Pulau Timbun Mata, Semporna, Sabah | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Lama Murni tak kemaskini blog, kali terakhir pada bulan januari yang lepas. Murni minta maaf sangat korang yang menunggu aktiviti hiking bagi pembukaan tahun 2024 seperti mana yang dijanjikan dalam entri sebelum ini. Murni banyak kekangan dari segi masa untuk berblog ditambah lagi sekarang ni sibuk dengan urusan lesen memandu. Hari ni gigih juga nak menulis & berkongsi pengalaman Murni pertama kali hiking di Semporna.
Pulau Timbun Mata, Semporna, Sabah
![]() |
Air Terjun Madai, Kunak |
Kami bergerak seawal jam 7:30 pagi dari Lahad Datu. Dalam perjalanan menuju ke Semporna, kami sempat singgah ke Air Terjun Madai yang terletak di Kunak. Perjalanan ambil masa dalam 2 jam. Entrance fee untuk dewasa kalau Murni tak silap dalam RM8 per orang. Murni yang tak pernah singgah ke sini, ambillah peluang untuk merakam kenangan untuk tatapan masa akan datang. Usai kami bergambar, kami pun meneruskan perjalanan ke Semporna.

Kalau korang berkesempatan datang ke Semporna bolehlah singgah di Bukit Tengkorak. Kami sampai ke sini dalam jam 12:15 tengah hari. Bukit Tengkorak ni merupakan tapak warisan arkeologi yang terpenting di Malaysia & Asia Tenggara. Hasil dari penyelidikan, Bukit Tengkorak menjadi salah satu tapak pembuatan tembikar tanah terbesar di Asia Tenggara pada zaman Neolitik.
![]() |
Bukit Tengkorak, Semporna Sabah |
![]() |
Taman Bukit Kuala Bibang Semporna |
![]() |
Pulau Timbun Mata Semporna Sabah |
![]() |
Pulau Timbun Mata Semporna Sabah |
![]() |
Pulau Timbun Mata Semporna Sabah |
![]() |
Pulau Timbun Mata Semporna Sabah |
Tiada ulasan
Catat Ulasan