Langanan Waterfall, Ranau, Sabah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Murni minta maaf sangat sebab dah masuk dua bulan tak update blog, almaklumlah sejak berpindah balik ke Sandakan sibuk sajalah. Hari ni Murni akan sambung semula perkongsian Murni mengenai destinasi terakhir trip pengembaraan kami berempat iaitu di Langanan Waterfall.
Air Terjun Langanan merupakan air terjun tertinggi di Sabah yang terletak di Poring, Ia mempunyai ketinggian lebih daripada 120 meter dan mengambil masa kira-kira 2 jam trekking melalui hutan tropika tanah rendah.
Langanan Waterfall, Ranau, Sabah
12/02/2024
Hari terakhir kami di Ranau, usai camping di [+] Tambiau Forest House kami menuju ke Poring Hot Spring pula. Kami sampai dalam jam 10 pagi. Sedikit maklumat yang Murni boleh kongsikan mengenai Poring Hot Spring ni;
Poring mendapat nama sempena sejenis buluh gergasi yang banyak tumbuh di kawasan tersebut. Poring terletak di sempadan timur dan terletak 40km dari ibu Pejabat Taman Kinabalu. Poring berada pada ketinggian kira-kira 400 meter dari atas paras laut. Poring juga sangat terkenal dengan kolam air panas sulfurnya. Kolam tersebut telah dibangunkan oleh Jepun semasa Perang Dunia ke II. Air panas dari mata air tersebut disalurkan ke dalam kolam mandi terbuka. Tab mandi juga disediakan bagi yang memerlukan privasi.
Dalam jam 10:15 pagi, kami menuju ke kaunter pembelian tiket yang terletak di pintu gate utama masuk ke kawasan Poring Hot Spring. Murni lupa pula harga tiket masuk untuk mendaki ke Langanan Waterfall. Nanti korang boleh search di portal rasmi Sabah Park ya berapa harga tiket masuk.
Usai pembelian tiket, kami pun terus menuju ke kaunter pemeriksaan tiket pula. Cuaca pada masa ini sedikit renyai-renyai & kami dinasihatkan untuk tidak meneruskan pendakian sekiranya hujan berterusan sebab pendaki akan melalui beberapa anak sungai. Kalau hujan lebat air akan naik dengan cepat, kawasan batu agak licin & kawasn tersebut tidak boleh dilalui. Keadaan seperti ini secara tidak langsung akan membahayakan keselamatan pendaki. Syukur alhamdulillah semasa pendakian bermula, cuaca sudah mulai baik.
Benda penting yang perlu dibawa semasa pendakian adalah First Aid, baju hujan, air yang secukupnya & gunalah stoking pacat. Kawasan ini berpacat, korang bawalah apa yang patut untuk mengelak daripada digigit pacat. Kalau korang terlupa bawa stoking pacat, boleh guna tips masukkan seluar ke dalam stoking yang dipakai. Murni guna tips ni alhamdulillah tiada pacat yang masuk di kaki. Murni pun sebenarnya tak tahu pun kawasan ni berpacat, memula bila dengar tu mampu ketawa sajalah (pura-pura kuat haha)
Papan Tanda Air Terjun Langanan |
Jarak pendakian menuju ke Air Terjun Langanan dalam 4km ambil masa dalam 2 jam pergi balik. Sepanjang pendakian mata kita akan disajikan dengan panorama alam yang sangat indah dengan kicauan burung-burung, deruan air air terjun & air sungai yang mengalir, hutan tropika dan sebagainya.
Air Terjun Kipungit |
Sebelum sampai ke Papan Tanda Air Terjun Langanan, para pendaki akan melalui beberapa kawasan yang menjadi tumpuan pelancong mahupun pendaki tempatan; salah satunya ialah Air Terjun Kipungit. Air terjun ni yang paling dekat dekat dari Poring Hot Spring & Nature Reserve, hanya ambil masa kira-kira 15 minit berjalan kaki jarak dalam 1km. Air terjun ini mempunyai ketinggian 10 meter dan sesuai untuk berkelah bersama-sama kawan atau keluarga.
Pokok Buluh Gergasi |
Buluh gergasi banyak tumbuh di kawasan ini, sesuai dengan panggilan nama Poring yang diangkat sebagai nama tempat ni. Sepanjang pendakian mata korang akan disajikan dengan pemandangan rimbunan pokok buluh gergasi di beberapa tempat terutamanya di tepi kawasan aliran sungai. Kena berhati-hati bila melalui kawasan ini. Masa kami lalu kawasan ini ada pokok buluh yang menyembah bumi.
Air Terjun Langanan |
Murni teruja sangat bila sampai ke kawasan Air Terjun Langanan ni. Sangat menabjukkan, indah pada pandangan mata Murni dan deruan air terjunnya yang deras sangat mendamaikan jiwa ni. Syukur Alhamdulillah tercapai juga impian Murni untuk menawan air terjun tertinggi di Sabah.
Air Terjun Langanan |
@murnimohdyusof 12/02/2024 ๐๐บ๐ถ๐ฌ๐ถ๐ณ ๐ข๐ญ๐ฉ๐ข๐ฎ๐ฅ๐ถ๐ญ๐ช๐ญ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ช๐ฎ๐ฑ๐ช๐ข๐ฏ๐ฏ๐บ๐ข ๐ต๐ฆ๐ณ๐ค๐ข๐ฑ๐ข๐ช ๐ซ๐ถ๐จ๐ข ๐ฎ๐ข๐ถ ๐ต๐ข๐ธ๐ข๐ฏ ๐๐ช๐ณ ๐๐ฆ๐ณ๐ซ๐ถ๐ฏ ๐๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ๐ข๐ฏ ๐๐ข๐ฏ๐ข๐ถ, ๐ข๐ช๐ณ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ซ๐ถ๐ฏ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ต๐ช๐ฏ๐จ๐จ๐ช ๐ฅ๐ช ๐๐ข๐ฃ๐ข๐ฉ. ๐๐ช๐ฌ๐ช๐ต ๐ฏ๐ฅ๐ข ๐ต๐ฆ๐ฑ๐ช๐จ๐ช ๐ด๐ฃ๐ฃ ๐ค๐ถ๐ข๐ค๐ข ๐ฉ๐ถ๐ซ๐ข๐ฏ ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ช-๐ณ๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ช ๐ฎ๐ข๐ด๐ข ๐ต๐ถ. ๐๐ข๐ฑ๐ช ๐ต๐ถ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฎ๐ข๐ถ ๐ซ๐ถ๐จ๐ข ๐ฎ๐ข๐ด๐ถ๐ฌ. ๐๐ญ๐ข๐ฏ๐จ-๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฃ๐ช๐ญ๐ข๐ฏ๐จ ๐ด๐ฅ๐ฉ ๐ด๐ข๐ฎ๐ฑ๐ข๐ช, ๐ณ๐ถ๐จ๐ช ๐ฃ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ญ๐ถ ๐ฏ๐ฅ๐ข ๐ฎ๐ข๐ด๐ถ๐ฌ ๐คญ ๐๐ข๐ธ๐ข๐ด๐ข๐ฏ๐ฏ๐บ๐ข ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฑ๐ข๐ค๐ข๐ต. ๐๐ข๐ฅ๐ช ๐ด๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ข๐ฑ๐ข ๐บ๐จ ๐ฑ๐ข๐ต๐ถ๐ต. ๐๐ข๐ด๐ข ๐ฉ๐ช๐ฌ๐ช๐ฏ๐จ ๐ฉ๐ข๐ฏ๐บ๐ข ๐ฏ๐ข๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฌ ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ฐ๐ณ ๐ซ๐ข ๐ฑ๐ข๐ค๐ข๐ต, ๐ฎ๐ข๐ญ๐ถ-๐ฎ๐ข๐ญ๐ถ ๐ฌ๐ข๐ญ๐ช ๐ฅ๐ช๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ญ๐ถ๐ข๐ณ ๐ ๐๐ณ๐ข๐ช๐ญ๐ฏ๐บ๐ข ๐ข๐ฅ๐ข ๐ด๐ช๐ฌ๐ช๐ต ๐ฎ๐ค๐ฎ ๐ฏ๐ข๐ช๐ฌ ๐๐ฌ๐ช ๐ฌ๐ถ๐ฏ๐ถ๐ฌ, ๐ข๐ฅ๐ข ๐ซ๐ถ๐จ๐ข ๐ญ๐ข๐ญ๐ถ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ค๐ฎ ๐๐ฆ๐ฑ๐ช๐ญ๐ฐ๐ฌ ๐๐ข๐ถ๐ต. ๐๐ฐ๐ฌ๐ฐ๐ฌ๐ฏ๐บ๐ข ๐ต๐ณ๐ข๐ช๐ญ๐ฏ๐บ๐ข ๐ด๐ช๐ถ๐ฌ, ๐ช๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฉ ๐ญ๐ข๐จ๐ช. ๐๐ฅ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ข๐ฉ-๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ข๐ฉ ๐ฃ๐ฆ๐ญ๐ข๐ณ๐ช ๐ฅ๐ญ๐ฎ ๐ฉ๐ถ๐ต๐ข๐ฏ, ๐ฃ๐ฆ๐ญ๐ข๐ณ๐ช ๐ฃ๐ข๐ฉ ๐ด๐ช ๐ฎ๐ถ๐ฏ๐ฏ๐ช. ๐๐บ๐ถ๐ฌ๐ถ๐ณ ๐ต๐ฆ๐ฅ๐ข ๐ซ๐ถ๐จ๐ข ๐ช๐ฏ๐ด๐ช๐ฅ๐ฆ๐ฏ ๐ฎ๐ถ๐ฏ๐ต๐ข๐ฉ-๐ฎ๐ถ๐ฏ๐ต๐ข๐ฉ / ๐ฑ๐ฆ๐ธ๐ข๐ช ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ ๐๐ข๐ฏ๐ฅ๐ช ๐ฃ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ฆ๐ด๐ช๐ข๐ฏ ๐ซ๐ถ๐ณ๐ถ๐ฌ๐ฆ๐ต๐ช๐ฌ๐ฏ๐บ๐ข Habc Datsme & Farid Badrul ๐ฃ๐ข๐ญ๐ช๐ฌ-๐ฃ๐ข๐ญ๐ช๐ฌ ๐ฎ๐ช๐ฏ๐ต๐ข ๐ข๐ฎ๐ฃ๐ช๐ฌ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ท๐ช๐ฅ๐ฆ๐ฐ ๐คฃ๐คฃ๐คฃ ๐๐ฆ๐ณ๐ช๐ฎ๐ข ๐ฌ๐ข๐ด๐ช๐ฉ ๐ฌ๐ข๐ฌ Jun Sahrul bang Farid Badrul & Habc Datsme ๐ฃ๐ข๐ธ๐ข ๐ด๐ช ๐๐ถ๐ฏ๐ฏ๐ช ๐ซ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ-๐ซ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ช๐ฌ๐ฎ๐ข๐ต๐ช ๐ฌ๐ฆ๐ช๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฉ๐ข๐ฏ ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ. ๐๐ฆ๐ฉ๐ข๐ท๐ฆ ๐ฃ๐ฆ๐ต๐ถ๐ญ ๐ฅ๐ช๐ข ๐ซ๐ข๐ฅ๐ช ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฏ๐จ, ๐ต๐ช๐ฅ๐ถ๐ณ ๐ด๐ข๐ซ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฉ๐ข๐ฉ๐ข. ๐๐ข๐ถ ๐ฅ๐ณ๐ช๐ท๐ฆ, ๐ฎ๐ฎ๐จ ๐ฏ๐ฅ๐ข ๐ฃ๐ฆ๐ซ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ ๐ต๐ถ ๐ฌ๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ต๐ข ๐คฃ๐คฃ๐คฃ ๐๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ๐๐ฃ ๐๐๐ฉ๐๐ง๐๐๐ก๐ก ๐๐๐ฃ๐๐ช ๐๐๐๐๐ #hiking #hikingadventure #fypใท #fyp #langananwaterfall #malaysianblogger #viraltiktok #enchantingsabah #sabahtourism #waterfall ♬ Borneo Romance (Sape Dayak Borneo) - Helmy Trianggara
Tiada ulasan
Catat Ulasan