
Bukit Belacon Lahad Datu Sabah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Macam biasa Murni akan sambung lagi entri blog yang pending sejak tahun lepas, walaupun hakikatnya sekarang ini dah masuk tahun 2025 haha. Murni akan berkongsi salah satu tempat hiking yang menarik di Lahad Datu iaitu di Bukit Belacon. Tempat ni sangat popular bagi kaki hiking dalam dan luar daerah Lahad Datu disebabkan oleh tarikan utama pemandangan awan karpet dan sunrise.
Bukit Belacon Lahad Datu Sabah
Sedikit maklumat mengenai Bukit Belacon; Ia terletak di kawasan perkampungan Bukit Belacon, mukim Segama. Jarak perjalanan dari bandar Lahad Datu ke Bukit Belacon dalam 17km+ dan mengambil masa dalam 20 -30 minit dengan menaiki kenderaan. Murni difahamkan kawasan tersebut merupakan tanah persendirian (betulkan Murni kalau tersilap ya). Bayaran tiket masuk RM5/orang bagi dewasa (kadar tahun lepas). Pendakian untuk sampai ke puncak ambil masa dalam 15-20 minit.
Tahun lepas Murni berkesempatan hiking di Bukit Belacon sebanyak 4 kali. Ada masa cuti balik ke kampung, bersyukur betul ada kawan yang melayan hobinya. Awal tahun ni Murni gantung kasut dulu dari aktiviti hiking, almaklumlah berat dah naik susah nak bawa diri haha.


01/06/2024 Belum puas menikmati keindahan Bukit Belacon, Murni pergi lagi sekali. Syukur alhamdulillah rezeki Murni & kawan berpeluang menyaksikan keindahan awan karpet pakej sekali sunrise yang bersinar. Nah Murni belanja lagi gambar


Lawa kan pemandangannya? Kalau korang yang dari luar daerah berkesempatan ke Lahad Datu, singgahlah hiking di Bukit Belacon ni. Semoga korang pun boleh menikmati pemandangan yang indah ini.


02/11/2024 Penutup pendakian di Bukit Belacon. Alhamdulillah nikmat apa lagi yang engkau dustakan, syukur sekali lagi berpeluang melihat keindahan Bukit Belacon pada waktu pagi. Murni gembira yakmat bila gambar di atas telah dipaparkan dalam Instagram & FB page rasmi SABAH, Malaysian Borneo. Apa pun Murni bagi kredit dengan juruketiknya yang hebat.

Tiada ulasan
Catat Ulasan