Hiking di Bukit Maria, Jln Singapura, Sandakan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Rajin pula kan belakangan ni Murni kemaskini blog berkaitan hiking 🤭 Maaf korang dah nama pun minat suka membukit, jadi tak salah pun kalau nak simpan kenangan membukit tu di blog, nanti bila dah tua boleh jenguk blog sendiri haha. Macam biasalah Murni akan kemaskini blog lambat sangat pergi hiking di Bukit Maria atau Mont Maria ni 14/12/2019 lagi, memandangkan hari ni cuti jadi berblogginglah kita 😅
Hiking di Bukit Maria, Jln Singapura, Sandakan
Serba sedikit ttentang Bukit Maria ni; bukit ni terletak dalam kawasan Katedral St. Mary di Jln Singapura, Bandar Sandakan. Bukit ni bukan sahaja menjadi pusat keagamaan bagi penganut Katolik, malah terdapat beberpa tinggalan sejarah sebelum & selepas Perang Dunia ke-2 yang boleh ditemui di Bukit Maria. Nama nukit ini diambil sempena nama Mother Mary. - Utusan Borneo Sabah, 01/12/2017
Nak naik ke Bukit Maria ni terdapat sebuah pintu masuk yang dinamakan sebagai koridor Maria yang mana didedikasikan khusus untuk Mother Mary. Keluasan Bukit Maria ni adalah satu hektar & teretak dalam hutan simpan simpan Leila kelas 1.
Boleh dikatakan laluan menuju ke puncak Bukit Maria ni santai saja. Tapi bila dalam perjalan nak ke empangan tu, Murni tewas sikit dengan rasa nak muntah almaklumlah sarapan lambat 🤭
Dapat tengok pemandangan indah Bandar Sandakan, disajikan pula view laut & langit biru dari atas Bukit Maria dah cukup buat rasa hati kau gumbira.
Sampai puncak Bukit Maria wajib ambil gambar rare gituh. Berehat kejap di puncak Bukit Maria sebelum memulakan perjalanan ke Empangan Mill Hill.
Untuk pengetahuan korang empangan air yang terdapat di Bukit Maria ni merupakan sebuah empangan air yang dipercayai telah dibina semasa era pemerintahan Syarikat Berkanun lagi. Empangan ini mempunyai ketinggian 25 kaki & tebing air selebar 50 kaki. - Utusan Borneo Sabah, 01/12/2017
Nah video pendek untuk tatapan korang, ada gambar yang Murni tak simpan dalam entri ni, tapi ada dalam video dibawah. Sayang sangat hiking kali ni Murni tak ambil banyak video hanya ada 1 ja mungkin sebab tiada mood & kurang sihat juga. Tapi tak apa yang penting ada memori daun pisang yang boleh disimpan di blog ni haha.
Usai hiking di Bukit Maria, singgah di restoran bagi sejuk sikit anak tekak dengan Nescafe Ping segelas & sebiji panadol ActiFast (tetiba datang sakit kepala). Disebabkan hiking di Bukit Maria gantung, rasa macam tak keluar peluh sangat kami pun plan petang sambung hiking di Bukit Leila Sandakan pula 😅
Hiking Petang di Bukit Leila Sandakan
Malas aihhh nak explain panjang-panjang, sikit-sikit pun jadilah 😂 dah banyak kali Murni repeat membukit di Bukit Leila. Yang penting ada maggi boleh main masak-masak haha.
Fokus-fokus 😂 |
Mantul Magginya sebab ada telur haha |
Puteri-puteri Bukit, tidak cukup korum |
View senja di atas puncak Bukit Leila |
Kami keluar dari Bukit Leila pun agak lewat sikit. Kemudian singgah lagi di restoran. Walaupun dah makan maggi di puncak Bukit Leila tapi perut lapar nasi sebenarnya, jadi yang dimakan pun haruslah yang berat-berat, murni order nasi goreng seafood terus 😅. Ok itu saja cerita membukit yang Murni nak kongsikan dengan korang. Destinasi hiking seterusnya, nanti Murni kongsi dalam entri yang akan datang. Terima kasih sudi singgah & baca entri Hiking di Bukit Maria, Jln Singapura, Sandakan.
Tiada ulasan
Catat Ulasan