Piniapat Hill Pitas Sabah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Minta maaf sangat Murni dah 3 bulan tak kemaskini blog. Actually, ada beberapa lagi aktiviti hiking & camping yang tak sempat Murni kongsikan. Murni sibuk dengan urusan dapatkan lesen memandu, urusan temuduga & perpindahan ke tempat kerja yang baru. Jadinya mood menulis tu pun pandai hilang haha
Piniapat Hill Pitas Sabah
Murni akan kongsikan trip camping & hiking ke Pitas dan Ranau, Sabah. Trip kali ni ambil masa selama 4 hari 3 malam (09-12/02/2024) dengan menaiki kereta persendirian. Trip kali ni Murni berempat dengan kawan hiking dari daerah Lahad Datu. Dalam entri ini Murni fokus kepada satu tempat dahulu iaitu di Piniapat Hill yang terletatak di Kg Dingai, Pitas. Tempat lain akan menyusul dalam entri yang akan datang. Semoga rajinlah si Murni huhu
09/02/2024
Perjalanan kami bermula dari daerah Lahad Datu, bergerak seawal jam 7:00 pagi. Perjalanan kami menuju ke Pitas melalui persimpangan Sapi Nangoh, Telupid, melalui jalan Bukit Ular ke Paitan seterusnya menuju ke Pitas. Kami sampai di Piniapat Hill dalam jam 5:00 petang.
Bagi korang yang suka aktiviti berkhemah, Murni sarankan korang pergilah ke Piniapat Hill ni. Pemandangan waktu senja dengan matahari terbenam & matahari terbit sangatlah cantik. Kalau tidak mahu camping, hiking pada waktu pagi atau petang pun boleh juga. Kawasan bukit ni banyak bunga-bunga yang cantik dan lalang. Pihak pengurusan Piniapat Hill, Pitas_Official juga ada menyediakan perkhidmatan sewa khemah. Antara kemudahan yang disediakan; kawasan parking yang selamat, tandas, lampu, plug point & pondok.
Usai selesai pendaftaran masuk, kami pun angkatlah barang camping segala tent, kerusi healing, perkakas memasak dll ke atas bukit. Kami siap pasang flysheet & tent dalam jam 6 lebih. Sebelum masak, sempat jugalah ambil gambar pemandangan pada waktu senja. Subhanllah indah sangat.
Antara menu makan malam kami yang cepat untuk disediakan masak terung, timun cicah dengan sambal belacan & telur dadar. Old Town White Coffee wajib dibawa ke mana-mana kalau pergi camping haha.
Keesokan paginya, korang nampaklah gambar di atas Murni pun rasa macam tidak percaya dapat view sinaran matahari yang cantik. Usai sarapan & mandi, kami pun kemas barang-barang camping. Jam 8 pagi kami turun dari Bukit Piniapat.
Sampai sini sahaja perkongsian Murni, destinasi seterusnya kami akan menuju ke Pulau Supirak, Pitas. Korang tunggu ya entri terbaru. Terima kasih korang sudi baca entri Piniapat Hill Pitas Sabah 😘
Tiada ulasan
Catat Ulasan