Selasa, April 04, 2017

Lipstick BBIA Jadi Pilihan Hati

Lipstick BBIA Jadi Pilihan Hati | Assalamualaikum & hi readers 😁 Kalau ikutkan hati dah lama nak beli lipstick colour pink, sebelum ni dah pernah cari di bandar tapi  tiada satu pun yang berkenan di hati. Lastly, Murni buat keputusan beli secara online di [+] Shopee Malaysia 😂 Lebih mudah dan yang pastinya banyak pilihan dengan tawaran harga yang terbaik dari ladang, eh! 

Lipstick BBIA Jadi Pilihan Hati


Lipstick yang menjadi pilihan hati Murni sudah semestinya Lipstick BBIA. Niat di hati nak beli seketul lipstick, tapi kan Murni sampai terbeli tiga sekaligus 😆😆😆 Tak tahan dengan godaan harga yang ditawarkan oleh seller sebenarnya. Harga murah sangat, berbaloi beli. 

Lipstick BBIA Jadi Pilihan Hati
Bagi Murni reka bentuk packaging box lipstick ni nampak simple tapi tetap lawa di mata Murni. Lagilah Murni rasa nak beli lipstick ni, dahlah warna merah dan hijau merupakan salah satu warna kegemaran Murni. Siapa sangka packaging yang baik dan warna pun boleh mempengaruhi pembelian seseorang.

Lipstick BBIA Jadi Pilihan Hati

Inside of the box, lagilah Murni suka dengan design petak-petaknya. Tak adanya lipstick tu nak tergolek sana sini, statik. Letak tempat tinggi, confirm tak jatuh. 

Lipstick BBIA Jadi Pilihan Hati

Kod warna lipstick yang jadi pilihan utama Murni ialah kod #04, #06, #07 . Lipstick ni best sangat bila pakai sebabnya dia melembapkan bibir kita dan ianya tahan lama.

Personal Review Lipstick BBIA

Lipstick BBIA Jadi Pilihan Hati

Murni puas hati 200% dengan produk ni. Well mak Murni pun dah request lipstick ni dan yang pastinya Murni memang dah beli khas untuk mak Murni. Tunggu next parcel 😁

Harga lipstick BBIA ni murah ja tak mahal mana pun, RM5.30 seketui. Tempoh penghantaran dalam 12 hari sebabnya dari oversea ke Sabah. Masa penghantaran untuk semenanjung lagi cepat. Kos postage yang perlu Murni tanggung RM20.50. 

Personal review yang akan datang, Murni akan kongsikan lagi mengenai alat solek. Ok bai.

5 ulasan:

  1. cantik colournya <3 x dapat beza colour kod 6 & 7 tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Kod 6 tu warna dia like orange tp jenis yg lembut, mybe sebab lighting kut tu yg x dpt beza 😁

      Padam
    2. Entahlah kenapa tapi sy suka make up warna orange ni 😍

      Padam