Air Terjun Bertiga Lung Pias Tungku Lahad Datu Sabah

Air Terjun Bertiga Lung Pias Tungku Lahad Datu Sabah | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini, hari ini Murni akan berkongsi aktiviti hiking & river trekking di Tungku, Lahad Datu. Tempat ni antara salah satu kawasan air terjun yang tercantik Murni pernah nampak di Tungku. Rugi sangat kalau korang tak pergi.

Air Terjun Bertiga Lung Pias Tungku Lahad Datu

Sebelum masuk ke tahun baru 2024, pada 31/12/2023 Murni join aktiviti hiking & river trekking yang dianjurkan oleh Serebpit Eco Tourism Adventure di Air Terjun Bertiga, Lung Pias Tungku, Lahad Datu. Seramai 15 orang peserta yang join aktiviti kali ni, tiga orang guide, & penganjur. Jarak perjalanan dari starting point ke Air Terjun Bertiga aggaran dalam 2.9km & akan melalui jalan yang sama apabila keluar nanti.

Seawal 5:30 subuh, kami (Murni, kak yati & fimie) bergerak dari bandar Lahad Datu menuju ke Tungku. Kami singgah sebentar di Warung Tanu Kg. Barigas Tungku untuk sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti pendakian & menyusuri anak sungai. Usai sarapan, kami menuju ke Surau Nurul Huda yang terletak di Kg. Lung Pias Tungku untuk meletakkan kenderaan sebelum bergerak menuju ke starting point. Kami menaiki 4x4 menuju ke starting point & surprisingly bagi Murni starting point Air Terjun Bertiga & Telaga 11 adalah tempat yang sama.


Air Terjun Bertiga Lung Pias Tungku Lahad Datu Sabah

Kami sampai di Starting Point dalam jam 09:25 pagi. Usai taklimat ringkas & bacaan doa, kami memulakan aktiviti hiking dalam jam 09:40 pagi. Sebelum masuk hutan, kami akan melalui kawasan ladang kelapa sawit berjalan kaki dalam 20 minit, kalau pace korang laju mungkin boleh ambil masa dalam 10 minit dah boleh sampai di kawasan berpagar elektrik sebelum masuk ke hutan.



Usai meredah hutan, tibalah masanya untuk menyusuri anak sungai pula. Diingatkan kawasan ni berpacat, jadi sentiasalah berhati-hati semasa melangkah. Pakailah pakaian yang sesuai & kalau ada stoking pacat digalakkan untuk pakai. Bawa spray pacat sekali haha


Air Terjun Bertiga Lung Pias Tungku Lahad Datu Sabah

Kalau korang berkesempatan sampai di kawasan ni, jangan lupa ambil gambar macam kami. Simpanlah sebanyak mana memori, nanti ada modal nak bercerita dengan famili & kawan-kawan.


Air Terjun Bertiga Lung Pias Tungku Lahad Datu Sabah

Laluan anak sungai ni sangatlah cantik. Batuan yang terbentuk pun sangatlah unik, kalau diperhatikan ada beberapa tempat seolah-olah laluan tu terbelah dua. Fenomena alam apa saja yang berlaku menjadi rahsia alam. Kalau korang melalui kawasan ini, perlu berhati-hati bila melangkah takut kawasan yang dipijak itu berlubang & licin. Murni sarankan korang pakai kasut adidas kampung dijamin selamat hihi.

Air Terjun Bertiga Tungku Lahad Datu Sabah

Tempat ni wajib ambil gambar sebab batuannya terbentuk seakan-akan sebuah kapal Titanic kunun haha. 

Air Terjun Bertiga Tungku Lahad Datu Sabah

Gambar di atas ni pun di kawasan yang sama juga dengan batuan yang berbentuk kapal. Sampai sekarang Murni masih taboleh move on dengan keindahannya. Macam wajib repeat haha


Air Terjun Bertiga Tungku Lahad Datu Sabah

Kami teruskan perjalan menuju ke kawasan air terjun pertama sebelum menuju ke Air Terjun Bertiga. Cantik apalah tempatnya. Airnya sejuk yakmat, menggigil juga badan dibuatnya. Demi sekeping dua gambar, rela badan basah haha.



Air Terjun Bertiga Tungku Lahad Datu Sabah

Untuk sampai ke Air Terjun Bertiga, kami perlu menaiki bukit & menuruni bukit lagi anggaran dalam 15 minit hingga ke 20 minit. Kapus-kapus juga masa ni tapi bersyukurlah sebab tiada juga insiden muntah huhu. Kami sampai di Air Terjun Bertiga dalam jam 12:00 tengah hari. Cuaca masa kami sampai masih cerah lagi. 


Air Terjun Bertiga Tungku Lahad Datu Sabah

Kami berehat di bawah pokok saja. Menu makan tengah hari kami nasi kuning berlaukkan siput sedut masak lemak. Part yang paling best bagi Murni kawasan ni kaya dengan siput sedut. Kalau korang masuk ke sini jangan lupa bawa santan kotak & bahan-bahan yang cukup untuk masak siput sedut masak lemak cili api. Bawalah plastik lebih, manalah tahu korang nak kutip siput sepanjang menusuri anak sungai pun boleh.


Air Terjun Bertiga Tungku Lahad Datu Sabah

Kali terakhir Murni makan siput sedut ni masa Murni kecil lagi itu pun di kampung halaman yang tertelatak di Indonesia. Menggamit kenangan betul bila dapat rasa siput sedut masak lemak di Air Terjun Bertiga ni. Murni siap bawa balik 1 plastik kecil lagi, nanti Murni kongsi resepi siput sedut masak lemak cili api khas untuk korang.


Air Terjun Bertiga Tungku Lahad Datu Sabah

Usai beristirahat, kami pun ambil gambar dulu untuk dijadikan memori yang boleh dikenang untuk tahun-tahun yang akan datang. Bukti kami dah jejakkan kaki ke Air Terjun Bertiga. Bagi korang yang minat aktiviti hiking & river trekking, korang wajib ke sini. Kami bergerak ke luar dalam jam 01:40 tengah hari & sampai di Starting Point dalam jam 03:30 petang. Jam 4:40 petang kami sampai di Surau Nurul Huda. Usai tukar baju, kami teruskan perjalan ke bandar Lahad Datu.



Sampai di sini saja perkongsian pengalaman Murni hiking & river trekking di Air Terjun Bertiga Lung Pias Tungku Lahad Datu Sabah. Pembukaan aktiviti hiking bagi tahun 2024, nanti Murni kongsi di blog. Terima kasih korang yang sudi baca entri ini 😘