Pulau Supirak Pitas Sabah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini [+] Piniapat Hill Pitas Sabah, hari ini Murni akan sambung destinasi tempat menarik yang terdapat di daerah Pitas. Salah satu tempat yang korang wajib pergi adalah Pulau Supirak.
Pulau Supirak Pitas Sabah
Pulau Supirak terletak di Kampung Malubang yang memiliki keunikan lagenda yang tersendiri. Kalau korang nak tahu kisah penuh mengenai penceritaan Pulau Supirak, wajib datang ya. Kisahnya lebih kurang macam cerita si Tanggang, sumpahan ibu kepada anaknya yang derhaka.
10/02/2024
Kami bergerak dari Piniapat Hill pada jam 08:15 pagi & sampai di Kampung Malubang pada jam 11:00 pagi. Jalan menuju ke Kampung Malubang agak mencabar juga kerana ada beberapa tempat perlu melalui kawasan gravel, disarankan naik 4x4. Supirak Guest House ada menyediakan beberapa pakej & kami ambil pakej day trip saja. Pakej day trip termasuklah melawat tempat unik dan menarik seperti Pulau Supirak, Batu Talam, Batu Dulang & Batu Berunsai. Makan tengah hari & minum petang turut disediakan. Kemudahan asas di kawasan penginapan boleh digunakan pada bila-bila masa.
![]() |
Supirak Guest House |
Kalau ikutkan plan asal kami selesai sahaja ke Pulau Supirak menaiki bot kami akan bergerak ke destinasi seterusnya, tapi semua itu tinggal kenangan aikkk haha. Kami ambil keputusan untuk menginap satu malam di Supirak Guest House, almaklumlah keadaan jalan tidak berapa baik dan dijangka kami akan keluar agak lewat dalam masa yang sama bimbang akan keselamatan di sepanjang jalan.
![]() |
Batu Berunsai |
![]() |
Batu Berunsai |
Lokasi seterusnya ialah Batu Talam iaitu tiga batu terapung & Batu Tandulang. Kami difahamkan juga bahawa lokasi ini juga terhasil akibat sumpahan ibu kepada anaknya yang derhaka.
![]() |
Batu Tandulang |
Usai melawat lokasi pulau kecil di atas, kami dibawa ke Pulau Supirak pula. Cuaca pada masa ini agak terik juga. Murni sunburn teruk, muka boleh selamat lagi sebab pakai foundation SPF 50 & topi bahagian tangan guna sunblock pun tidak membantu sangat hangus tangan haha.
![]() |
Pulau Supirak |
Kami sampai di Pulau Supirak dalam jam 04:10 petang. Perlu meniti tangga bersimen untuk sampai ke atas. Di bahagian atas terdapat menara tinjau yang mempunyai maklumat penceritaan mengenai kisah penuh sumpahan bahtera agam yang menjadi pulau batu. Korang wajib baca sampai habis ya bila berpeluang berkunjung ke sini. Murni nak korang rasai sendiri & nikmati pengalaman bila berada di atas 'bahtera' ini.
![]() |
Pulau Supirak |
![]() |
Matahari Terbenam di Kampung Malubang Pitas |
![]() |
Jeti Supirak Guest House |
Usai aktiviti kami di Pulau Supirak, kami kembali semula ke Supirak Guest House. Kampung Malubang terkenal dengan salah satu lokasi matahari terbenam yang tercantik di Sabah. Murni bersyukur sangat sebab dapat menikmati pemandangan waktu senja yang sangat cantik.
![]() |
Pulau Supirak |
Keesokan harinya, memandangkan pada waktu pagi air surut kami ambil inisiatif sendiri untuk ke Pulau Supirak dengan berjalan kaki saja. Hari sebelumnya sudah merasai sendiri pengalaman menaiki bot ke Pulau Supirak. Kali ini kami tidak naik ke atas, kami hanya menikmati keindahan sekitar Pulau Supirak di bahagian bawah saja.

Sampai sini dulu perkongsian pengalaman Murni sepanjang berada di Pulau Supirak. Destinasi seterusnya Murni akan bawa korang ke salah satu tempat camping yang menarik di Ranau, macam biasalah tunggu entri yang akan datang. Terima kasih korang yang sudi baca entri Pulau Supirak Pitas Sabah.
Tiada ulasan
Catat Ulasan