Ahad, April 09, 2017

Beli Alat Solek Murah di Shopee Malaysia

Beli Alat Solek Murah di Shopee Malaysia | Assalamualaikum & hi readers 😁 Seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, hari ni Murni kongsikan pula personal review mengenai pembelian barangan alat solek yang murah di [+] Shopee Malaysia. Ya ampun kalau diikutkan dalam rekod pembelian Murni di Shopee My dah kali kelima 😂😂😂 Someone please stop me haha, actually ada lagi barang yang Murni tunggu.

Beli Alat Solek Murah di Shopee Malaysia

Murni beli barangan mekap pun sebabnya ada yang dah habis like eyeliner, beauty blender pun dah kena tukar (malas nak basuh). Dah siap masukkan item dalam cart, tetiba hati kata eh tak cukup lagi ni then tergoda pulak dengan berus mekap dan eyebrow pencil yang murah, siap belikan mak gincu seketui. Ya Allah godaan banyak sungguh kalau shopping online ni. Nak beli yang tu, nak beli yang ni 😆😆😆

berus mekap murah, eyeliner, eyebrow pencils, beauty blender

Kali ni Murni beli 6 barangan mekap daripada satu seller  di Shopee Malaysia, nama shop dia Hot Road. Tips untuk korang yang nak jimat banyak, beli barang dekat satu shop & jenis Murni just pilih item yang ada tertulis Free Delivery. Caj kos penghantaran dari China ke Sabah bagi 6 barangan yang Murni order hanyalah RM2.80 menggunakan Standard Express -LWE. Murah sangat kan? 

1. Eyeliner 
eyeliner murah

Disebabkan Murni malas nak pi watson semata-mata nak beli eyeliner, dengan gigihnya cari eyeliner di Shopee Malaysia. Sebelum ni Murni gunakan eyeliner Silky Girl jenis twist, so kali ni Murni pilih eyeliner jenis liquid pula nanti mudah sikit create cat eyeliner hihi. Tunggu tau next look  [+] makeupbymurnimy 😁. Memandangkan Murni jarang guna eyeliner, so beli jenis yang murah sahaja untuk praktis mekap. Harga Liquid Eyeliner RM2.00. 

2. Eyebrow Pencil With Brow Brush
eyebrow pencil murah, pensil kening

Pensil kening ni Murni saja beli nak cuba lukis kening guna pensil kening. Sebelum ni Murni selalu guna 3D Brow & Nose Shadow untuk buat frame kening. Dan yang pastinya Murni dah cuba guna pensil kening ni, dan hasilnya kurang memuaskan sebabnya Murni tak reti guna 😂😂😂 Tak pa next time boleh praktis lagi guna pensil ni. Harga pensil kening ni RM1.50, Murni siap beli dua weyhh 😂😂😂😂

3. Beauty Blender
beauty blender, span

Beauty blender biasanya Murni beli dekat kedai dalam lapan ringgit lebih. Rasa macam membazir pula haha. Lagipun malas jugaklah sebenarnya nak basuh seminggu sekali depends pada kekerapan penggunaan span.

Murah gila seketui harga dia limaplohsen sahaja, Murni siap beli empat 😂 Dan apa yang mengejutkan Murni bila nampak beauty blender ni depan mata "Ya ampun kecilnya, patutlah terlajak murah" 😂😂😂 Tak pa yang penting Murni suka, comel sangat haha.

4. Lipstick BBIA
lipstick bbia

Sebelum ni Murni pernah beli [+] Lipstick BBIA daripada seller yang berbeza dengan harga yang berbeza. Kali ni Murni beli Lipstick dengan harga RM4.90. Lagi murah hihi Lipstick ni khas untuk mak Murni 😁 

5. 20pcs Makeup Brush
berus mekap murah


Sebelum ni Murni pernah beli set berus mekap, tapi kan rasa macam tak complete untuk part mata. Akhirnya terbeli jugaklah satu lagi set berus mekap khas untuk bahagian mata, hidung dan bibir. Apa yang menariknya set berus mekap ni ialah fungsi bagi setiap berus ada dinyatakan dibahagian tengan batang berus. Lepas ni tak perlu risau salah guna berus dah 😄 Harga set berus mekap ni RM11.97


6. Flat Makeup Brush
flat makeup brush

Berus mekap jenis flat macam ni tak ada lagi dalam simpanan Murni, so beli satulah lagipun murah sahaja RM2.60. Murni suka sangat berus ni lembut sebab ianya diperbuat daripada synthetic fiber. Ianya sangat sesuai untuk apply face powder dan blusher. Murni nak guna berus ni untuk shading pipi sekali hihi 😁 

Total keseluruhan pembelian alat solek murah di Shopee Malaysia ialah RM29.97 termasuk kos postage RM2.80. Murah sangat kan barang dekat Shopee My ni? Nak mudahkan korang shopping di Shopee Malaysia, pi install aplikasi Shopee MY di Play Store 👌

Ok itu sahaja perkongsian dari Murni, next personal review maybe next weeklah kut itu pun kalau Murni rajin update blog 😂 Ok bai. 


14 ulasan:

  1. Amboi3×, banyaknya shopping. Tapi banyak pun, harga x sampai RM30 kan 😄 Ehhh, Murni duk Sabah ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barang murah sgt, tu yang terbeli bnyak 😂😂😂 Ya Murni duk sabah skrg ni, dulu pernah study uum kedah. Tu yang kadang penulisan ada bunyi utara sikit ada campur sabahan 😁😁😁

      Padam
  2. Nurul pun memang tak boleh betul tengok barang dekat shopee.. mesti ada je nak shopping.. tapi shopee harga memang murah2 belaka ^^

    http://www.syahirahvaliant.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan...berbaloi sangat bila shopping di Shopee, alhamdulillah setakat ni Murni puas hati dgn brg & servis dr Shopee

      Padam
  3. byknya beli barang. murah lagi tu semua!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi Murni memang macam ni lah kalau dah jumpa website shopping online yg murah2, confirm ada ja yg nak dibeli

      Padam
  4. adik beli oval brush.utk sapu foundation dekat muka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak biasa guna beauty blender & berus jenis flat utk ratakan foundation. Next time boleh try oval brush pula 😁

      Padam
  5. Salam singgah sini dik murni...murahnya..

    Akak mau berus makeup lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam kak Mardiah, barang2 dkat shopee semua murah2. boleh rabak poket dibuatnya :D

      Padam
  6. Dik...biasa ambil masa brapa hari sampai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambil masa 2-3 minggu mcm tu kak sbab barang yg Murni order dari China. Dalam shopee tu pun ada juga seller dr Malaysia, klu yg tu maybe akan ambil masa 3-5 hari sampai bergantung pd tempat

      Padam