Maragang Hill, Kundasang, Sabah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Rasanya belum terlambat Murni ucapkan selamat Tahun Baru kepada semua pembaca blog ini. Murni teruskan dengan perkongsian trip hiking Murni di Maragang Hill yang terletak di Kundasang, Sabah.
Maragang Hill, Kundasang, Sabah
Sebenarnya entri ni pending sejak tahun lepas lagi, minta maaf sangat sebab Murni tiada masa untuk meluangkan sedikit waktu untuk menulis di blog. Balik kerja dah penat, masa itu semua digunakan sehabis baik untuk berehat sahaja.
Berbalik kepada trip hiking di Maragang Hill, trip ini sebenarnya Murni pergi 18/02/2024. Kami ambil pakej Sunrise Attack sekali dengan tempat penginapan (homestay) di bawah RNS EMPIRE. Impian Murni untuk naik Maragang Hill ni sebenarnya sejak dari tahun 2020 lagi, tiba-tiba pula negara kita dikejutkan dengan Covid-19 pada masa itu. Alhamdulillah pada tahun lepas Murni dan team lain berjaya menawan Maragang Hill.
Sedikit catatan perjalanan Murni akan kongsikan perjalanan dari Lahad Datu sehinggalah kami berjaya menawan puncak Maragang Hill.
17/02/2024

Kami tiba di tempat penginapan dalam jam 5:00 petang. Maaf ya Murni lupa nama homestay ni. Usai letak barang di bilik, kami menuju ke Sosodikon Hill pula. Perjalanan dari homestay ke Sosodikon Hill ambil masa lebih kurang dalam 10 minit dengan menaiki bas.









Murni bersyukur sangat masa pendakian tidak pewai, suka dengan keadaan cuaca yang sejuk. Masa pendakian naik cuaca gelap, tidak nampak jelas persekitaran. Tapi bila turun dari Maragang Hill Murni terpesona dengan trail Maragang ni, sangat cantik.

Tiada ulasan
Catat Ulasan