telekung baru, memandangkan dekat Shopee barang dia murah² belaka Murni pun grablah sepasang telekung. Murni pilih telekung travel sebab senang nak di bawa kemana-mana, siap ada beg comel lagi. Tambah pula ramadhan kan dah nak tiba, at least kena ada telekung lebih. 
Telekung Travel Cotton


Butiran Produk

Murni beli dari Shop wandamotions dengan harga RM50 dan free postage. Dalam banyak-banyak warna telekung yang available (White, Dusty Peach, Grey, Brown, Pink, Purple, Green Mint, Turqoise, Black) Murni pilih warna dusty peach. Kain telekung pun ekstra labuh.

Gambar Produk

Telekung Travel Cotton

Telekung Travel Cotton

Telekung Travel Cotton

Rating Produk

Murni sangat berpuas hati dengan kualiti produk dan servis daripada seller wandamotions. Murni bagi ★★★★★

Ok tu saja yang Murni nak share, korang yang nak cari telekung travel cotton bolehlah p website Shopee Malaysia. Tunggu tau next personal review dari Murni.  Ok bai 😘

Beli Alat Solek Murah di Shopee Malaysia

April 09, 2017
Beli Alat Solek Murah di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & hi readers 😁 Seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, hari ni Murni kongsikan pula personal review mengenai pembelian barangan alat solek yang murah di [+] Shopee Malaysia. Ya ampun kalau diikutkan dalam rekod pembelian Murni di Shopee My dah kali kelima 😂😂😂 Someone please stop me haha, actually ada lagi barang yang Murni tunggu.

Beli Alat Solek Murah di Shopee Malaysia

Murni beli barangan mekap pun sebabnya ada yang dah habis like eyeliner, beauty blender pun dah kena tukar (malas nak basuh). Dah siap masukkan item dalam cart, tetiba hati kata eh tak cukup lagi ni then tergoda pulak dengan berus mekap dan eyebrow pencil yang murah, siap belikan mak gincu seketui. Ya Allah godaan banyak sungguh kalau shopping online ni. Nak beli yang tu, nak beli yang ni 😆😆😆

berus mekap murah, eyeliner, eyebrow pencils, beauty blender

Kali ni Murni beli 6 barangan mekap daripada satu seller  di Shopee Malaysia, nama shop dia Hot Road. Tips untuk korang yang nak jimat banyak, beli barang dekat satu shop & jenis Murni just pilih item yang ada tertulis Free Delivery. Caj kos penghantaran dari China ke Sabah bagi 6 barangan yang Murni order hanyalah RM2.80 menggunakan Standard Express -LWE. Murah sangat kan? 

1. Eyeliner 
eyeliner murah

Disebabkan Murni malas nak pi watson semata-mata nak beli eyeliner, dengan gigihnya cari eyeliner di Shopee Malaysia. Sebelum ni Murni gunakan eyeliner Silky Girl jenis twist, so kali ni Murni pilih eyeliner jenis liquid pula nanti mudah sikit create cat eyeliner hihi. Tunggu tau next look  [+] makeupbymurnimy 😁. Memandangkan Murni jarang guna eyeliner, so beli jenis yang murah sahaja untuk praktis mekap. Harga Liquid Eyeliner RM2.00. 

2. Eyebrow Pencil With Brow Brush
eyebrow pencil murah, pensil kening

Pensil kening ni Murni saja beli nak cuba lukis kening guna pensil kening. Sebelum ni Murni selalu guna 3D Brow & Nose Shadow untuk buat frame kening. Dan yang pastinya Murni dah cuba guna pensil kening ni, dan hasilnya kurang memuaskan sebabnya Murni tak reti guna 😂😂😂 Tak pa next time boleh praktis lagi guna pensil ni. Harga pensil kening ni RM1.50, Murni siap beli dua weyhh 😂😂😂😂

3. Beauty Blender
beauty blender, span

Beauty blender biasanya Murni beli dekat kedai dalam lapan ringgit lebih. Rasa macam membazir pula haha. Lagipun malas jugaklah sebenarnya nak basuh seminggu sekali depends pada kekerapan penggunaan span.

Murah gila seketui harga dia limaplohsen sahaja, Murni siap beli empat 😂 Dan apa yang mengejutkan Murni bila nampak beauty blender ni depan mata "Ya ampun kecilnya, patutlah terlajak murah" 😂😂😂 Tak pa yang penting Murni suka, comel sangat haha.

4. Lipstick BBIA
lipstick bbia

Sebelum ni Murni pernah beli [+] Lipstick BBIA daripada seller yang berbeza dengan harga yang berbeza. Kali ni Murni beli Lipstick dengan harga RM4.90. Lagi murah hihi Lipstick ni khas untuk mak Murni 😁 

5. 20pcs Makeup Brush
berus mekap murah


Sebelum ni Murni pernah beli set berus mekap, tapi kan rasa macam tak complete untuk part mata. Akhirnya terbeli jugaklah satu lagi set berus mekap khas untuk bahagian mata, hidung dan bibir. Apa yang menariknya set berus mekap ni ialah fungsi bagi setiap berus ada dinyatakan dibahagian tengan batang berus. Lepas ni tak perlu risau salah guna berus dah 😄 Harga set berus mekap ni RM11.97


6. Flat Makeup Brush
flat makeup brush

Berus mekap jenis flat macam ni tak ada lagi dalam simpanan Murni, so beli satulah lagipun murah sahaja RM2.60. Murni suka sangat berus ni lembut sebab ianya diperbuat daripada synthetic fiber. Ianya sangat sesuai untuk apply face powder dan blusher. Murni nak guna berus ni untuk shading pipi sekali hihi 😁 

Total keseluruhan pembelian alat solek murah di Shopee Malaysia ialah RM29.97 termasuk kos postage RM2.80. Murah sangat kan barang dekat Shopee My ni? Nak mudahkan korang shopping di Shopee Malaysia, pi install aplikasi Shopee MY di Play Store 👌

Ok itu sahaja perkongsian dari Murni, next personal review maybe next weeklah kut itu pun kalau Murni rajin update blog 😂 Ok bai. 


Tudung Kanak-Kanak Dihiasi Aksesori Reben

April 05, 2017
tudung kanak-kanak

Tudung Kanak-Kanak Dihiasi Aksesori Reben | Assalamualaikum & salam sejahtera. Entri ni Murni sediakan khas untuk puan-puan yang masih mencari tudung kanak-kanak mudah, lembut dan selesa dipakai oleh anak-anak. Bagi memudahkahkan carian puan, Murni akan kongsikan beberapa design tudung kanak-kanak yang mempunyai hiasan aksesori riben yang dikenali sebagai Tudung Shopkins. In Sha Allah anak-anak puan pasti menyukainya.

Tudung Kanak-Kanak: Tudung Shopkins

Tudung Shopkins merupakan tudung kanak-kanak di bawah jenama The Els yang dijahit dengan menggunakan fabrik boleh regang dan lembut. Yang menariknya adalah tudung ini dihiasi dengan aksesori reben dan ianya dijahit terus pada tudung bagi mengelakkanya daripada tercabut. 

Tudung Shopkins didatangkan dengan warna-warna yang sangat menarik dan ianya akan membuatkan anak-anak puan nampak lebih comel apabila menggayakan tudung ini. Tudung ini direka khas untuk kanak-kanak kerana ianya mudah dipakai, lembut dan pastinya selesa. Tudung ini dihasilkan dengan saiz khas untuk kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 8 tahun.

Koleksi Tudung Shopkins

Murni sertakan sekali beberapa gambar Tudung Shopkins bagi memudahkan puan-puan membuat pilihan design Tudung Shopkins yang menjadi pilihan hati puan ataupun puan boleh mengajak anak-anak puan untuk melihat sendiri gambar-gambar di bawah ini dan memberi peluang kepada mereka untuk membuat pilihan tudung yang mereka suka.

tudung kana-kanak, tudung shopkins

tudung kanak-kanak-kanak, tudung shopkins

tudung kanak-kanak, tudung shopkins

tudung kanak-kanak, tudung shopkins

Testimoni Pelanggan

Salah seorang pelanggan yang telah membuat pembelian Tudung Shopkins telah memberikan ★★★★★ "Fast delivery and excellent services"

testimoni pelanggan tudung shopkins


Bagi puan-puan yang berminat untuk mendapatkan Tudung Shopkins ni dan ingin mengetahui harga, warna dan saiz yang masih available, puan-puan boleh rujuk di laman web [+] TudungSiComel.com (klik). Apa yang menariknya, apabila puan-puan membuat pembelian Tudung Shopkins, puan akan mendapat jaminan 180 hari sekiranya puan-puan tidak berpuas hati terhadap tudung tersebut

TudungSiComel.com merupakan antara Pembekal Utama Tudung Kanak-kanak di Malaysia dengan hasrat untuk memudahkan terutamanya rakyat Malaysia bagi mendapatkan tudung kanak-kanak yang berkualiti dengan nilai hebat, Misi kita adalah untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Lipstick BBIA Jadi Pilihan Hati

April 04, 2017
Lipstick BBIA Jadi Pilihan Hati | Assalamualaikum & hi readers 😁 Kalau ikutkan hati dah lama nak beli lipstick colour pink, sebelum ni dah pernah cari di bandar tapi  tiada satu pun yang berkenan di hati. Lastly, Murni buat keputusan beli secara online di [+] Shopee Malaysia 😂 Lebih mudah dan yang pastinya banyak pilihan dengan tawaran harga yang terbaik dari ladang, eh! 

Lipstick BBIA Jadi Pilihan Hati


Lipstick yang menjadi pilihan hati Murni sudah semestinya Lipstick BBIA. Niat di hati nak beli seketul lipstick, tapi kan Murni sampai terbeli tiga sekaligus 😆😆😆 Tak tahan dengan godaan harga yang ditawarkan oleh seller sebenarnya. Harga murah sangat, berbaloi beli. 

Lipstick BBIA Jadi Pilihan Hati
Bagi Murni reka bentuk packaging box lipstick ni nampak simple tapi tetap lawa di mata Murni. Lagilah Murni rasa nak beli lipstick ni, dahlah warna merah dan hijau merupakan salah satu warna kegemaran Murni. Siapa sangka packaging yang baik dan warna pun boleh mempengaruhi pembelian seseorang.

Lipstick BBIA Jadi Pilihan Hati

Inside of the box, lagilah Murni suka dengan design petak-petaknya. Tak adanya lipstick tu nak tergolek sana sini, statik. Letak tempat tinggi, confirm tak jatuh. 

Lipstick BBIA Jadi Pilihan Hati

Kod warna lipstick yang jadi pilihan utama Murni ialah kod #04, #06, #07 . Lipstick ni best sangat bila pakai sebabnya dia melembapkan bibir kita dan ianya tahan lama.

Personal Review Lipstick BBIA

Lipstick BBIA Jadi Pilihan Hati

Murni puas hati 200% dengan produk ni. Well mak Murni pun dah request lipstick ni dan yang pastinya Murni memang dah beli khas untuk mak Murni. Tunggu next parcel 😁

Harga lipstick BBIA ni murah ja tak mahal mana pun, RM5.30 seketui. Tempoh penghantaran dalam 12 hari sebabnya dari oversea ke Sabah. Masa penghantaran untuk semenanjung lagi cepat. Kos postage yang perlu Murni tanggung RM20.50. 

Personal review yang akan datang, Murni akan kongsikan lagi mengenai alat solek. Ok bai.

Beli Tapestry Murah di Shopee Malaysia

April 02, 2017
Beli Tapestry Murah di Shoppee Malaysia
Credit Image: Shopee Malaysia Edited by Me
Beli Tapestry Murah di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & hi readers 😁 Hari ni Murni nak share personal review mengenai tapestry. Actually dari tahun lepas lagi Murni memang teringin sangat nak beli tapestry. Memandangkan masa tu harga tapestry bagi Murni mahal, masa Murni survey harga tapestry above RM70, terus tak jadi beli rasa macam tak berbaloi pulak nak beli mana nak bayar postage lagi. Haha berkira sungguh masa tu .

Beli Tapestry Murah di Shopee Malaysia

Kali ni Murni berpeluang beli tapestry terlajak murah dari [+] Shopee Malaysia. Korang cuba teka Murni beli dengan harga berapa? Baca sampai habis entri ni hihi Murni sarankan korang install aplikasi Shopee My di Play Store, mudah sikit nanti korang nak pilih barang yang berkenan di hati. Confirm korang akan jadi rambang mata bila shopping di Shoppee Malaysia, macam Murni sendirilah 😂😂😂 Barang semua murah murah weyh sapa yang tak suka, banyak pilihan pula.

Beli Tapestry Murah di Shoppee Malaysia

Sebab utama Murni beli of course nak ambil gambar yang cantik berlatar belakangkan tapestry dan Murni siap jadikan tapestry ni sebagai hiasan dinding di ruang tamu, fungsi dua dalam 1 😁 Murni order tapestry guna aplikasi Shopee My. Memandangkan tapestry ni dari China, Murni dapat parcel hari ke 10 selepas tarikh order dibuat. Bagi Murni servis penghantaran dah kira cepatlah sebab barang pun dari overseas ke Sabah. 

Beli Tapestry Murah di Shoppee Malaysia

Saiz tapestry yang Murni beli ni berukuran 210x150cm, jenis fabrik yang digunakan ialah Polyester. Bagi Murni kualiti produk sangat baik dan good value for money. Puas hati 200% 😁

Eh sebelum Murni terlupa, Murni beli tapestry ni dengan harga RM22.80 plus kos postage RM13.20, total yang Murni perlu bayar Rm36.00 sahaja. Murah kan??? Actually ada lagi tapestry murah dari yang Murni pilih ni, tapi sayang corak dia pula yang Murni tak berkenan sangat.

Korang yang tercari-cari tapestry murah, bolehlah berkunjung ke website Shopee Malaysia. Next time Murni share personal review, barang apa lagi yang Murni beli. Benda baik wajiblah dikongsi bersama 😂😂😂 Ok bai.