Tambiau Forest House Ranau Sabah

Tambiau Forest House Ranau Sabah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini [+] Pulau Supirak Pitas Sabah, hari ini Murni akan berkongsi salah satu tempat camping yang menarik di Ranau. Usai pengembaraan kami di Pulau Supirak sebelum ini, kami menuju pula ke Tambiau Forest House yang terletak di Ranau.

Tambiau Forest House Ranau Sabah

11/02/2024

Kami sampai di Tambiau Forest House dalam jam 6:10 petang, perjalanan dari Pitas ke Ranau. Kereta parking di kawasan yang telah disediakan & untuk ke kawasan tapak perkhemahan yang terletak di atas bukit perlu menaiki kenderaan  4x4. Murni lupa charge bayaran untuk berkhemah di sini, maklumat lanjut nanti korang boleh hubungi sendiri dengan pemilik di Laman Facebook Rasmi [+] Tambiau Forest House Ranau Sabah

Tambiau Forest House Ranau Sabah

Memandangkan kami sampai agak lewat, kami selesai dirikan khemah, susun barang & pasang lampu dalam jam 7:00 malam. Untuk hidangan makan malam kami tidak memasak untuk jimat masa sama semua sudah penat haha. Sebelum sampai ke Tambiau Forest House, kami singgah di Pekan untuk membeli makanan. Menu kami nasi putih, ayam panggang & sayur. Cuaca di kawasan ni sejuk, malam tu juga Murni tidur awal. Kemudahan tempat memasak, tandas, & elektrik pun ada disediakan juga.

12/02/2024

Bangun awal pagi dapatlah menikmati view awan karpet. Banyak port untuk ambil gambar yang disediakan di Tambiau Forest House. Kalau kamu bernasib baik boleh dapat view sunset, sunrise & stargazing yang sangat cantik. Masa kami ke sini cuaca tidak berapa baik, mendung & hujan.


Tambiau Forest House Ranau Sabah

Tambiau Forest House Ranau Sabah


Tambiau Forest House Ranau Sabah



@murnimohdyusof 11-12/02/2024 ๐˜œ๐˜ด๐˜ข๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜—๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ ๐˜š๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ (๐˜ท๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฐ ๐˜ฃ๐˜ญ๐˜ฎ ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ต ๐Ÿ˜Œ), ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ซ๐˜ถ ๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜›๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ข๐˜ถ ๐˜๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต ๐˜™๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ถ๐˜ต๐˜ฌ ๐˜ค๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ. ๐˜”๐˜ช๐˜ด๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ต. . . . . ๐˜š๐˜บ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ช๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ. ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ซ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ & ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ช ๐˜ท๐˜ช๐˜ฆ๐˜ธ ๐˜บ๐˜จ ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ. #CapCut #camping #campinglife #bestview #blogger #malaysianblogger #enchantingsabah #fyp ♬ suara asli - aspalPlatB๐Ÿคœ๐Ÿค›
Insyaallah kalau ada kesempatan masa, Murni akan singgah lagi ke sini. Usai siap kemas barang dalam jam 8:00 pagi, kami bergerak menuju ke Poring Hot Spring Ranau untuk aktiviti hiking ke Langanan Waterfall. Sampai sini saja perkongsian Murni, nanti kita sambung lagi.